Saturday, June 11, 2016

Boracay - part 1

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah hari ini masuk hari keenam kita berpuasa tapi bagi aku baru masuk hari kedua. Dah nak buat macamana, nampak anak bulan raya awal. Hehehe...

Baru sekarang aku nak cerita trip ke Boracay walaupun dah berlalu hampir 3 bulan. Ini pun aku gigih berusaha nak mulakan cerita biarpun lambat. Bak kata orang, biar lambat asalkan selamat. Eh? Apa kena mengena dengan trip Boracay? Suka hati aku je kan. 

Pada asalnya trip ke Boracay memang tak ada dalam plan untuk tahun ini tapi entah macamana ayah aku ajak aku dengan adik aku ke Boracay. Ditambah pula ayah aku beritahu yang dia akan belanja duit tiket kami berdua ke sana. Waaah..pucuk dicita ulam mendatang. Ini adalah peluang yang sukar dilepaskan cuma aku masa tu tengah pening. Tarikh yang nak pergi ke Boracay dah dekat dengan tarikh trip ke Ho Chi Minh dan ke India. Boleh ke aku nak cover semua sekali? Well, nothing is impossible. Penat tu memanglah penat tapi bila dapat melihat keindahan pemandangan di Boracay, hilang semua penat. 

Panjang dah pengenalan aku kali ini. Ayuh kita mulakan! 

Perjalanan dari KLIA 2 ke Boracay mengambil masa lebih kurang 4 jam dan untuk pengetahuan semua, penerbangan KLIA 2 ke Boracay memang ada sekali pada setiap hari. Jadi ini bukan lagi alasan untuk tidak ke sana ya.

Masa menunggu flight, rasa macam kenal seorang ni. Aku cuba nak ingat di mana aku pernah tengok dia ni. Nak tahu, aku jumpa dengan blogger Azyyati berdua dengan suami dia. Boleh check blog dia di sini. What a small world. Tapi sayang aku tak sempat nak sembang dengan dia. InsyaAllah 1 hari nanti kita jumpa lagi kita sembang lama-lama ya. 

Sampai di Airport Kalibo, nampak kecil sahaja dan urusan kastam dan beg tidak perlu mengambil masa yang lama. Dahlah kecil, keluar sahaja daripada kastam terus ambil beg. Ditambah pula, beg yang diambil tidak perlu lagi melalui proses pemeriksaan. Boleh bayangkan tak? 

Keluar sahaja pintu airport, kami diserbu oleh agen pengangkutan yang nak ke Boracay. Ingat ya kawan-kawan, bila sampai ke airport perjalanan kita masih jauh lagi untuk sampai ke Boracay. Aku jadi kaget (macam telenovela Indonesia) tengok ramai yang datang serbu aku. Terasa macam artis popular walaupun aku manusia biasa (perasan betul!). Ini tak boleh jadi ni lalu aku cuba elak dari mereka dan terus ke sudut belakang. Ayah aku nampak panik bila aku beritahu dia aku belum uruskan hal pengangkutan ke Boracay. 

Daripada sumber pembacaan aku, rata-rata mencadangkan untuk ambil perkhidmatan pengangkutan Southwest. Jadi aku pun ambil keputusan untuk ambil perkhidmatan pengangkutan Southwest. Tambang sehala ke Boracay adalah PHP600 seorang tapi kalau ambil pergi balik dapat diskaun dan cuma bayar PHP1,075 seorang. Alang-alang aku ambil terus tambang pergi balik. Senang tak perlu lagi nak pening kepala. Tambang perkhidmatan pengangkutan termasuk naik bas, feri, cukai jeti dan van ke hotel. Memang tip top lah. 

Bincang harga tambang dengan Southwest. 


Senang je nak kenal agen Southwest. Cari sahaja yang pakai baju oren. 

Seleasai urusan tambang pengangkutan, terus menuju ke bas yang sedia menunggu kami ke jeti. Oh ya, di Boracay serba serbi nak tips. Kalau tiba-tiba orang datang nak tolong bawakan beg, siap sedialah sedikit wang kecil untuk tips. Kali pertama masa pekerja Southwest bawa beg aku, aku tak tahu nak bagi berapa tips. Aku bagi je PHP5. Nampak sangat aku ni kedekut! Aku tengok orang lain bagi PHP20-50.

