Aku dah minta cuti 4 hari dari 26-31 Disember. Sengaja aku nak habiskan cuti tahunan tapi aku tak tahu nak pergi mana. Tinggal lama sangat di rumah pun tak syok, sure aku mati kutu dibuatnya. Tunggu sehari dua manalah tahu datang idea nak ke mana-mana nanti.
Oh ya, cerita pasal bercuti, trip ke Bangkok tinggal lebih kurang 3 minggu je. Punyalah lama aku beli tiket sejak bulan Mac. Alhamdulillah setakat ini, semua persediaan dah ok. Hotel, flight, itinerary dah settle. Tak sabar rasanya nak ke sana.
Perasaan aku? Suka, gembira, takut dan macam-macam lagi. Istimewanya trip kali ini adalah lebih mencabar sebab inilah pengalaman pertama aku dan kawan aku ke Bangkok. Aku tak tahu nak expect apa-apa. We just follow with the flow. Anyway, aku ada baca beberapa pengalaman blogger dan sambil-sambil tanya kawan-kawan yang pernah ke sana untuk dijadikan rujukan. Harapnya semua berjalan dengan lancar.
p/s: tinggal beberapa hari je tahun 2012.
No comments:
Post a Comment