Dah menjadi tabiat aku bila nak buat kerja..selalunya aku akan ambil mood sebelum nak mula. Tak boleh nak main terjah terus. Apa yang selalu aku buat, aku layan lagu dulu dan sambil-sambil tu manalah tahu idea datang mencurah-curah.
Aku pasti korang tertanya-tanya apa pasal aku cerita pasal idea dan ambil mood. Sekarang ni aku kena siapkan 3 tugasan yang kena hantar esok. Gila kan?? Padan muka aku. Itulah orang dah pesan jangan buat kerja last minit. Sekarang apa sudah jadi?
Kebetulan pula semester ini, dapat pensyarah yang kaki merajuk. Ceritanya bermula dengan gara-gara 1 kelas tak siapkan tugasan. Petang tadi, pensyarah siap sound, "nampaknya sia-sia sahaja saya bercakap 3 jam tapi tak ada siapa pun yang tumpukan perhatian." Pensyarah tu terus berhenti dan balik. Sepatutnya ada pembentangan kumpulan tapi dah semua tak siap lagi, nak buat macamana?
Rasa bersalah kat pensyarah. Dahlah dia datang jauh nun dari Kedah. Penat pun tak hilang lagi dan kita orang buat hal pula. Pastilah dia marah. Betul tak? Sorry ya En. Azhar.
p/s: aku kena stay up lah nampaknya.
No comments:
Post a Comment