Lupa aku nak beritahu yang bulan lepas ada 2 staf baru masuk department aku. Aku tak sempat nak berkenalan sebab sibuk sikit. (sibuklah konon tapi sempat lagi nak layan Facebook!) Aku cuma tahu nama mereka malah aku tak sempat nak makan sama-sama untuk sesi orientasi. Seperti biasa, staf baru mesti menghadap bilik boss tapi kali ini taklah lama sangat berbanding sebelum ini. Eiii mana boleh macam tu.
Cerita pasal staf baru ni, aku jarang dengar suara mereka walaupun aku duduk sebelah meja. Berbeza sangat dengan Jun, semua orang boleh dengar suara dia ok.
Tunggulah dalam masa beberapa hari lagi, bolehlah aku kenal lebih rapat dengan mereka nanti. Aku ni pulak susah nak mesra dengan orang baru. Ya lah..takkanlah akak yang nak mula dulu kan? Kenalah orang baru yang kenalkan diri dulu. Betul tak?
Setakat ini, aku belum ada apa-apa nak komplen pasal staf baru ini. Mungkin belum dapat kerja sama-sama lagi. So I reserved my comments.
p/s: tak kenal maka tak cinta
No comments:
Post a Comment