Wednesday, May 11, 2016

Surabaya-Yogyakarta (part 5)

Lamanya nak habiskan cerita trip Surabaya-Yogyakarta ni. Bersabarlah wahai kawan-kawan ya. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Selepas balik dari India, aku kena demam, batuk dan selsema tak berhenti-henti. Mahu dekat 2-3 minggu sakit. Alhamdulillah hari ini aku rasa aku dah ok jadi dapatlah aku nak update cerita Surabaya-Yogyakarta kali ini. Yeaah! 

Berbalik semula trip ke Yogyakarta, Pak Akbar dah pesan bawa baju lebih sebab ada aktiviti air. Rasa-rasa tahu tak apa yang kami nak buat ni? Haaa..tunggu dulu. 

Memandangkan hari sebelumnya aku tak sempat nak makan pagi di hotel, bila ada peluang macam ni, aku mengambil kesempatan sebaik-baiknya. Memang best, apa taknya kami dihidangkan makanan tempatan dan antarabangsa yang sedap. Siap ada kaunter khas lagi bagi menghidangkan makanan tempatan. 


Pelbagai makanan tempatan yang dihidangkan. Jamu pun ada. 

Bila nampak jamu, aku terus cabar JM untuk mencuba konon nak buat ala-ala fear factor lebih kurang. Jangan tak tahu, rahsia kesihatan dan kecantikan orang Indonesia adalah minum jamu. Bagi ganteng dan sihat tubuh badan.

Rasanya pahit dan aku berjaya habiskan 1 gelas. Bangga weh. 

Makan pun sudah, tunggu Pak Akbar di lobi dan aktiviti seterusnya adalah Caving Tubing Goa Pindul. Ini merupakan pengalaman pertama bagi aku dan sudah pasti aku sangat bersemangat dan suka untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Kepada yang tak pandai berenang macam aku, jangan takut. Sepanjang aktiviti yang dilakukan adalah selamat dan ok. 

Di sini aku ambil 2 aktiviti iaitu caving tubing dan river tubing. Selesai bayaran masuk, kami diminta untuk tukar kasut yang lebih sesuai dipakai untuk masuk sungai dan pelampung. Sepanjang perjalanan memang akan ditemani oleh guide dan sambil menikmati keindahan alam, sempat juga guide cerita apa yang menarik di sana. Kebetulan masa kami sampai, tak ramai orang jadi tak perlulah nak bersesak-sesak. Tenang rasanya. 

Masa kami jelajah gua, terdapat 3 zon iaitu zon terang, kurang gelap dan gelap. Setiap zon tersebut ada tahap dalamnya sekitar 5-12 meter. Jadi setiap kali masuk zon, guide akan beritahu kita dalam zon apa dan tahap dalam berapa. Kami berada dalam gua lebih kurang 30-40 minit sebab gua itu memang panjang. 

Lepas jelajah gua, jalan sedikit untuk aktiviti river tubing pula. Aku suka sangat masa ini sebab merentasi sungai dengan pelampung. Cantiknya keadaan masa itu tak dapat aku nak gambarkan. Mengikut kata guide, tak ramai orang Malaysia yang datang ke situ. Kalau dalam sebulan ada dalam sekali dua kali orang Malaysia yang datang. Ha..apa lagi? Bila datang ke Yogyakarta, jangan lupa singgah ke sini. Sempat lagi aku buat promosi. Hehehe...

Menikmati keindahan alam dengan pelampung. 

Bila nak sampai ke penghujung sungai dan nak turun, entah macamana aku boleh terjatuh masuk sungai. JM yang asal nak tolong aku pun boleh jatuh juga. Kebetulan pula, kamera aku ada dengan JM. Masing-masing terus terkejut bila tengok kamera jatuh masuk sungai. Apa lagi, cepat-cepat JM angkat kamera dan berkali-kali minta maaf dengan aku. Perkara dah berlaku, apa lagi yang boleh aku buat. Rilekslah JM. Sebenarnya ini adalah alasan terbaik untuk cari kamera baru. Nak menangis pun tiada gunanya. 

Selesai aktiviti river tubing, kami berehat sebentar sementara tunggu kenderaan datang untuk membawa kami pulang. Aku pula tengok keadaan kamera aku manalah tahu kalau dengan harapan boleh berfungsi kembali. Sayang betul, banyak gambar dalam kamera. 

Bila aku balik ke Malaysia, ingatkan bolehlah nak pindah gambar dalam komputer tapi sayang hampir 80% gambar tersebut tak dapat diselamatkan. Itu adalah sebabnya trip kali ini tak banyak gambar yang dapat aku kongsi dalam blog. Gambar yang ada pun adalah daripada handphone aku dan sedikit gambar daripada JM. Uwaaaa!!! 

Destinasi seterusnya adalah ke Timang Beach. Jauh juga nak ke sana dengan ditambah jalan yang tidak rata dan bengkang-bengkok. Mahu pening kepala aku dibuatnya. Sepanjang jalan, ada banyak gerai yang menjual belalang goreng. Pak Akbar tanya kami kalau ada sesiapa yang ingin mencuba makan belalang goreng. 

Aku bab makan benda pelik-pelik ni memang suka. Ini membawa kepada aktiviti fear factor yang kedua, makan belalang goreng. Pak Akbar beritahu belalang goreng ini ada rasa masin, manis dan pedas tapi masa aku beli, dapat belalang goreng masin. 

Belalang goreng masin. 

Dengan harga Rp5,000 sebungkus ada 5 ekor belalang goreng, dapatlah kami berkongsi rasa untuk 3 orang. Rasanya? Bagi aku belalang goreng ini rasa macam udang kering. JM sempat rasa sikit je sebab tak sanggup. Aku dan Pak Akbar yang habiskan semua akhirnya. 

Sampai di Timang Beach, aku terpaku melihat keindahan pantainya dengan bunyi deruman ombak yang memukul. Perrghh, best layan dan bole pula tiba-tiba sahaja pening kepala aku hilang. Mari aku kongsi sedikit gambarnya. 




Kalau ada sesiapa yang perasan, nampak tak ada gandola kecil? Gandola kecil ini akan membawa ke pulau kecil yang ada depan pantai. Aku tak ingat berapa bayaran yang dikenakan tapi kalau aku diberi peluang, aku tak nak naik. Muat ke gandola tu nak bawa aku nanti? Kebetulan masa kami sampai ombak pantai kuat jadi tak digalakkan untuk menaiki gandola tersebut. Bahaya!

Tak lama pun kami ada di situ memandangkan hari menghampiri petang dan adalah lebih baik kami siap sedia pulang. Sebelum sampai ke hotel, singgah sebentar di Alun Alun. Di sini terdapat beca-beca yang dihiasi lampu dan kalau nak cuba naik, bolehlah cuba tapi ada dikenakan bayarannya. Aku tak naik beca itu tapi sebenarnya ada tujuan lain. 

Beca yang dihiasi lampu. 

Di Alun Alun juga terdapat 2 pokok besar dan sesiapa yang dapat jalan tengah-tengah melalui di antara pokok tersebut dengan tutup mata, katanya segala kemahuan akan dimakbulkan. 

Lagenda pokok Alun Alun. (ehsan google) 

Nampak tak jarak pokok tu? Jauh kan? Nampak senang je tapi 3 kali aku cuba, mesti akan melencong ke kanan dan bila masuk ke 4 baru berjaya dapat jalan tengah-tengah di antara pokok. JM cuba 3 kali baru dapat. Kalau tak, semua melencong ke kiri. 

Pak Akbar beritahu masa kita jalan, kita kena yakin. Jangan ada rasa curiga atau ragu-ragu. Kalau sedetik ada perasaan curiga atau ragu-ragu, mulalah ia akan jalan melencong. Kesimpulannya, apa yang ingin kita lakukan hendaklah yakin barulah berjaya. 

Sebelum pulang ke hotel, Pak Akbar sempat bawa kami jalan-jalan sekitar Yogyakarta. Sempatlah kami bergambar bersama-sama buat kenangan.  

Say cheese! Pak Akbar, JM and me!

p/s: bersambung lagi. hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia. 

11 comments:

  1. Kirim salam kat Pak Akbar boleh? He He He...

    ReplyDelete
  2. kenangan x boleh di lupakan..camera masuk air huhuh..semua gambar hilagn..JM mmg frust lah time tu..rosak kamera pastu gambar semua hilang..gambar kat tubing cave paling ohsem..view sgt cantik tp menyesal x guna huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang tu memang laaa
      nak buat macamana
      perkara dah berlaku
      nak menangis berdarah pun tak dapat balik

      Delete
  3. Wah Si Jari Manis ada di mana-mana...

    ReplyDelete
  4. mau tak gayat naik gandola tu nanti ehg... fuyyo belalang... sepjgng hayat x pernah try

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal tak naik. takut wooo
      cuba la rasa belalang kalau ada peluang.
      sekali rasa macam udang kering

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails