Aku memang menunggu kehadiran Pesta Buku Big Bad Wolf (BBW) semenjak aku pergi tahun lepas di MAEPS Serdang. Untuk tahun ini Big Bad Wolf diadakan di Mines International Exhibition Centre (sebelah Mines Shopping Mall) bermula daripada 7 Disember sehingga 23 Disember.
Istimewa kali ini, minggu lepas dan minggu ini BBW beroperasi dari pukul 9am Jumaat sehingga 9pm Ahad non stop! Gila kan? Semalam aku berkesempatan pergi ke BBW bersama-sama dengan adik-adik aku pukul 12am dan keluar pukul 3am. Itu pun aku rasa tak explore semua tempat. Kalau tak, mahu lagi lama aku stay. Aku siap bawa beg troli untuk bawa buku-buku aku. Lagipun, takkanlah aku nak pegang ke sana sini dengan bawa buku yang banyak dan berat. Tak larat akak.
Hasil tangkapan memang lumayan (ni baru pusingan pertama) dan kali ini memang aku target nak beli buku masakan Nigella dan Jamie. Murah sangat-sangat! Bayangkan aku beli buku kulit keras dengan harga RM20-30 sahaja dan ini hasil tangkapan aku.
Berjaya rembat 17 buah buku dengan harga RM250.
Kebetulan aku baru sahaja beli rak buku dan bila dah beli buku semalam terus susun.
Alamak, kena beli buku banyak lagi baru penuh rak buku aku. Hehehe...
p/s: buku yang beli tahun lepas pun tak habis baca lagi.
No comments:
Post a Comment