Perjalanan ke jeti mengambil masa 1 jam setengah dan kebanyakan yang dalam bas adalah pelancong dari Korea. Apa taknya terdapat 2 penerbangan dari Busan ke Boracay setiap hari. Memang patutlah mereka ramai di Boracay! Sepanjang perjalanan ke Boracay, melalui kawasan kampung dan jalan yang bersimpang siur. Siapa yang tak tahan, silalah ambil ubat tahan pening dan muntah terlebih dahulu. 

Sampai di jeti, memandangkan kami dah bayar tiket feri dan cukai jeti ia memudahkan lagi urusan kami ke Boracay. Tunggu sahaja di balai pelepasan sehingga bot sampai. Sambil menunggu bot, sempat berkenalan dengan pasangan dari Malaysia yang kebetulan sama-sama ambil perkhidmatan pengangkutan yang sama. 

Ok bot dah sampai. Hati-hati jalan. 

Naik bot dari jeti ke Boracay mengambil masa dalam 20-30 minit. Sampai di Boracay, kami dipecahkan dengan beberapa kumpulan kecil mengikut tempat tinggal. Sepanjang kami di Boracay, kami telah memilih untuk tinggal di La Camerla De Boracay. Nanti aku cerita pasal hotel dalam entry yang akan datang. 

Van yang akan bawa terus ke hotel.

Sampai di hotel, rehatkan badan dan solat terlebih dahulu. Nak makan pula nasib baik aku bawa bekalan siap-siap. Bukan apa, aku tak tahu nak cari makan di mana jadi lebih baik bawa bekalan. Apa lagi kalau bukan nasi goreng Brahim menjadi pilihan. Senang dan sedap. Sempat lagi nak buat promosi. 

Perut dah kenyang dan badan dah rasa ok, kami bercadang untuk jalan-jalan sekitar hotel. Di Boracay dibahagikan kepada 3 station. Selalunya yang tinggal di kawasan Station 1 adalah hotel-hotel mewah. Station 2 happening sikit sebab banyak kawasan hiburan dan Station 3 terdapat hotel-hotel biasa. Manakala aku, hotel aku terletak di Station 2. Memang senanglah kalau nak ke mana-mana. 

Aku tak tahu berapa jauh aku jalan sepanjang tepi pantai sebab tahu-tahu sahaja kaki dah penat. Adakah itu tandanya aku dah tua tapi masih menafikannya? 

Apa yang aku dapat katakan, suasana malam di Boracay memang happening! Banyak kedai makan minum sepanjang pantai. Pilih sahaja mana yang berkenan tapi rata-rata aku tengok ramai mat salleh yang lepak situ. 

1 perkara yang perasan, sememangnya orang Filipina suka menyanyi sebab aku lihat ramai bakat terpendam yang mempunyai suara yang merdu. Kalau masuk mana-mana pertandingan menyanyi, susah nak pilih siapa pemenangnya. 

Jalan-jalan sekitar pantai Boracay, terus jumpa kedai yang menghidangkan makanan halal. Lepas ni bolehlah cuba makan di situ nanti. 

Nampak gaya kedai makanan Arab. 

Puas jalan-jalan, terus balik ke hotel. Penat woo apa taknya 1 hari ke Boracay habis masa dalam perjalanan bermula dari naik kapal terbang sampailah naik bot ke Boracay. 

Yang pasti ada aktiviti menarik menanti pada hari berikutnya. Sampai bilik terus tidur! 

p/s: orang Boracay memang peramah. 

12 comments:

  1. ayah Maz suka travel then mmg best arghh jln2 ngan ayah..rasa SELAMAT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah memang suka travel sebab tu lah anak dia ikut suka juga
      selamat memang selamat tapi tak leh nak foya lebih2
      hahaha kantoi!

      Delete
  2. sape cakap Maz dah TUA? muda lagi kot!!!

    ReplyDelete
  3. selain kedai pakistan... kalo ke obersea memang restoran arab la yg dicari dulu...kan

    ReplyDelete
  4. heeee drop komen jap.. nak pi baca entry.. antara tempat yang CT nak pegi tapi xtaula bila.. hehe..

    ReplyDelete
  5. is it okay untuk tak uruskan pengangkutan dari Malaysia ? or memang dah sampai sana baru uruskan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg urusan pengangkutan buat kat sana. Tak ada masalah. Semua dah ready. Sediakan wang sahaja.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails