Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

Monday, May 6, 2013

PRU 13

Aku sudah menjalankan tanggungjawab untuk mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi semalam. Ramai betul yang beratur di saluran 4 dan aku beratur mahu lebih 1 jam rasanya sampai naik lenguh lutut aku dibuatnya. 

Tengok tu, panjangnya barisan aku. 

Bila tiba masa aku nak memangkah borang undi, datang pula calon DUN Bangi melawat suasana mengundi. Tak sempat nak tegur sebab sekejap sangat. 

Inilah bukti aku dah mengundi. (tembamnya jari aku)

Malam tu aku tunggu juga keputusan pilihanraya kawasan aku tapi lama sangat. Malas nak tunggu, aku pun naik tidur. Pagi ini aku check keputusan pilihanraya dan ini hasilnya. 

N26 Bangi: 
Mohd Shafie bin Ngah (PAS) dengan undi sebanyak 29,200

P102 Serdang:
Ong Kian Ming (DAP) dengan undi sebanyak 79,238

Nampaknya kawasan aku dimenangi oleh kawasan pembangkang. Bagi aku, tak kira siapa yang menang laksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik-baiknya. 

Oh ya. Hari ini Selangor cuti dapatlah aku uruskan visa dan pasport ke China. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah Sabtu ini aku akan ke Shenzhen pula. Yeaah!

p/s: macamana keputusan pilihanraya semalam kat tempat korang?

Saturday, May 4, 2013

Selamat mengundi

Jangan lupa untuk mengundi hari esok kepada yang layak dan mendaftar. Ikutkan pengiraan sebenarnya, tahun ini  adalah kali ke-4 tapi pada tahun 2004 aku tak dapat nak mengundi sebab aku kerja. Jangan tak tahu, ada orang siap cari aku kat rumah masa tu sebab aku tak mengundi.

Kali ini aku dapat melihat kempen pilihanraya memang dahsyat. Tiap kali aku tengok berita, banyak cerita pasal kempen pilihanraya sahaja. Yang pihak kerajaan cakap yang pihak pembangkang tak betul. Pihak pembangkang sudah pasti nak tunjukkan yang mereka di pihak benar. Pilihan aku? Itu adalah rahsia. 

Pesanan aku, pilihlah calon yang sebaik-baiknya. Pilihan di tangan kita. Jangan lupa bawa kad pengenalan dan datang awal untuk mengundi. Kali ini aku mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (sekolah lama aku). Manalah tahu ada yang mengundi tempat sama dengan aku, bolehlah kita jumpa nanti. 

p/s: undilah dengan bijak bukan mengikut perasaan. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails