Tuesday, March 29, 2011

Tangguh pula

What? The event need to be postponed.

Bengang beb! Bayangkan boss bagi arahan suruh organise conference dalam masa yang singkat tapi last minit beritahu aku, terpaksa ditunda pada hari lain sehingga diberitahu kelak. 

Dahlah nak prepare conference dalam masa singkat (tempoh 1 bulan) dengan nak cari speaker, participant, cari hadiah, buat pameran dan banyak lagi. Nak cari participant bukannya sikit..paling kurang nak 250-270 orang untuk 2 hari. Memang nak buat grand gila sebab ada menteri datang nak rasmikan conference. (Duh?!)

Bila dah dapat speaker, participant dan exhibitor dah confirm, siapa pula nak beritahu mereka pasal kena tangguh? Tanya orang atas sekadar beritahu "noted. will let you know once we get the date." Apa ke halnya? Senanglah cakap tapi cuba korang berada berada dalam situasi aku. Macamana kau nak cakap dengan mereka? 

Itu yang aku tak berapa suka, orang atas senanglah bagi arahan tapi yang merana ialah orang macam aku. Orang yang kerja bagai nak rak tapi apa yang aku dapat? Hampeh! Nak harapkan boss aku? Dia lagi suka bila dapat tahu kena tangguh. Tak perlu nak pening kepala nak fikir pasal tu. Ya lah...bukannya kau yang buat kerja. Eeeeiii geram betul! 

Nasib baik respon daripada speaker, participant dan exhibitor semuanya ok dan  sentiasa menyokong aku. Aaahhh lega rasanya. 

p/s: penatlah nak organise event.

Sunday, March 27, 2011

Hari gaji adalah hari bayar hutang

Sesetangah orang akan gembira bila gaji masuk. Bagi aku, aku tak sempat nak menikmati duit gaji aku sebab lebih daripada separuh gaji aku akan digunakan untuk bayar hutang. Bayar duit ansuran kereta, bil telefon, astro, streamyx, pinjaman pendidikan JPA dan banyak lagi. Itu nasib baik lagi masih tinggal rumah dengan famili kalau tak dah kena bayar duit sewa rumah. Akhir sekali tinggal berapa RM je untuk aku belanja sementara nak tunggu gaji yang akan datang. 

Bukannya aku tak bersyukur cuma aku teringat masa aku kerja dengan Giant dulu. Gaji taklah banyak macam sekarang tapi masih boleh simpan duit. Ok..dulu ada baju seragam jadi tak perlu nak risau untuk beli baju baru. Makan pun siap bawa bekal lagi tu. Hmmm...dah banyak jimat duit kat situ. 

Sekarang? Nak simpan duit berapalah sangat. Nasib baik ada buat skim potongan gaji masukkan duit dalam Tabung Haji. Bolehlah aku nak survive sikit.

Harapkan Abang B, sampai hari ini belum nampak bayang-bayangnya lagi. Aku dah malas nak mengharap apa-apa daripada Abang B. Kalau ada rezeki, insyaAllah ada. Dalam hati memberontak, "mana Abang B aku???"

p/s: semakin besar periuknya, semakin besar keraknya.

Wednesday, March 16, 2011

Result exam..amacam pass?

Dah dapat result exam! 

Alhamdulillah semuanya pass. Seperti yang aku duga, aku memang tak mengharap untuk dapat result yang bagus seperti result exam sebelum ini. Nak tahu ke result aku? Ok..ini dia result exam aku. 

Strategic Management:  B

Management Accounting for Managers:  B+

GPA: 3.17
CGPA: 3.33

Aku sebenarnya lebih takut dengan paper Accounting sebab tak sedia apa-apa langsung. Masa jawab exam, aku memang tawakal habis. Memang mengharap belas simpati lecturer untuk passkan aku. Alhamdulillah dapat B+. Kalau boleh tak nak repeat! Seksa aku nak jawab balik. 

Semester baru dah mula dan untuk semester ini ambil paper Law, Ethics and Corporate Social Responsibility dan Supply Chain Management. Assignment pun dah dapat..banyak pula tu. Harap jangan buat kerja last minit (degil   betul). Memang boleh jadi gila nak siapkan semua sekaligus. Padan muka! 

p/s: tinggal lagi 1 semester nak habis. kejap je rasa

Tuesday, March 15, 2011

Bobby

Alamak malam ni ada cerita Bobby pula. Kali pertama tengok cerita ni masa sekolah rendah. Cerita hindustan yang lama-lama ni kalau tengok banyak kali memang tak jemu. Punyalah suka tengok sampai sanggup tunggu cerita habis 3 jam!  

Serba sikit cerita Bobby ni, lebih kurang cinta 2 darjat. Bobby (heroin) anak nelayan dan Raja (hero) anak orang kaya. Cinta mereka memang ditentang hebat oleh keluarga mereka. Banyak sungguh rintangan yang mereka hadapi  dan akhirnya biasalah cerita hindustan mesti happy ending. Kedua-dua keluarga setuju menerima cinta mereka. Cewaaahh!!

Dahlah dalam cerita Bobby ni banyak lagu yang best. Mari..aku nak kongsi lagu yang menjadi kegemaran aku. Layan je...




Dalam cerita ni, Rishi Kapoor sangat slim dan comel. Berbeza dengan rupa sekarang. Hehehe..

Cerita hindustan sekarang memang tak boleh lawan dengan cerita hindustan lama. Sekarang ni, banyak sangat cerita yang  ada unsur tuuuut! Aku sendiri naik segan nak tengok macam mengalahkan cerita Hollywood. Ish ish....

p/s: adegan guling-guling atas padang memang kena ada. 

Friday, March 11, 2011

Emel boss

"Have to take my dog to surgery at 11am."

Pagi-pagi lagi dapat emel daripada boss. Sayang betul boss dengan anjing dia. 

Aku terfikir..kenapa dia je yang tak buat operation? Alang-alang terus buat Extreme Makeover. Hahaha!!

p/s: bila nak dapat bonus ni?

Thursday, March 10, 2011

Abang B

Dah lama aku tunggu Abang B. Bukannya selalu dapat jumpa Abang B. Kadang-kadang setahun sekali kalau bernasib baik, dapatlah jumpa 2 kali. Kenapa Abang B buat macam ni kat aku? Aku tak sukalah tunggu lama-lama. 

Abang B ni suka sangat tabur janji manis. Kata hari tu nak jumpa awal bulan tapi sampai hari ini masih tak nampak bayang-bayang Abang B. Abang B dah lupa dengan aku ke? Sampai hati Abang B buat macam tu. Aku kat sini setia menunggu. Ya aku sedar...siapa diri aku ini. Dahlah tak cantik, debab pula tu. (skrip ala-ala merajuklah tu)

Kalau Abang B tak datang juga bulan ni, aku cari orang lain. Daripada mengharap benda yang tak pasti, buat apa nak tunggu lagi? Bak kata Kak Ramlah Ram, "selamat tinggal romeo"

Nak tahu siapa Abang B aku tu? Hehehe...Apa lagi kalau bukan Abang Bonus lah! 

Aku rasa rata-rata kat opis aku tu semua dok tunggu bonus. Minggu lepas  Chairman dah umumkan nak bagi dalam Mac. Sama-samalah kita tunggu ya. Sebenarnya aku dah plan macam-macam dengan bila dapat bonus. Faham-faham je lah nak pakai buat belanja ke Kota Kinabalu nanti. Kalau tak, mana aku nak cekau duit lagi? 

p/s: bila abang b datang, abang h pula dah tunggu. (abang h = hutang)

Thursday, March 3, 2011

Gobok antik


Bila tengok gambar gobok (almari) ini, teringat aku kepada arwah wan. Apa taknya, dalam gobok inilah arwah wan simpan lauk. Kalau masa raya, arwah wan akan simpan rendang ayam dalam gobok untuk ahli keluarga yang lain. "Jangan makan rendang tu. Tinggalkan untuk orang lain juga" itulah yang selalu  dipesan oleh arwah wan. 

Aku macam biasalah, mana nak dengar cakap orang. Dalam diam-diam aku akan ke dapur, buka gobok dan ambil rendang. Ambil sedikit-sedikit dulu kalau ambil sekali banyak pasti orang perasan. Hehehe...

Sekarang semua tinggal kenangan dan gobok arwah wan masih elok lagi kat kampung. 

Pagi tadi aku jumpa iklan jual gobok macam arwah wan kat mudah.my. Kalau ada sesiapa berminat bolehlah klik kat sini. Harga boleh tahan juga..tak salah aku dalam RM450 sebuah. 

p/s: susah nak cari gobok antik macam ni sekarang. 

Wednesday, March 2, 2011

Tambah lagi ahli

Lupa aku nak beritahu yang bulan lepas ada 2 staf baru masuk department aku. Aku tak sempat nak berkenalan sebab sibuk sikit. (sibuklah konon tapi sempat lagi nak layan Facebook!) Aku cuma tahu nama mereka malah aku tak sempat nak makan sama-sama untuk sesi orientasi. Seperti biasa, staf baru mesti menghadap bilik boss tapi kali ini taklah lama sangat berbanding sebelum ini. Eiii mana boleh macam tu. 

Cerita pasal staf baru ni, aku jarang dengar suara mereka walaupun aku duduk sebelah meja. Berbeza sangat dengan Jun, semua orang boleh dengar suara dia ok. 

Tunggulah dalam masa beberapa hari lagi, bolehlah aku kenal lebih rapat dengan mereka nanti. Aku ni pulak susah nak mesra dengan orang baru. Ya lah..takkanlah akak yang nak mula dulu kan? Kenalah orang baru yang kenalkan diri dulu. Betul tak? 

Setakat ini, aku belum ada apa-apa nak komplen pasal staf baru ini. Mungkin belum dapat kerja sama-sama lagi. So I reserved my comments.

p/s: tak kenal maka tak cinta

Tuesday, March 1, 2011

Mencari lipstik merah


Cantiknya lipstik merah dia. Tiba-tiba sahaja aku menjadi obses untuk mencari lipstik merah selepas aku tengok video youtube Michelle Phan. Siapa nak tengok video youtube Michelle Phan, boleh tengok kat sini

Dalam video tu, ada diajar lipstik warna apa yang sesuai dengan warna kulit kita. Jadi tak bolehlah main tonyoh lipstik kat bibir ya kawan-kawan. Hehehe..

Ada beberapa orang artis Malaysia yang suka pakai lipstik merah dan di antaranya ialah Fasha Sandha Nampak kena je dengan muka dia. 


Suka tengok warna lipstik Fasha Sandha. 

Koleksi lipstik aku ada dalam 6-8 jenis tapi tak ada 1 pun warna merah yang aku nak. Ada alasan untuk beli baru. Boleh kan? Nanti bolehlah akak buat pose ala ala Fasha Sandha tapi bukan aksi pakai bikini ya. 

p/s: ini kira terapi juga la kan? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails