Tuesday, April 3, 2018

Namaste India - part 6

Hari terakhir di Kashmir. Rasa sekejap masa berlalu. Sebelum bertolak ke airport, kami diberi peluang menikmati shopping dalam shikara. Ala-ala floating market. Bunyi menarik kan? Jual-beli dilakukan di dalam shikara. 

Menikmati keindahan tasik sambil shopping. 

Pakcik ni memujuk aku untuk beli saffron. Tak ingat berapa harganya. 

Sempat beli gelang. 

Ada juga kedai atas tasik. Sediakan sahaja wang untuk membeli. 

Inilah houseboat aku, Pamposh. 

Selesai sudah mengelilingi tasik, balik semula ke houseboat. Bolehlah kemas baju dan beg sebab nak terus ke airport. Sebelum keluar dari houseboat, makan tengahari terlebih dahulu. Kiranya ini adalah hidangan terakhir di bumi Kashmir. 

Elok sahaja nak keluar dari houseboat, boleh pula Irfan dengan Bashir minta bayaran daripada kami. Terkejut besar. Kenapa tiba-tiba pula nak minta bayaran. Bukan semuanya dah diuruskan terlebih dahulu. Jumlah yang dituntut bukannya sikit. Ish marahlah kakak!! 

Masalahnya sepanjang kami di houseboat, kami tak diterangkan terlebih dahulu berkaitan bayaran tambahan. Kerja penjaga houseboat bukan sahaja melayan tetamu tapi kenalah terangkan bayaran tambahan sekiranya ada. 

Aku malas nak bertekak, pandai-pandailah kau uruskan sendiri. 

Dalam perjalanan ke airport, banyak betul checkpoint pemeriksaan beg dan badan. Bayangkan 1km lagi nak sampai airport, kena turun dari van. Check beg dan badan satu persatu. Ingatkan dah selesai pemeriksaan, rupanya ada lagi dalam airport. Ketat betul urusan keselamatan ni sampaikan bagpack tak diberi naik dalam kapalterbang. Beg yang boleh dibawa cuma handbag. Mana yang bawa laptop bolehlah bawa bersama-sama bagpack.

Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar. Memang banyak bersabar ya. 

Sampai di Delhi, perjalanan diteruskan ke Agra. Kali ini menaiki bas dan perjalanan yang diambil selama 5 jam. Penat tak terkata. 

p/s: penat terus hilang bila dapat tengok sendiri salah sebuah 7 keajaiban dunia. 

Sunday, April 1, 2018

Namaste India - part 5

Belum puas lagi menikmati keindahan salji di Sonamarg, kita sambung pula ke Gulmarg. Salah satu tempat yang masyhur di Kashmir dan jaraknya dari Srinagar lebih kurang 55km tapi keadaan jalan yang kurang sempurna, telah mengambil masa 2 jam! 

Belum sampai lagi tapi dah nampak pemandangan cantik. 

Sebelum meneruskan destinasi, kita makan dulu. Kebetulan masa sampai dah waktu makan. Aku tak sempat nak ambil gambar makanan sebab terlalu menikmati juadah makanan. Nak buat macamana, aku dengan makanan tak dapat dipisahkan. 

Makan pun sudah, perut pun kenyang, kita jalan ke tempat menaiki gondola ke phase 1. Gondolanya kecil sahaja. Boleh muat untuk 3-4 orang sahaja. Masa naik gondola, hujan turun pula. Bertambahlah sejuk dibuatnya. 

 Nampak tak salji putih tu? Geram je tengok. 


Inilah rupanya di phase 1. Semuanya putih! 

Rata-rata ahli kumpulan lain mengambil kesempatan naik sledge dan main salji. Aku tak ikut sebab tak tahan sejuk. Jadi aku jalan-jalan sekitar phase 1 sambil tunggu mereka balik. Rupanya bukan aku seorang sahaja yang tak ikut, roomate aku, Kak Zu pun sama. Yeaah ada geng. 

Balik dari Gulmarg, singgah lagi ke kedai saree yg diusahakan oleh penduduk miskin Kashmir. Aku tak beli apa-apa. Angin shopping belum datang lagi. Aku tengok je, bagi peluang mereka shopping. Bukan apa kalau aku dah mula shopping, memang tak ingat dunia. Bahaya! 

Habis shopping, balik ke houseboat. Hari esoknya dah nak balik ke Delhi. Sedih pula nak tinggalkan Srinagar ni. 

p/s: ada drama yang tak diduga akan berlaku nanti. 

Sunday, March 18, 2018

Persiapan ke Perth

Kita buka cerita trip ke Perth dulu ya. Nanti bila ada masa lagi, boleh sambung balik cerita trip India. Boleh kan? 

Cerita trip ke Perth dah setahun lebih baru sekarang nak cerita. Punyalah lama aku simpan sampaikan aku hampir-hampir lupa. Nampak sangat tanda penuaan. Mengaku je la, tak baik nak sorok-sorok. 

Visa

Mula-mula sekali, pastikan dapat visa untuk memasuki Australia. Banyak pilihan untuk memohon visa. Bagi aku, boleh ikut cara aku dengan emel maklumat kepada eta.australia@yahoo.com seperti:

1. No. telefon

2. Maklumat penerbangan
3. Salinan pasport 
(pasport yang masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ke sana) 
4. Alamat rumah
5. Alamat emel

Bayaran yang dikenakan sebanyak RM20/seorang untuk permohonan visa  diluluskan. Bila semua dah ada, sekejap sahaja prosesnya. Dalam tempoh 24 jam dah siap. 

Pengangkutan

Siap urusan visa, boleh fikirkan urusan pengangkutan di Perth. Kalau merancang untuk tinggal sekitar bandar Perth, boleh sahaja menaiki bas percuma yang disediakan. Pilih sahaja bas ikut laluan yang dikehendaki iaitu Yellow CAT, Green CAT, Red CAT dan Blue CAT. Jangan lupa ucapkan terima kasih bila turun dari bas sebagai tanda kita menghargai pemandu bas tersebut. 


Mana yang nak sewa kereta, tak jadi masalah. Memang banyak pilihannya. Pilih sahaja mana yang suka. Pembayaran untuk sewa kereta hanya diterima melalui kad kredit. 


Setelah melihat bayaran dan pilihan kereta yang diberi, aku telah membuat keputusan untuk memilih perkhidmatan kereta sewa dengan Bayswater. Urusan proses kereta sewa pun mudah. Dalam 10 minit siap semuanya dan kita boleh memandu kereta sewa terus. 

Uruskan hal pembayaran kereta sewa. Sekejap je dah selesai. 

Dapat kereta sewa Toyota Corolla Hatch. 

Tempat tinggal

Sepanjang aku berada di Perth, aku memilih untuk tinggal di apartment yang menyediakan perkhidmatan memasak. Jimat dan senang untuk penyediaan makanan. Kalau ada mesin basuh serta mesin pengering baju, itu lagi bagus. Tak perlu bawa baju banyak-banyak dan ringan sikit bebanan beg. 


Oleh sebab banyak tempat nak teroka, (Perth - Albany - Pemberton - Bunbury - Perth) pemilhan tempat tinggal adalah penting. Kebetulan tempat tinggal yang aku pilih, memenuhi kehendak aku. 

Criterion Hotel, Perth. 

Ace Motor Inn, Albany. 

Karri Forest Motel, Pemberton. 

Welcome Inn,  Bunbury. 

Apa lagi ya? Rasanya ini adalah perkara penting yang perlu diutamakan. Seterusnya bolehlah merancang tempat yang kita nak pergi. Ia bergantung juga berapa lama kita berada di Perth. Kalau lebih lama, banyaklah tempat yang kita lawati dan terokai. Kalau ada peluang sampai ke Albany, tinggal sana dalam 2 malam. Rasa ralat sebab masa aku ke sana, sekejap sangat. Dahlah nak ke sana jauh tapi sempat tinggal 1 malam sahaja. 

Orang di Perth memang peramah dan banyak membantu. Bandarnya lebih santai dan rasa tenang sahaja. Lepas ni bolehlah rancang jalan-jalan ke sana. Nak ambil pakej tour sana pun ada kalau nak lagi senang. Kalau ada yang nak lebih mencabar, boleh teroka sendiri. 

p/s: nanti aku kongsi tempat menarik di sana. 

Tuesday, February 13, 2018

Mari melancong


p/s: kaki dah gatal. tandanya nak jalan lagi. 

Thursday, February 8, 2018

Model baju plus size



Jangan terkejut pula ya. 

Baru-baru ini aku dapat tawaran jadi model untuk baju plus size. Itu namanya rezeki jangan ditolak. Minta maaflah modelnya masih amatur. Banyak benda yang perlu belajar untuk posing gambar. Lebih-lebih lagi ambil gambar ala-ala muslimah gitu. Terasa sangat aku ni sopan dan ayu. 

Ini adalah pengalaman yang tak akan lupa sampai bila-bila. Penat juga nak ambil gambar dengan 7 kali tukar baju. Sesi ambil gambar baju ni mengambil masa sampai setengah hari. Macamanalah model-model lain buat kerja ni ya? Nak posing lah, nak senyum lah. Ya ampun!!!

Bila tengok hasil gambar, rasa seronok pula. Rasa nak buat lagi. Hahaha! 

Ok, rasa-rasa ada yang berminat nak tahu pasal baju plus size ni? Ini adalah projek pioneer kawan aku. Kalau ada yang berminat boleh klik di sini

Maklumat harga dan saiz baju, semua ada di situ. InsyaAllah kalau sambutan menggalakkan, banyak baju plus size akan dibuat. Nak panggil aku jadi model pun boleh juga. (Macam bagus je kan?) 

p/s: baju ni sesuai untuk dipakai di pejabat dan buat baju raya sekali! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails