Wednesday, March 26, 2014

MH370 - Salam takziah

Kebelakangan ini kerja semakin banyak sampaikan aku tak berkesempatan nak update blog aku. Minta maaf banyak-banyak, aku semakin abaikan blog ini. 

Selepas 17 hari pesawat MH370 menghilang, barulah keluar berita sedih yang mengatakan MH370 terhempas di Lautan Hindi dan tiada seorang yang selamat. 

Aku dapat tahu, ada di antara penumpang pesawat MH370 pergi ke Beijing sebab ada kursus dan inilah kali pertama menaiki kapal terbang. Aku tak tahu bagaimana perasaan ahli keluarga beliau. Aku yang tiada kena-mengena turut berasa sedih. Bayangkan semalam aku boleh menangis sambil buat kerja dan balik kerja aku boleh sambung menangis lagi. Uwaaa!!

Ya Allah, berikan kekuatan kepada ahli keluarga pesawat MH370. 

p/s: Al-Fatihah

2 comments:

  1. Mmg sedih dan hiba bila dgr berita ni...sampai skrg masih menunggu khabar berita yg sahih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tunggu sama-sama selagi belum jumpa pesawat MH370

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails