Tuesday, May 29, 2018

Jeju Island - part 2


안녕하세요!

Kedudukan Pulau Jeju terletak di selatan Korea dan keluasan Pulau Jeju agak besar, kalau nak buat perbandingan, boleh dikatakan 3 kali ganda besar dari Singapura. Besar tak? Oleh sebab itu, untuk meneroka seluruh Pulau Jeju mengambil beberapa hari. 

Aku sendiri berada di sana 5 hari pun tak cukup. Ditambah pula masa aku di sana hujan sepanjang hari telah menghadkan perjalanan aku. Sedih sebenarnya tapi tak apa, ada peluang untuk ke Pulau Jeju lagi. Ada sesiapa nak ikut tak?

Ok di sini aku nak kongsikan beberapa tempat menarik yang sempat aku kunjungi. Manalah tahu kalau ada yang plan ke Pulau Jeju, boleh jadikan sebagai rujukan. 

1. Jeongbang Waterfall

Bayaran masuk untuk seorang adalah 2,000 won. Untuk sampai ke air terjun, aku rasa ok lagi sebab turun tangga je tapi bila nak balik mahu goyang lutut. Apa taknya nak kena daki tangga banyak. Bila tengok orang sana selamba daki tangga, malu pula aku. Nampak sangat aku tak fit. 

Inilah tangga yang aku maksudkan. Jauh kelihatan air terjun di belakang. 

Nampak air terjun, hilang rasa penat. 


2. Cheonjiyeon Waterfalls

Satu lagi kawasan air terjun yang masyhur di Pulau Jeju. Nak ikutkan nak teroka Cheonjeyeon Waterfalls tapi tak sempat. Nama tempat dah dekat tapi jangan keliru pula. 

Sebelum aku ke sana, aku tanya pemandu teksi ada nak kena naik tangga tak? Nasib baik dia beritahu tak ada tangga dan jalan datar sahaja. Lega aku dengar. Yang ini pun kena bayar 2,000 won seorang. 

Nak masuk kena lalu jambatan ini. Abaikan gambar minah sebelah aku tu. Dia pun nak ambil gambar juga. 

Deretan patung. 

Jalan mendatar. Boleh jalan kaki lenggang kangkung. Lalala...

Dah sampai kawasan air terjun. 

3. Jusangjeolli 

Jusangjeolli merupakan kawasan pembentukan batu gunung berapi yang menarik di pantai selatan Pulau Jeju. Ada sedikit tangga perlu didaki tapi taklah seteruk di Jeongbang Waterfalls. Bayaran masuk sebanyak 2,000 won seorang dikenakan. Jadi siapkanlah wang ya. 

 Inilah rupanya pembentukan batu gunung berapi. 


Senaman naik tangga sikit. 

4. Woljeongri Beach

Katanya banyak drama Korea pernah shooting di sini. Apa yang menarik di sini terdapat beberapa buah kerusi comel yang menjadi ikon. Amat sesuai kalau nak ambil gambar. Nak lepak-lepak sambil minum kopi pun boleh sebab terdapat banyak kedai kopi. Yang istimewanya, kedudukan kedai kopi menghadap pantai. Memang terbaiklah! 

Duduk atas kerusi sambil layan pemandangan. Nampak tak kincir angin gergasi?


Layan minum kopi. Cermin tingkap besar untuk melihat pemandangan pantai.

5. Sangumburi Crater

Masa aku sampai sini, hujan turun lebat jadi aku tak dapat nak teroka. Sayang sebab tempat ini memang cantik. Masukkan tempat ini sebagai tempat wajib dilawati di Pulau Jeju. Bayaran masuk agak mahal iaitu 6,000 won seorang tapi percayalah ia amat berbaloi. 

Sangumburi Crater adalah sebuah kawah gunung berapi dengan lilitan 2 km, 650m lebar dan 100m dalam yang kini dipenuhi dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang subur. 

Hujan lebat masa ni. Alang-alang dah sampai, masuklah.  

Kelihatan kawah luas macam bentuk stadium. 

Padang luas. 

6. Dongmun Market

Terletak di tengah-tengah bandar Jeju dan ia merupakan pasar tradisional Pulau Jeju. Kalau nak cari cenderahati, pergi sahaja ke sini. Wajib beli buah oren mandarin dan coklat mandarin! Rasanya memang sedap dan manis. 

Sayur segar. 

Geram je tengok ketam ni. 

Buah oren mandarin. 

Berkotak-kotak coklat untuk dipilih. Beli coklat Jekiss sebab ada tanda halal.

Macamana? Menarik? Dah dapat idea serba sikit apa nak buat di Pulau Jeju nanti? Sekarang dah ada penerbangan terus dari KLIA2 ke Pulau Jeju, lagi senang nak ke sana. Bila sampai sana nanti, rasa santai sebab Pulau Jeju bukanlah bandar yang sibuk. Nak pergi mana-mana tak perlu nak tergesa-gesa. 

Jangan risau walaupun tak faham bahasa mereka. InsyaAllah dengan bantuan penduduk sana, semuanya ok. Apa lagi, jom ke Pulau Jeju! 


p/s: nak cari oppa tapi tak jumpa. hehehe...

6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails