Wednesday, October 13, 2010

Post sekali harung

Selalunya bila aku kekeringan idea nak tulis blog, aku akan layan lagu Francissca Peter dulu. Best wooo layan lagu Fran ni. Untuk pengetahuan semua, aku mula suka Fran semenjak dia berduet dengan Roy lagi. Boleh dikatakan aku tahu semua lagu Fran. Hehehe...

Ok aku tahu aku dah lama tak update blog. Kawan aku pun dah mula tanya bila lagi nak update blog. Nantilah..belum dapat ilham lagi. Aku tengok sekarang dah mula jarang aku update blog. Kerja kat opis makin banyak, melayan kerenah boss  dan banyak lagi. Waaah Junaidah dah mula tunjuk toncang. Amboi banyak cantik muka kau. Baru kerja beberapa bulan dah tunjuk belang. Aku perasan Junaidah suka sangat menyampuk cakap kalau aku tengah borak dengan kawan. Nak je aku sound, "ada aku tanya kau ke? yang kau nak sibuk-sibuk tahu pasal kami, apa hal?" Entahlah..aku memang tak boleh nak kerja dengan dia. Ada sekali boss minta aku kerja dan minta pendapat daripada Junaidah. Aku nak kerja dengan dia? No way man!!! 

Petang tadi ada kawan minta aku ganti tempat dia untuk perlawanan bowling pada 16 Oktober. Aku tak pandai mainlah. Malah aku pernah dinobatkan sebagai Ratu Longkang masa pertandingan bowling dulu. Malu seh! Nak buat macamana, dah tak cukup orang nak main. Kalau tak cukup pemain terus batal penyertaan. Hah..kan dah malu. Untuk tidak menghampakan harapan Kumpulan Merah, aku joinlah. Kalau aku dok main masuk longkang, jangan marah ya. Aku dah pesan awal-awal tau. So wish me the best of luck. Mana tahu Kumpulan Merah boleh jadi juara nanti. Betul tak? Hehehe..aku tak berani nak komen apa-apa. Tunggulah bila tiba waktunya. 

Sekarang ini ada promosi AirAsia. Memanjang ada promosi tapi bila aku check dengan tarikh yang aku ok, tak dapat pula harga murah. Habis tu macamana? 


Ayah ada ajak aku melancong ke Australia. Memanglah ayah boleh sponsor tiket tapi belanja sepanjang kat sana, siapa nak bayar? Bonus tahun ini tak tahu lagi bila nak dapat. Tak syoklah kalau jalan-jalan masa duit tak ada. Alang-alang jalan, biar semua ada, baik dari segi fizikal, mental dan kewangan! 

Untuk tahun 2011, aku belum plan lagi nak ke mana-mana. Semua kena tangguh dulu. Biar semua dah ok, baru boleh fikir.  Tak elok buat keputusan terburu-buru, nanti apa yang plan semua tak jadi. Hajat di hati, biar setiap tahun ada pergi mana-mana. Untuk tahun 2010, aku dah lepas ke Bandung dan Jakarta. 1 tahun punya plan beb. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. 

p/s: sekarang ini asyik nak makan sahaja. makin comel la..

Tuesday, October 5, 2010

Mini jamuan raya

Hari ini ada buat makan-makan kat rumah. Cuma jemput beberapa orang kawan opis untuk menjamu selera. Dah lama kawan opis ajak aku buat makan-makan di rumah tapi asyik tak berkesempatan sahaja. Aku tak lah masak grand pun..masak yang simple-simple je. Yang penting sedap ok. Tak sempat nak ambil gambar sebab lapar sangat so inilah menunya:

  • air anggur
  • spaghetti 
  • drummet 
  • coklat sebagai pencuci mulut

Aku sengaja tak jemput Junaidah sebab aku malas nak layan dia. Boleh tak? Hahaha..

Bulan syawal ada tinggal beberapa hari  dan masih ada lagi jemputan rumah terbuka. Hari lusa ada jamuan raya kat opis. Tak pasti lagi nak masak apa. Hajat hati nak buat macaroni and cheese..senang je nak buat. Main gaul-gaul je. Ada idea lain?? Boleh kita kongsi sama-sama?

p/s: asyik ada jemputan jamuan raya sampai tak sempat nak puasa 6. 

Monday, October 4, 2010

Lega rasanya


I feel free at last!

Alhamdulillah..

Final exam dah lepas. Rasa lega sangat sebab semua dah selesai buat sementara waktu. Bolehlah aku rehat sekejap dan kasi tenang dulu fikiran aku ini. Komen aku pasal exam baru-baru ini? Setakat ini semuanya ok walaupun study last minit (bayangkan paper hari ini aku mula baca pagi tadi). 

Yang penting sekarang, kerjasama antara kawan-kawan seangkatan memang banyak membantu. Sanggup buat kelas tambahan dan ajar untuk lebih faham. I appreciate it so much. Di sini aku ingin mengambil kesempatan kepada classmate aku yang banyak membantu terutamanya kepada Mr. X. Yeaah! Jasamu memang sentiasa diingati. 

Sekarang, aku boleh tarik nafas lega dulu. Hari esok ada azab lain menunggu. 

p/s: ada lagi 3 semester. tak sabar rasanya..

Saturday, October 2, 2010

Post pendek sahaja


Entry kali ini pendek sahaja sebab sekarang dalam keadaan tertekan. Pukul 2 petang nanti aku ada final exam untuk sabjek Decision Analysis tapi satu benda tak baca lagi. Wish me the best of luck. 

p/s: harap-harap exam kali ini pass

Friday, October 1, 2010

Semakin hari semakin benci

Semakin lama aku kerja kat opis, semakin lama aku naik menyampah dengan boss aku. Baru-baru ini, aku rasa sangat tertekan dengan boss sebab banyak kerja nak kena selesaikan. Dahlah tu, boss aku gelabah tak tentu pasal hanya kerana perkara kecil. Geram tau! 

On top of that, dia siap call aku konon nak beritahu workplan dia. Apa yang patut kita lakukan selepas ini dan kena rancang awal untul projek seterusnya. Wahai boss, kerja sekarang tak siap lagi..kau nak plan macam-macam pula. Cuba sabar boleh tak? Dahlah tu..boss aku bagi arahan macamlah aku tak tahu nak buat kerja. Dekat 4 tahun aku kerja kat situ, apa lagi kau mahu?

Muka bengang dapat call daripada boss..Don't make fun on me ok. 

Sepanjang dia call aku, aku malas nak beri apa-apa respond. Cuma sekadar hmmm..ya..ok. Lama gila beb dia cakap. Mahu dekat 1 jam rasanya boss aku bebel dalam telefon. Aku siap minum milo dan makan biskut dulu. Sambil-sambil tu aku siap surfing kat internet. Nasib baiklah dia tak nampak aku dok buat isyarat lucah kat meja aku. Hahaha!

Sebenarnya tak ada masalah dengan kerja yang aku buat tapi bila boss campurtangan, itu yang buat kelam kabut. Lebih-lebih lagi kalau dapat boss macam aku tu. Panic tak tentu pasal. Aku pun tak tahu macamana orang boleh lantik dia jadi boss. Dahlah kerja dia, banyak staff dia yang buat. 

Sekarang department aku semakin kurang sebab ramai yang dah berhenti kerja. Kalau dapat boss ok, aku rasa ramai akan stay. Sayang, rata-rata yang berhenti kerja adalah staff senior yang memang mahir dengan kerja sekarang. Aku? Biar aku stay sampai habis MBA dulu. Plan seterusnya kena tunggu dulu. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana. 

p/s: kenapalah boss masih tak sedar yang ramai tak suka dia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails