Sempena cuti Maal Hijrah hari ini, aku sempat singgah Restoran Cina Muslim di Homst Prima Saujana, Kajang. Alamat penuh kedai boleh rujuk di sini:
HOMST's, Prima Saujana, Kajang (tak jauh daripada Giant Prima Saujana)
No. 47G & 48G,
Jalan Prima Saujana 1/1A,
Seksyen 1, Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.
No. Tel: 03-8734 0760
Nak tahu apa yang aku makan? Mari kita cuci mata.
Fu zhou taufu soup
Kangkung belacan
Sechuan chicken
Salted egg soft shell crab
Komen aku? Sebenarnya aku agak kecewa sebab tak seperti yang digambarkan. Aku ada rujuk beberapa blog mengenai Homst's yang mengatakan makanan di sini sedap tapi bila aku cuba sendiri, makanannya biasa-biasa sahaja.
Kalau aku nak bagi bintang, aku boleh bagi 2 bintang daripada 5 bintang. Yang best pasal kedai ini ialah servis memang bagus sebab dapat hantar makanan cepat. Portion makanan memang banyak sampaikan aku siap minta bungkus bawa balik. (aku makan berdua dengan adik aku)
Sekiranya diberi pilihan untuk makan sekali lagi, mungkin aku tak pergi kecuali kalau ada orang belanja. Hehehe dasar kedekut aku ni!
p/s: ada cadangan lain makan kat mana lagi?
No comments:
Post a Comment