Inilah rupa beg aku yang aku bawa ke sekolah masa aku darjah 2. Sesiapa yang bawa beg ni, memang hebatlah. Selalunya budak perempuan yang bawa beg macam ni. Aku pun tak berapa ingat sama ada budak lelaki ada bawa beg ni atau tak.
Kalau pergi kedai, memang banyak jual beg macam ni dengan pelbagai saiz. Kiranya..memang top lah masa tu.
Beg ini sangat tahan lasak dan banyak gunanya. Bukan sahaja untuk dibawa ke sekolah malah boleh dibuat sebagai beg pakaian kalau nak balik kampung.
Bahagian dalam beg.
Sebenarnya ini bukanlah beg aku tapi aku terjumpa dalam mudah.my. Tak sangka ada orang nak jual beg ni. Mengimbas kembali kenangan lama...retro beb! Sesiapa yang sezaman dengan aku masa sekolah dulu, pasti ingat beg ni.
Kalau tak salah aku, beg aku pakai dulu besar sangat sampaikan aku tak larat nak bawa. Pujuk ayah aku untuk beli beg lain lagipun malu nak bawa sebab orang lain bawa beg taklah besar macam aku. Hehehe..mengada-ngada betul. Sekarang beg tu dah tak ada lagi...dah kena buang kot?
p/s: beg sekolah budak sekarang dah macam-macam.
pehal dgn bag tu?
ReplyDeleteteringat beg sekolah lama aku
ReplyDelete