Thursday, June 12, 2014

Musim bola sepak piala dunia bermula

Acara setiap empat tahun bermula esok pagi dengan bermula perlawanan pertama antara tuan rumah Brazil dengan Croatia. Ish teruja pula aku bila musim bola sepak  piala dunia bermula. Aku ni bukanlah ikut sangat tapi suka tengok semangat peminat pasukan bola sepak masing-masing. 

Nak tahu jadual perlawanan? Untuk tidak ketinggalan mengikuti setiap perlawanan, boleh tengok seluruh jadual perlawanan bola sepak di sini. 

Masih terlalu awal untuk aku meramal siapa yang menang kali ini. Sama-samalah kita tunggu ya. 

p/s: nak sangat pergi Brazil.


Wednesday, June 11, 2014

Day 3 - Bali (part 1)

Semenjak dua menjak ini panas betul rasanya. Bersesuaian dengan suasana kami pada hari ketiga di Bali, kami meneruskan perjalanan dengan menjelajah ke kawasan pantai. Lepas balik dari Bali, perkara pertama yang paling aku rindu ialah pantainya. Cantik sangat! Airnya jernih dan pantainya bersih. 

Seperti biasa, kami tunggu Arif di lobi pukul 8.30 pagi tapi entah macamana hari tu Arif sampai lambat. Katanya jalan sesak sebab hari kerja. Berkali-kali Arif minta maaf sebab lambat sampai. Tak apa Arif, I'm oklah. Tak perlu nak risau lagipun bukannya nak tergesa-gesa sangat pun. Alahai Arif, orangnya muda lagi baru umur 28 tahun. Asal dari Jawa dan masih belum berpunya. Aku tanya kenapa tak kahwin lagi? Nak tahu apa jawapannya? Dia nak cari orang Malaysia. Amboi bukan main kau ya. Nak kenal Arif? Mari aku nak tunjukkan gambar Arif. 

Yang kanan sekali itulah Arif. 

Sambung balik cerita kita. Banyak pula celoteh aku kali ini. Destinasi pertama kami adalah ke Pantai Nusa Dua. Di sini ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Nak paragliding? Nak naik banana boat? Untuk kami, kami memilih untuk ke Pulau Penyu. Bukan apa, aktiviti ini sahaja yang tak perlu basahkan badan. Apa taknya, aku tak bawa baju lebih. Tak kuasa aku nak basahkan badan. Untuk pergi ke Pulau Penyu, perlu naik bot dan tambang ke sana adalah Rp300,000 seorang. Sebelum sampai ke Pulau Penyu, bot akan berhenti sekejap di tengah-tengah pantai untuk beri ikan makan. Kononnya boleh nampak banyak ikan di situ tapi aku tak nampak pun. Frust akak. Lepas tu, terus ke Pulau Penyu. 

Ada sesiapa nak cuba? 

Sampai di Pulau Penyu, dikenakan bayaran masuk sebanyak Rp5,000 seorang. Di sini kita boleh melihat sendiri penyu. Waah, inilah kali pertama aku melihat penyu betul-betul. Banyak juga penyu yang ada sebab di situ juga tempatnya mereka pelihara dan menjaga penyu dari telurnya menetas. Bukan sahaja penyu, ada binatang lain ada seperti burung, monyet, ular dan banyak lagi. Lebih kurang macam mini zoo jugalah. 

Comelnya penyu ni. 

Auw gelinya ular. 

Burung enggang. 

Kami lepak-lepak dulu di Pulau Penyu dulu sambil minum air kelapa. Banyak syok woo!! Aku kagum dengan pekerja yang ada di Pulau Penyu ini. Mereka betul-betul melayan setiap tetamu yang datang. Bila tahu yang datang tu orang Malaysia, mereka cuba bertutur dalam Bahasa Malaysia walaupun ada bunyi yang agak pelik. Kalau yang datang tu orang Australia, bukan sahaja cakap dalam Bahasa Inggeris malah siap ada slang lagi. Good Day Mate! 

Lebih kurang 1 jam lebih lepak di Pulau Penyu, kami pun naik bot semula dan kembali ke Pantai Nusa Dua. Tak jauh pun, dalam 15 minit dah sampai. Di Pantai Nusa Dua memang ramai orang melakukan pelbagai aktiviti pantai tapi aku tengok je lah. (panas sangat ok)

Seterusnya kami ke Pantai Pandawa. Ini lagi satu pantai yang cantik di Bali. Sebelum sampai ke pantai, akan melalui tembok batu kapur lebih kurang sepanjang 1km. 

Tembok batu kapur (ihsan Google).

Di hujung tembok batu kapur, baru nampak pantainya. Nak masuk ke kawasan Pantai Pandawa, bayaran masuk sebanyak Rp5,000 seorang dikenakan. Jangan risau, bayaran dikenakan sangat berbaloi sebab pemandangannya sangat cantik. 

Pantai Pandawa.

Kebetulan masa aku sampai, memang ramai orang sebab masa tu adalah musim cuti sekolah di Indonesia. Rata-rata yang datang naik bas. Jadi boleh bayangkan betapa ramainya orang masa tu. Alamak wrong timinglah. 

Tengok pantainya yang jernih dan biru. 

Tengok pantai sambil makan jagung bakar. Kombinasi terbaik!

Jangan tak tahu, nak duduk bawah payung pun kena bayar. Aku ambil dua kerusi dengan bayaran Rp50,000. Bayar je lah. Lagipun panas kan. Sambil-sambil tu boleh cuci mata sekali. Hahaha..

Ok, kita sambung dulu. Lepas ini ada tempat yang menarik lagi untuk dikongsi bersama. Tunggu ya. 

p/s: sayang aku tak mandi di pantai. 

Day 2 - Bali (part 2)

Maaf lambat sambung balik cerita. 

Dalam entry sebelum ini aku ada cerita pasal kawasan tempat memproses dan pembuatan batik, perak dan lukisan. Bagi aku, tak ada apa-apa yang menarik sebenarnya. Bukannya buat apa-apa cuma sekadar tengok je lagipun kalau nak beli, harganya bukannya murah. Jadinya kalau rasa nak skip, skip je. Mungkin tempat tersebut dah menjadi rutin bagi Arif dan sebab itulah dia bawa kami ke sana. 

Destinasi seterusnya ke Kintamani. Perjalanan ke Kintamani agak jauh juga, tak salah aku dalam 1-2 jam untuk sampai ke sana. Apa yang istimewanya di Kintamani ini, ia terletak 1,500 meter atas permukaan laut dan sudah pasti dengan kedudukan yang tinggi terasa suasananya dingin sekali. Di Kintamani ini juga kita boleh melihat keindahan Gunung Batur dan Tasik Batur. Terus terang tempat ini sangat cantik dan wajib dikunjungi apabila berada di Bali. 

Sampai sahaja ke kawasan Kintamani, dikenakan bayaran masuk sebanyak Rp2,000 seorang. Kebetulan masa sampai adalah waktu makan tengahari. Arif bawa kami ke restoran halal dan yang best kita boleh melihat pemandangan sambil menjamu selera. Makan ala buffet dan bayaran untuk seorang adalah Rp121,000. Makanlah kau sepuas hati. Antara makanan yang dihidangkan, aku paling suka sate ayam. Selamba je aku ambil banyak. Mari aku tunjukkan kawasan Kintamani ini. 

Nampak tak Gunung Batur dan Tasik Batur? Cantik kan? 

Makan pun sudah, kami terus mengerjakan solat di situ sebelum meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan balik, singgah sebentar di Tegalalang di kawasan Ubud iaitu kawasan penanaman padi bertingkat. Siapa yang pernah ambil sabjek geografi mesti tahu kan? Kalau di sini tak banyak yang ada tanam padi bertingkat. Bayaran masuk untuk melihat kawasan padi adalah Rp5,000 seorang. Memang kalau nak masuk mana-mana, banyak yang kena bayar. Bukan apa, ini adalah salah satu mereka menjana pendapatan. 

Padi bertingkek-tingkek.  

Seterusnya singgah sebentar ke kawasan memproses kopi. Di situ tunjukkan dan penerangan tentang kopi, koko, vanilla dan pelbagai jenis pokok rempah. Sekurang-kurangnya aku belajarlah sikit bagaimana mereka memproses kopi tu. 

Pokok vanilla. 

Pokok kopi.

Pokok koko.  

Sangai biji kopi. 

Selesai sudah penerangan memproses kopi, kami diberi untuk merasa dan mencuba minuman kopi yang disediakan. Banyak jenis kopi tapi tak ada satu pun yang menarik perhatian aku. Kalau nak beli kopi, boleh sahaja beli di sini. Sediakan sahaja wangnya. Aku tak beli apa-apa pun. Sempat juga aku merasa coklat cili padi. Pedas betul. 

Ada macam-macam kopi dan coklat.  

Ok, seterusnya kami singgah ke Krishna. Krishna ini lebih kurang macam Mydin kalau di sini. Pelbagai barang dijual di sini terutamanya kalau nak beli cendermata seperti t-shirt, fridge magnet, key chain, beg dan banyak lagi. Orang memang ramailah sampaikan aku pening kepala dibuatnya. Aku dapat tahu yang Krishna buka 24 jam. Hebat kan? 

Aku tengok ramai orang yang beli pai susu sampai berbakul-bakul. Ini yang buatkan aku ingin mencuba membeli. Harganya dalam Rp21,000. Adik aku siap tanya sedap sangat ke sampai ramai orang yang beli. Baru aku tahu, orang ke Bali memang beli pai susu ini. It is a signature dish di Bali. Dalam kereta, aku sempatlah rasa pai susu ini. Bagi aku, rasanya manis macam egg tart. 

Inilah rupanya Pai Susu Bali. Manis rasanya. 

Dah puas jalan, terasa lapar pula. Untuk makan malam, kami makan di Restoran Wong Solo yang masyhur dengan ayam penyet. Banyak dah cawangannya dan di Bangi pun dah ada satu. Makan pun sudah, barulah balik ke hotel. Seharian kami keluar jalan-jalan. Manalah tak penat. Rasanya katil di bilik dah memanggil nama aku je. Apa lagi, tidurlah jawabnya. 

Sambung pula untuk hari ketiga. 

p/s: menyesal tak beli banyak pai susu tu. sedap pula rasanya. 

Tuesday, June 3, 2014

Day 2 - Bali (part 1)

Kita sambung lagi pada hari kedua di Bali. Perjalanan bermula pada pukul 8.30am dan destinasi pertama kami adalah menyaksikan persembahan tarian Barongan. Tarian Barongan bermula pada pukul 9.00am dan berlangsung lebih kurang selama 1 jam. Memandangkan kami sampai awal bolehlah ambil tempat duduk di hadapan untuk menyaksikan persembahan dengan lebih jelas. Bayaran dikenakan sebanyak Rp100,000 seorang. 

Pentas persembahan tarian Barongan. Penari-penari akan keluar melalui pintu di tengah-tengah. 


Persembahan tarian Barongan. 

Agak sukar untuk aku memahami ceritanya sebab tak berapa tangkap bahasanya tapi nasib baik aku ada baca sedikit sinopsis mengenai tarian Barongan ini. Oklah sikit. 

Aku rasa ada part yang tak berapa sesuai untuk tontonan umum sebab ada unsur-unsur lucah sikit. Bagi aku mungkin itu cara mereka menghiburkan penonton. Konon nak buat kelakarlah. Kalau tak, mesti boring.

Selesai persembahan tarian Barongan, destinasi seterusnya melawat tempat memproses dan pembuatan batik, perak dan lukisan. Yang menariknya, satu kawasan akan mengkhususkan satu pembuatan. Orang memang ramailah masa tu terutamanya pelancong dari luar negara. Rasanya kami singgah sekejap sahaja tengok mana yang patut. Tak kuasalah aku nak duduk lama-lama. 

Proses mencanting batik.

Proses mengukir barang perak. 

Proses membuat lukisan dengan dimulakan melakar dan terus mewarna. 

Aku tak beli apa-apa sepanjang berada di sana. Mahal sangat harganya, lari bajet aku. Cukuplah untuk mengetahui serba sikit bagaimana proses sesuatu pembuatan. Betul tak?

Ke mana kita lepas ini? Kita sambung dulu ya. Boleh kan? 

p/s: teringat ukiran kapal yang besar harga Rp25 juta. perrgghh mahal!

Monday, June 2, 2014

Day 1 - Bali

Beberapa hari sebelum bertolak ke Bali, aku demam siap ambil MC lagi tu. Risau juga kalau demam aku berterusan. Tak seronoklah kalau jalan-jalan waktu demam. Alhamdulillah aku bertambah pulih dan sepanjang aku berada di Bali semuanya berjalan dengan lancar. 

Trip ke Bali sebenarnya dah lama plan sejak dari tahun lepas lagi. Kali ini aku pergi bersama-sama 6 orang yang terdiri daripada 2 adik, ayah dan 2 anak saudara. Asalnya adik ipar aku nak pergi sekali tapi last minit tak jadi sebab dia ada kerja. Jadinya ayah aku menggantikan tempat adik ipar aku tu. Aku bertambah teruja sebab naik kapal terbang dari KLIA 2 yang baru sahaja beroperasi pada awal bulan Mei. 

Aku dapat tahu, untuk penerbangan luar negara mesti check in sekurang-kurangnya 3 jam sebelum berlepas. Apa taknya, KLIA 2 sangat luas. Aku rasa mahu setengah jam aku berjalan untuk sampai ke balai menunggu. Punyalah jauh! 

Ok, mari kita cerita pula trip Bali. Perjalanan dari KLIA 2 ke Lapangan Terbang Denpasar mengambil masa 3 jam. Entah macamana penerbangan kami lewat setengah jam yang sepatutnya bertolak pukul 10.35am bertukar kepada 11.00am. 

Lebih kurang pukul 2.00pm, sampailah kami ke Lapangan Terbang Denpasar dan keluar sahaja daripada pintu ketibaan, aku nampak ada orang pegang kad nama aku, Ms. Mazuriah. Glamer akak rasanya. Hehehe..Sepanjang aku berada di Bali, Arif telah membawa kami sekeluarga jalan-jalan. Nanti aku cerita pasal Arif, tour guide aku di Bali. Ok? 

Di Bali, aku menginap di Hotel Cipaganti, Legian. Hotel ini baru sahaja buka pada tahun 2013, tak sampai setahun rasanya. Masa aku check in hotel, ada sedikit salah faham sebab receptionist tu ingat aku ambil 1 bilik. Aku terkejutlah, sebab dia siap minta aku bayar lebih sebab bilik tu hanya dapat menampung untuk 4 orang sedangkan masa tu kami ada 6 orang. 

Eh, minah ni. Aku tak puas hati sebab sebenarnya aku ambil 2 bilik iaitu 1 bilik superior dan 1 bilik superior connecting. Mengikut pengiraan aku, memang cukup untuk 6 orang. Barulah dia perasan, memang salah dia sebab tak perasan yang aku buat 2 tempahan bilik yang berbeza. Eii geramnya. Lain kali tengok betul-betul ya. 





Hotel Cipaganti, Legian Bali. (sebut betul-betul. jangan salah sebut lain pula)

Selesai sudah urusan check in hotel, terus keluar cari makan sebab dah lapar. Arif mencadangkan makan di Restoran Malioboro yang masyhur dengan lauk ayam tulang lunak. Katanya ramai orang Malaysia suka makan di situ. Oklah, kami pun cuba. 

Rapuh sangat sampai boleh makan tulang sekali. Sedap!

Makan pun sudah, Arif bawa kami semula ke hotel. Perjalanan diteruskan lagi pada hari seterusnya. Lepas solat, aku dengan adik-adik aku keluar jalan-jalan sekitar Legian. Sepanjang jalan, memang banyak kedai yang menjual pelbagai barang. Sediakan sahaja wangnya dan jangan lupa untuk menawar harga dan tawar harga sampai separuh harga. Kami tak beli apa-apa pun cuma beli adapter. Entah macamana aku boleh lupa bawa. Ish apa nak jadi dengan aku ni. 

Lepas jalan-jalan masuk bilik, tidurlah apa lagi. Kita sambung lagi cerita di Bali ya. 

p/s: aku nak sangat tahu macamana dia masak ayam sampai tulang rapuh. ada sesiapa tahu? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails