Untuk trip ke Brunei aku sengaja minta cuti awal. Manalah tahu kalau boss tak luluskan macam kes sebelum ni. Dalam hati aku taklah mengharap sangat tapi kalau boleh biarlah boss luluskan biarpun lambat. Pagi tadi aku check emel, Alhamdulillah boss dah luluskan. Wah! Bolehlah aku ke Brunei minggu depan.
Tak sangka cepat betul masa berlalu. Tahu-tahu je aku akan ke sana minggu depan. Persediaan setakat hari ini semuanya berjalan dengan lancar. Ayah aku siap minta kawan dia kat Brunei untuk temankan aku di sana. Alamak terharu akak. Bukannya aku tak boleh nak jalan sana berdua dengan kawan aku tapi untuk keselamatan anak dia, kenalah jaga. InsyaAllah semuanya ok.
Ada sesiapa nak kongsi tips jalan di Brunei? Rasa tak sabar pula nak ke Brunei. Trip aku kali ini, aku akan ke Brunei dan balik melalui dari Miri. Sengaja aku balik dari Miri sebab alang-alang sampai sana boleh jumpa kawan aku sekali. Aku pun dah lama tak ke Miri dan kali terakhir ke sana pada tahun 2003. Oh my! Dah 11 tahun tu. Pasti dah banyak berubah.
p/s: doakan semua berjalan dengan lancar.
Assalam Mazu, Lama betul JM tak singgah sini :-)
ReplyDeleteNak ke Brunei yer..ok..ok..in Sha Allah selamat. Baca doa naik kenderaan tau nanti..caring betul ayah nya..epi holiday nanti
ayah memang macam tu. risau sangat pasal anak dia.
Delete