Sunday, January 29, 2012

Projek kenwood mixer

Aku memang dah lama nak beli kenwood mixer. Dulu masa arwah mak ada kenwood mixer, rajin juga buat kek dan biskut. Sayang, kenwood mixer arwah mak dah rosak. Nak beli baru tak mampu masa tu. Yang mampu cuma beli hand mixer murah je. 

Untuk dapatkan kenwood mixer, aku ada juga jual kek dan cupcake secara kecil-kecilan. Plan asal bila dapat hasil jualan kek, ingat nak beli kenwood mixer. Hmmmm..sampai ke sudah, haramlah aku nak simpan. Hehehe...

Ok lepas ini aku nak buat tabung khas yang diberi nama Projek Kenwood Mixer. Harap-harap 1 hari nanti akan menjadi kenyataan. Bak kata orang dulu-dulu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bak kata aku, sikit-sikit lama-lama dapat kenwood mixer! 

Oh ya..aku nak share sikit hasil kerja aku sebelum ini. Nak kata dah mahir, taklah..aku baru nak belajar. Happy viewing. 

Kek tunang sepupu

Carrot cupcake

Carrot cupcake

 Giant cupcake

p/s: ambil tempahan sikit-sikit je. 

Friday, January 27, 2012

Pengunjung 15,000



Wah! Pengunjung blog aku menghampiri 15,000. Untuk menghargai jasa baik pembaca blog aku, aku akan memberi hadiah istimewa. Siapa nak? Sila angkat tangan! Hehehe...

Caranya sangat mudah. Kepada pengunjung 15,000 yang bertuah itu, sila copy dan paste blog page aku (mesti tunjuk sekali total pageview). Emel kepada mazuriah@yahoo.com dengan tajuk emel pengunjung 15,000. Jangan lupa sertakan nama dan alamat ya. 

Good luck! Tinggal lagi 45 pengunjung blog. Cepat sebelum terlambat.

p/s: siapalah pengunjung 15,000 yang bertuah itu. 

Friday, January 20, 2012

Siapa nampak kucing aku? (bahagian 2)

Nampak tak kucing aku yang hilang?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak jumpa?
.
.
.
.
Ok..ini dia. 

Nampak tak?

p/s: uji minda sempena CNY. hehehe..

Panggilan keliru

Tiba-tiba dapat panggilan.

F: akak tak  keluar makan ke?

Aku: keluar (dalam hati tertanya, kenapa tanya aku keluar atau tak)

F: akak nak makan mana?

Aku: tak tahu lagi

F: nak tumpang kereta akak. akak keluar dengan kak syidah ya?

Aku: kak syidah? kak syidah mana?

F: eh..ni kak ******* kan?

Aku: a'ah ya tapi nak cakap ******* department mana?

F: eh..salah orang ni. suara pun lain je. tak apalah kak. sorry

Aku: ok. (masih keliru. siapalah minah yang call aku tadi)

The best part tu, masa mula-mula cakap, minah ni penuh yakin je cakap macam aku ni kawan dia. Aku pun main layan je lah. Kalau tak layan, nanti dia cakap aku ni sombong pula. Akhirnya bila perasan dah salah orang, habis macam tu je. Nasib baik aku tak nampak muka dia. Kalau tak, pasti malu. Suka hatilah labu. Hehehe..

p/s: selingan hari jumaat

Thursday, January 19, 2012

Kuih koleh kacang

Tiba-tiba nak makan kuih koleh kacang. Kenapa ya..antara banyak-banyak kuih yang ada, aku pilih koleh kacang? Aku tahulah rupanya taklah lawa mana tapi kalau dapat sekali makan, perrghhh boleh terangkat beb! Lagipun sebenarnya aku dah lama tak makan kuih ni dan sebab itulah datang angin mengidam nak makan! Hahaha...


Tengok kat pasar malam pun tak ramai yang jual. Uwwaa!! Ada sesiapa tahu kat mana nak cari kuih koleh kacang yang sedap? Beritahu sahaja kat mana, insyaAllah aku akan cari. Cewaaah..semangat gila aku ni. 


Kalau nak makan kuih koleh kacang ni, part yang aku suka ialah bila ada banyak taik minyak kat atas kuih. Best sangat. 

Sedapnya...yummy!

p/s: nak cuba buat sendiri. baru puas nak makan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails