Monday, April 25, 2011

Jangan terburu-buru

Alhamdulillah. Urusan aku di LHDN dah selesai. Pagi-pagi lagi aku ke LHDN cawangan Cheras untuk uruskan cukai pendapatan. Memang ramai orang yang datang nak hantar borang cukai pendapatan terutamanya bila tarikh hantar borang pun dah dekat. 

Sampai di kaunter pertanyaan, aku beritahu masalah aku dan mereka berikan aku borang pembetulan pengisian borang. Lepas aku isi borang, pegawai yang bertugas (En. Johari namanya) beritahu aku dalam masa 1 bulan mereka akan uruskan dan beritahu berapa jumlah sebenar yang dikenakan. Tak perlulah aku nak bayar sampai RM1,820 ok. Lega akak dibuatnya. 

Peringatan kepada semua, lain kali kalau nak isi e-Filing kena berhati-hati dulu dan jangan buat kerja terburu-buru ya. 

p/s: selamat menjalankan tugas sebagai rakyat untuk bayar cukai pendapatan. 

Sunday, April 24, 2011

Sabah bah

Lama dah aku tak update pasal rombongan Cik Kiah ke Kota Kinabalu. Buat masa ini, belum ada apa-apa perkembangan terbaru. Sambil-sambil tu aku ada juga cari maklumat mengenai tempat menarik yang patut dilawati. Kalau ikutkan itinerary yang aku buat sebelum ini, aku rasa dah ok. Selalu juga orang berpesan, kita cuma merancang tapi manalah tahu kalau ada apa-apa yang berlaku nanti.

Baru-baru ini, adik aku baru je pulang dari Kota Kinabalu atas urusan kerja di sana. Adik aku sempat belikan aku udang frozen sebab sekejap sangat di sana. Pling..pling! Tiba-tiba sahaja telah memberi semangat untuk ke sana apa lagi kalau bukan untuk shopping! Dah nama pun perempuan, memang tak dapat nak elak untuk shopping. Kalaulah shopping ini boleh buat pengurangan bayaran cukai pendapatan, kan bagus? Hehehe..

Perkara lain yang aku suka pasal Sabah ialah cara mereka cakap. Contohnya:

Kita akan cakap, "Sudah makan?"

Orang Sabah, "Makan sudah?"

Penggunaan perkataan sudah akan digunakan pada penghujung ayat. Sekali dengar memang pelik tapi lama-lama ok rasanya. Itu belum dengar lagu dialek-dialek lain. Kalau dengar, pasti tak faham. 

InsyaAllah aku akan update lagi mengenai rombongan Cik Kiah nanti. 

p/s: menyahut kempen cuti-cuti Malaysia. 

Saturday, April 23, 2011

Jangan lupa bayar cukai pendapatan

Tinggal beberapa hari je nak hantar borang cukai pendapatan. Cepat!! Jangan tunggu masa terakhir untuk hantar borang. 

Cerita pasal isi borang cukai pendapatan, aku ada cerita kelakar yang ingin aku kongsi bersama-sama korang. Rupa-rupanya masa aku isi borang (e-Filing), aku telah salah isi. Oleh sebab kecuaian aku, aku  dikenakan cukai sebanyak RM1,820! Gila kau..mana aku nak cekau duit banyak tu? Aku tahulah aku baru dapat bonus tapi duit bonus tu aku nak simpan untuk kegunaan trip ke Kota Kinabalu pada bulan Oktober nanti. 

Nasib baik ada kawan aku yang beritahu yang aku telah salah isi borang. Kalau tak, aku dah pening kepala macamana aku nak buat bayaran nanti. Kesudahannya aku disuruh untuk pergi ke cawangan LHDN yang terdekat untuk reset e-Filing untuk aku isi semula. Nampak gayanya aku kena buatlah..kalau tak, kenalah bayar RM1,820 tu. Amik kau! 

Harap aku ada masa lagi untuk selesaikan masalah aku ni dan semuanya berjalan dengan lancar. 

p/s: aku pasti orang LHDN mesti gelak kalau tahu kisah sebanar. malu akak!

Sunday, April 17, 2011

Pensyarah merajuk

Dah menjadi tabiat aku bila nak buat kerja..selalunya aku akan ambil mood sebelum nak mula. Tak boleh nak main terjah terus. Apa yang selalu aku buat, aku layan lagu dulu dan sambil-sambil tu manalah tahu idea datang mencurah-curah. 

Aku pasti korang tertanya-tanya apa pasal aku cerita pasal idea dan ambil mood. Sekarang ni aku kena siapkan 3 tugasan yang kena hantar esok. Gila kan?? Padan muka aku. Itulah orang dah pesan jangan buat kerja last minit. Sekarang apa sudah jadi? 

Kebetulan pula semester ini, dapat pensyarah yang kaki merajuk. Ceritanya bermula dengan gara-gara 1 kelas tak siapkan tugasan. Petang tadi, pensyarah siap sound, "nampaknya sia-sia sahaja saya bercakap 3 jam tapi tak ada siapa pun yang tumpukan perhatian." Pensyarah tu terus berhenti dan balik. Sepatutnya ada pembentangan kumpulan tapi dah semua tak siap lagi, nak buat macamana? 

Rasa bersalah kat pensyarah. Dahlah dia datang jauh nun dari Kedah. Penat pun tak hilang lagi dan kita orang buat hal pula. Pastilah dia marah. Betul tak? Sorry ya En. Azhar. 

p/s: aku kena stay up lah nampaknya. 

Tuesday, April 12, 2011

Beg sekolah


Inilah rupa beg aku yang aku bawa ke sekolah masa aku darjah 2. Sesiapa yang bawa beg ni, memang hebatlah. Selalunya budak perempuan yang bawa beg macam ni. Aku pun tak berapa ingat sama ada budak lelaki ada bawa beg ni atau tak. 

Kalau pergi kedai, memang banyak jual beg macam ni dengan pelbagai saiz. Kiranya..memang top lah masa tu. 

Beg ini sangat tahan lasak dan banyak gunanya. Bukan sahaja untuk dibawa ke sekolah malah boleh dibuat sebagai beg pakaian kalau nak balik kampung.  


Bahagian dalam beg.

Sebenarnya ini bukanlah beg aku tapi aku terjumpa dalam mudah.my. Tak sangka ada orang nak jual beg ni. Mengimbas kembali kenangan lama...retro beb! Sesiapa yang sezaman dengan aku masa sekolah dulu, pasti ingat beg ni. 

Kalau tak salah aku, beg aku pakai dulu besar sangat sampaikan aku tak larat nak bawa. Pujuk ayah aku untuk beli beg lain lagipun malu nak bawa sebab orang lain bawa beg taklah besar macam aku. Hehehe..mengada-ngada betul. Sekarang beg tu dah tak ada lagi...dah kena buang kot? 

p/s: beg sekolah budak sekarang dah macam-macam. 

Sunday, April 10, 2011

Cukai pendapatan


Kawan-kawan semua, jangan lupa tarikh 30 April iaitu tarikh akhir untuk hantar borang cukai pendapatan  2010. Aku belum hantar lagi sebenarnya. Asyik bertangguh je nak isi, macamana ni? 

Dahlah aku jenis tak suka isi borang. Kalau isi borang dapat hadiah percutian, seronok juga tu. Pergi melancong ke Disneyland, Paris dan Bali ataupun dapat hadiah wang tunai. Pasti sekarang aku isi borang beb! Hehehe..

Ok...aku cuba siapkan isi borang dalam masa terdekat. Jangan tunggu saat terakhir, barulah terkial-kial nak isi. Lepas tu, masa nak hantar, tak boleh pula sebab network sesak. Baru padan muka. 

Ya aku tahu, ini adalah tanggungjawab penting kita sebagai rakyat Malaysia. Kemudahan dah ada, apa lagi nak tunggu? Betul tak? 

p/s: baru nak cari dokumen penting. 

Saturday, April 9, 2011

Abang B dah sampai

Abang B,

Terima kasih kerana sudi datang masa aku memerlukan sebab aku dah tak tahu nak cari mana sumber lagi. Alhamdulillah Abang B memang datang tepat pada waktunya. 

Aku senyum lebar bila dapat tahu Abang B sampai. Kalau tak, mulut muncung sampai boleh gantung hanger. Hehehe...

Abang B jangan lupa datang lagi ya. Jangan lambat-lambat tau. 

Take care Abang B. Muaachss! 

p/s: makcik kayo!!!!!!

Thursday, April 7, 2011

Kerja banyak lah..

Nampak sangat aku dah tak selalu nak update blog. 

Banyak sangat perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini antaranya ialah demam makan durian banyak, assignment MBA banyak nak kena buat dan macam-macam sampai tak cukup tangan dibuatnya.

InsyaAllah aku akan cuba untuk update blog aku. 


Tungggu ya. 


p/s: tunggu abang B lama sangat. merajuk akak. 

Saturday, April 2, 2011

Adegan rasa nak bakar je

Aku baru sampai rumah balik daripada kelas. Bayangkan aku yang tak hilang penat dan pening kepala dengan sabjek Law, aku boleh bayangkan korang akan rasa marah bila berdepan dengan insiden ini.

Aku: dah makan ke?

Makcik: belum.

Aku: dah masak nasi?

Makcik: belum.

Aku: kenapa tak masak?

Makcik: along masak lagi sedap.

Aku: habis tu tadi buat apa?

Makcik: duduk rumah je. (dengan muka selamba tanpa rasa bersalah)

Bengang gila!!!! Apa lagi..aku dengan segera terus ke dapur, masak nasi. Nak harapkan makcik aku, bermakna tak bermakanlah orang dalam rumah aku ni. 

Ya Allah..takkanlah buat kerja senang macam tu pun tak boleh nak buat? Nanti aku cakap tak pandai, marah pula. Makcik aku memang berpelajaran tinggi siap ada Dr. PHD lagi ok. Takkanlah tak boleh fikir? Eeeeii geram betul. 

Kalau ikutkan hati, aku nak lempang je muka dia. Orang macam tu, buang masa je kalau kita bertekak. Susah nak cakap dengan orang tak reti. 

p/s: kita bakor je. macam cerita hantu kak limah. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails