Monday, March 31, 2014

Cuti dah lulus

Untuk trip ke Brunei aku sengaja minta cuti awal. Manalah tahu kalau boss tak luluskan macam kes sebelum ni. Dalam hati aku taklah mengharap sangat tapi kalau boleh biarlah boss luluskan biarpun lambat. Pagi tadi aku check emel, Alhamdulillah boss dah luluskan. Wah! Bolehlah aku ke Brunei minggu depan. 

Tak sangka cepat betul masa berlalu. Tahu-tahu je aku akan ke sana minggu depan. Persediaan setakat hari ini semuanya berjalan dengan lancar. Ayah aku siap minta kawan dia kat Brunei untuk temankan aku di sana. Alamak terharu akak. Bukannya aku tak boleh nak jalan sana berdua dengan kawan aku tapi untuk keselamatan anak dia, kenalah jaga. InsyaAllah semuanya ok. 

Ada sesiapa nak kongsi tips jalan di Brunei? Rasa tak sabar pula nak ke Brunei. Trip aku kali ini, aku akan ke Brunei dan balik melalui dari Miri. Sengaja aku balik dari Miri sebab alang-alang sampai sana boleh jumpa kawan aku sekali. Aku pun dah lama tak ke Miri dan kali terakhir ke sana pada tahun 2003. Oh my! Dah 11 tahun tu. Pasti dah banyak berubah. 

p/s: doakan semua berjalan dengan lancar. 

Wednesday, March 26, 2014

MH370 - Salam takziah

Kebelakangan ini kerja semakin banyak sampaikan aku tak berkesempatan nak update blog aku. Minta maaf banyak-banyak, aku semakin abaikan blog ini. 

Selepas 17 hari pesawat MH370 menghilang, barulah keluar berita sedih yang mengatakan MH370 terhempas di Lautan Hindi dan tiada seorang yang selamat. 

Aku dapat tahu, ada di antara penumpang pesawat MH370 pergi ke Beijing sebab ada kursus dan inilah kali pertama menaiki kapal terbang. Aku tak tahu bagaimana perasaan ahli keluarga beliau. Aku yang tiada kena-mengena turut berasa sedih. Bayangkan semalam aku boleh menangis sambil buat kerja dan balik kerja aku boleh sambung menangis lagi. Uwaaa!!

Ya Allah, berikan kekuatan kepada ahli keluarga pesawat MH370. 

p/s: Al-Fatihah

Tuesday, March 18, 2014

Cukai pendapatan dah bayar?

Masuk bulan Mac, mulalah sibuk nak kira cukai pendapatan. Aku belum hantar lagi tapi tengoklah dalam masa terdekat ini, aku cuba untuk siapkan isi borang. Sebenarnya dah siap isi cuma ada beberapa perkara yang perlu tengok semula. Manalah tahu kalau ada yang salah kira. 

Aku kan dulu ada kes salah isi borang cukai pendapatan. Nasib baik kes itu dah selesai. Aku dapat tahu yang kes aku adalah satu-satunya yang berlaku dalam Malaysia. Hahaha..buat malu je. Ini semua gara-gara aku salah masukkan maklumat dalam pekerja yang berpengetahuan. Aku yang perasan konon aku ni adalah orang yang serba berpengetahuan (tak sedar diri betul). Apa-apa pun, pengalaman itu dijadikan panduan supaya aku tak buat lagi kesilapan pada masa akan datang. 

Sempat lagi nak isi borang cukai pendapatan tapi jangan tunggu sampai saat-saat akhir pula. Ingat 30 April hari terakhir untuk hantar!

p/s: aku pun kena siapkan isi borang cukai pendapatan. 


Saturday, March 15, 2014

Persiapan ke Brunei

Tinggal lagi kurang dari satu bulan trip aku ke Brunei. Setakat ini segala persiapan berjalan dengan lancar cuma tunggu masa sahaja untuk ke sana. 

Persiapan setakat ini:

1. Pasport dah renew -aku terus renew 5 tahun tadi

2. Tiket penerbangan - siap

3. Hotel - siap

4. Itinerary - siap

5. Duit belanja - siap. aku dapat rate $1=RM2.60

Trip ke Brunei kali ini aku pergi berdua. Sama-sama tak pernah ke sana lagi dan sama-samalah juga kita teroka. Any tips ke sana tak? Boleh kongsi ya. 

p/s: manalah tahu dapat pengiran balik nanti. hehehe..










Monday, March 10, 2014

MH370


Sama-samalah kita berdoa semoga segala urusan dipermudahkan. 



p/s: jangan putus harap. berdoalah. 

Friday, March 7, 2014

Panduan Melancong ke Taiwan untuk Muslim

Minggu lepas aku ke Paradigm Mall sebab ada AirAsia Travel Fair. Sambutannya boleh tahan, ramai orang mengambil peluang untuk membeli tiket AirAsia dengan tawaran pakej pelancongan yang menarik. Hajat hati nak juga cuba beli tiket tapi tak jadi. 

Sambil tengok pamplet yang diberi, aku tertarik dengan buku panduan melancong ke Taiwan untuk Muslim. Banyak maklumat menarik dalam buku ini seperti senarai kedai makanan halal dan cadangan tempat yang patut dilawati. 


Buku yang sangat berguna untuk melancong ke Taiwan. 

Wah! Ini ada peluang untuk aku ke Taiwan. Ada sesiapa pernah ke Taiwan? Bolehlah kongsi pengalaman di Taiwan ya. Kalau aku nak pergi pun, mungkin tahun depan. Macam best je kan? 

p/s: rasa-rasa ada peluang ke Taiwan ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails