Minggu lepas aku ke Paradigm Mall sebab ada AirAsia Travel Fair. Sambutannya boleh tahan, ramai orang mengambil peluang untuk membeli tiket AirAsia dengan tawaran pakej pelancongan yang menarik. Hajat hati nak juga cuba beli tiket tapi tak jadi.
Sambil tengok pamplet yang diberi, aku tertarik dengan buku panduan melancong ke Taiwan untuk Muslim. Banyak maklumat menarik dalam buku ini seperti senarai kedai makanan halal dan cadangan tempat yang patut dilawati.
Buku yang sangat berguna untuk melancong ke Taiwan.
Wah! Ini ada peluang untuk aku ke Taiwan. Ada sesiapa pernah ke Taiwan? Bolehlah kongsi pengalaman di Taiwan ya. Kalau aku nak pergi pun, mungkin tahun depan. Macam best je kan?
p/s: rasa-rasa ada peluang ke Taiwan ke?
JM pun belum pernah sampai ke sana...buku tu ada jual di bookstore tak..mana tahu kalau ada tix murah nk jugak jejak Taiwan..ahahah..kalau dh kaki jalan kan semua tempat JM nk pegi
ReplyDeletebuku tu rasanya tak dijual di kedai buku. ini pun jumpa kebetulan ada pameran pelancongan. boleh rujuk di www.welcome2taiwan.net untuk maklumat selanjutnya.
Delete