Thursday, October 21, 2010

Aku kena tag!



Alamak..aku sudah kena tag oleh kawan aku, Emmy. Untuk tidak menghampakan harapan dia, aku cuba jawab ok. Banyak juga soalan nak kena jawab ni mengalahkan soalan nak ambil exam MBA. Oklah Emmy, inilah jawapan daripada aku. Sudi-sudikan baca ya. 

1. Apakah benda dalam hidup paling penting dalam hidup anda?
Sudah pasti kehidupan dan kerjaya aku. 

2. Benda yang terakhir anda beli menggunakan duit anda sendiri.
Beli nasi ayam dan air lai ci kang untuk makan tengahari. 

3. Di manakah tempat anda melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan idaman anda?
Oleh sebab aku tak kahwin lagi, aku letak je impian perkahwinan aku ok? Aku inginkan perkahwinan yang simple sahaja. Tak perlu nak mewah-mewah yang penting kehidupan aku bahagia buat selama-lamanya. Cewaaah! 

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
Bercinta? Oh tidak..masih mencari Abang Long. 

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
Of courselah untuk selama-lamanya. :)

6. Novel/buku/majalah terakhir yang anda beli?
Buku terakhir yang aku beli adalah Introduction to Management Science dan Basic of Entrepreneurship. Buku teks untuk MBA. 

7. Di manakah anda selalu berjumpa kekasih/suami anda?
Errrkk??! Belum jumpa lagi lah. 

8. Apakah nama penuh anda?
Tak payahlah aku beritahu...tapi Mazuriah adalah sebahagian daripada nama aku sebenarnya. 

9. Antara mak dan ayah yang mana anda lebih mesra?
Hmmm..ikutkan aku, aku lebih mesra dengan mak sebab dulu ayah memang garang tapi sekarang dah ok. 

10. Namakan orang yang betul-betul anda jumpa dalam hidup anda.
Nak sangat jumpa Johnny Depp. Hero pujaan hati sampai bila-bila. 

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
Baju main campak je dalam mesin basuh. Hehehe..

12. Di manakah tempat yang betul-betul anda ingin pergi?
Kalau ikutkan hati, nak jelajah ke seluruh tempat tapi rasanya macam tak realistik pula. Nak sangat pergi ke New Zealand tapi tak tahulah bilalah agaknya dapat ke sana. 

13. Pilih satu, peluk atau cium?
Peluk kot? Ramai orang suka peluk aku sebab aku ni gebu macam teddy bear. 

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
Orang yang tag aku ni adalah orang paling lama aku kenal. Kita orang kenal dari tahun 1983. Kita orang sama-sama 1 sekolah dari sekolah rendah, sekolah menengah sampai masuk ITM. Lama kan? Terima kasihlah sebab tag. At least ada gak aktiviti nak buat sambil-sambil buat kerja. 

15. 5 benda yang anda sayang dalam hidup.
1. Kereta MyVI kelabu
2. Laptop 
3. Handphone
4. Koleksi cadar katil
5. Koleksi tupperwear

16. 5 lagu yang selalu anda dengar.
1. Billionaire (bila agaknya aku boleh jadi kaya?)
2. Fairy Tale
3. Sekadar di pinggiran
4. Bunga Angkasa
5. I want nobody but you

17. Bilakah tarikh lahir anda? Dan di manakah anda menyambutnya tahun lepas?
Tarikh lahir dah tak lama lagi ni..nak tahu bila? 25 Oktober beb. Tahun lepas sambut makan makanan Jepun dengan adik-adik. 

18. 5 orang blogger yang anda mahu tag. (click to the name)
Aku nak tag seorang je lah. Boleh kan? Aku nak tag kawan baik aku, ShirVen.

19. Cerita sedikit tentang blogger pertama yang anda tag.
Kita orang kenal melalui chatting kat MIRC sekitar tahun 1999/2000. Banyak perkara yang dia tahu pasal aku dan aku tahu pasal dia. Alhamdulillah kita orang masih lagi berhubung walapun jarang jumpa. Pernah pergi trip sama-sama ke Jakarta-Bandung baru-baru ini untuk shopping! Apa lagi ya? Rasa itu jelah kot? Hehehe...Jangan marah ya aku tag kau. Silalah jawab soalan aku ni ya. 

p/s: harap berpuas hati dengan jawapan aku ya. 

3 comments:

  1. hehehe...time kasey la kak long sbb sudi menjawab tag saya tu... teruskan usaha murni anda mencari Abg Long... ihikzzzz

    ReplyDelete
  2. alamaakkk!! camna jawab menda ekk. first time kena tag ni. tapi apa-apa pun aku try buat gak ek... if lambat tunggu yaa.. skrg tgh sakit.. :)

    ReplyDelete
  3. emmy: doakan la ya

    makcik: cuba je la jawab. biar lambat asalkan selamat. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails