I love my classmate so much.
Nak tahu kenapa? Kami memang sehati sejiwa. Perangai memang sama-sama gila. Kalau buat kerja sama-sama tolong. Contohnya bila aku tak sempat nak siapkan assignment, pasti ada yang akan sanggup beri jawapan untuk dikongsi bersama-sama. Selain daripada ada sumber inspirasi Mr. X, kawan-kawan lain akan cuba bantu untuk selesaikan masalah.
Tadi ada final exam untuk sabjek Corporate Finance. Semalam ada buat discussion bermula pukul 11 pagi (aku sampai lambat dalam pukul 12 sebab nak siapkan assignment) sampai pukul 6 petang. Sabjek yang memang susah sebab kena tahu konsep. Memanglah masa final exam akan diberi formula tapi kalau tak tahu nak pakai, buang masa sahaja nak jawab. Final exam mula pukul 11 pagi tapi sanggup datang awal untuk discuss lagi. Pada masa yang sama ada kawan tu siap buat strategi, nak duduk sebelah yang pandai jawab. Apa lagi..kalau bukan untuk tiru jawapanlah. Hehehe...
Aku tak tahu nak cakap apa pasal final exam tadi. Kalau tak ada bantuan Mr. X tadi, aku memang tak tahu nak jawab. Oh ya..aku rasa aku ada beritahu entry sebelum ni pasal seating kami untuk final exam. Aku duduk sebelah Mr. X!!! Yeaah! Terima kasih banyak-banyak Mr. X.
Sekarang ini boleh tarik nafas lega. Semester baru rasanya akan bermula bulan Julai. Sempatlah aku nak pergi bercuti ke Bandung-Jakarta dulu pada bulan Jun. Rasa cepat masa berlalu. Tak sangka semester 3 dah habis juga akhirnya.
p/s: sama-samalah kita tunggu keputusan exam nanti.
No comments:
Post a Comment