1.Pulau Langkawi, Kedah
Gambar diambil di hadapan Kedai Nasi Dagang Pak Malau. Sambil tunggu nasi dagang siap dibungkus, layan pemandangan indah.
Ini merupakan trip adik-beradik. Pengalaman yang tak akan lupa bila kereta yang kami sewa mati enjin dan terpaksa tunggu lama untuk dapatkan kereta sewa lain. Stress betul masa tu.
Menginap di homestay Langkawi. Maaf aku tak ingat nama homestay ni. Tanda aku dah tua lah tu. Bagi aku tempat ni biasa sahaja, tiada apa-apa yang istimewa. Bolehlah menampung kami 10 orang dalam 1 rumah.
Yang best ada kolam renang jadi kanak-kanak memang sukalah. Mandilah korang sampai kecut badan. Hahaha!
2. Ho Chi Minh, Vietnam
Lawatan singkat untuk misi mencari kain dan jaket. Cuma 2 hari sahaja di sana. Mana lagi kalau bukan di Ben Thanh Market. Ramai orang Malaysia borong kain di sana. Bahasa bukan lagi masalah sebab dia orang pun pandai cakap melayu. Tak lupa beli jaket di Russian Market dengan harga yang berpatutan. Yang penting ada saiz aku ya.
3. Boracay, Philippines
Ini pun trip singkat, 3 hari sahaja. Siapa yang sukakan pantai, memang sesuai sangat pergi sana. Cantik. Kalau dapat tinggal lama lagi, banyak tempat boleh teroka.
4. India
Ini namanya trip impian jadi kenyataan sebab India adalah impian aku dari kecil.
Alhamdulillah aku berjaya menjejak kaki ke sana akhirnya. Macam tak percaya bila aku sampai ke Taj Mahal dan mengimbas kembali zaman kegemilangan pemerintahan Shah Jehan.
5. Perth, Australia
Trip yang mencabar dan menarik. Kali pertama aku bawa kereta dengan perjalanan jauh. Perth adalah sebuah bandar yang santai dan penduduknya sangat peramah. Terkilan banyak tempat tak dapat pergi sebab kekangan masa.
6. Bangkok, Thailand
Kunjungan ke Bangkok adalah kunjungan kali ketiga. Aku tak tahu kenapa, aku suka sangat datang ke Bangkok. Adakah orang di sana kacak? Banyak tempat makan? Yang pasti ke sana memang bagus!! Bak kata orang Thai, aroi tu bagus.
Trip ke Bangkok memang santa-santai sahaja sambil memborong produk Naraya. Bayangkan aku habiskan duit lebih daripada THB5,000! Hahaha memang kerja gila. Nasib baik dapat diskaun.
Sebahagian produk Naraya. (ihsan Google)
7. Johor Bahru, Johor
Agak lama aku tak ke Johor Bahru dan kali terakhir ke sana adalah pada tahun 2010. Kunjungan ke sana untuk jalan-jalan cari makan sambil bawa anak saudara makan angin. Konon nak jadi makcik yang baik. Itulah pandai-pandai buat janji dengan anak saudara, padan muka aku.
Cukuplah trip untuk tahun 2016. Asalnya 3 trip sahaja tapi entah macamana boleh jadi sampai 7 trip. Ini gara-gara kes tak sengaja. Amik kau!
Untuk tahun 2017 dah ada beberapa trip yang menunggu. Ke mana destinasinya, nanti aku akan beritahu ya.
p/s: nak kumpul duit banyak-banyak untuk tahun depan.
Selagi larat kita jalan-jalan la... hadiah untuk diri sendiri lepas penat bekerja...
ReplyDeleterasanya kalau tak jalan-jalan, resah gelisah dibuatnya.
Deletehehehe
Fuyooo... Banyak jugak tempat cover ehhh...
ReplyDeleteBolehlah tahan.
DeleteIni pun sebab kes tak sengaja terklik dan terbeli tiket dan kena pergi.
Hehehe..