Sunday, August 9, 2009

Kejam ke aku??

Pernah tak mengalami keadaan apabila kita cakap sesuatu tu bukan maksud sebenar. Contoh ayat selalu terjadi kat aku.

Aku: aku nak jalan-jalan ke kuching. kau nak ikut? (janganlah cakap nak ikut) 

Kawan: ok gak tu. aku tak pernah sampai sana lagi. ok ke? 

Aku: ok lah..lagi ramai lagi bagus (oh no..aku dah ada 3 orang tambah sorang lagi? hmm..)

Kawan: eh tak apa lah..aku ada plan lain 

Aku: betul ni? kalau macam tu, lain kali ok? (peerrgghh lega. nasib baik dia tak ikut) 

Am I being so mean? Bukan itu sebenarnya maksud aku. I want to say something nice to her.

Yup I know. At the first place don't say anything to her. It's just that I want to say I'm going for vacation and I don't want her to feel sad. Bak kata orang, ajak-ajak ayam. Ajak orang tapi tak ikhlas.

In the end, I feel guilty. I think i should shut up and keep quiet, ok?

Maybe this video will tell you how I really feel.



p/s: I try to be nice ok

Air Asia Promotion

Inilah peluang yang selalu aku tunggu. Last year aku berjaya book ke Kuching. Dapat harga RM60/seorang return tiket tu. Murah gila!!! Trip ke Kuching bulan 10 after raya.

Punyalah lama book. Asalnya nak ke Bangkok tapi keadaan politik kat sana tak begitu bagus tu pasal tukar ke Kuching. 1 lagi alasan, pasport aku dah expired masa tu (ada je alasan aku ni...).

Kali ni nak ke mana?? Let me think first. Yang ada dalam fikiran aku ni:

1. Bali

2. Jakarta

3. Bandung

4. Perth

Kali ni aku nak bercuti luar Malaysia. Untuk tahun 2009, bajet tak cukup so dapat bercuti dalam Malaysia je.

p/s: jom bercuti!!!

Laporan terkini (10 /8/09)

Tawaran ni cuma untuk penerbangan tertentu sahaja. Bukannya untuk semua. Harap maklum.

Saturday, August 8, 2009

Alasan

Aku selalu dapat panggilan daripada seseorang yang akan jual sesuatu atau menyuruh aku untuk masuk kelab. Aku pun tak tau mana dia orang dapat dapat nombor aku. Suka-suka je nak call aku lepas tu merayu aku untuk ambil barang yang dia orang promosi tu.
Selalunya apa yang selalu aku buat:

"Sorry lah ye..orang yang awak cari tu tengah meeting. Ada apa-apa pesanan nak bagi?"

"Saya tengah meeting ni. Boleh call saya kejap lagi?"

"Saya tengah drive. Call kejap lagi"

"Awak salah orang ni. Saya bukan *******"


Banyak betul alasan aku tu. Nak buat macamana aku memang tak suka nak layan dia orang ni. Aku cukup pantang, kalau dia orang start cakap macam ni.."This the only chance in your life time. Susah nak dapat peluang ni lagi" Dah aku memang tak nak dan tak suka...apa lagi yang dia orang tak paham?? Nak aku cakap bahasa apa lagi??

Aku tak salahkan dia orang. Dah tu memang kerja dia orang kan? Cuma cara dia orang tu, kadang-kadang boleh sakitkan hati. Marketing tu marketing lah...but don't too pushy. Aku tau, dia orang kena achieve target. Kalau tak, dia orang tak dapat gaji lah.

Aku dulu pernah buat kerja marketing ni. Aku akui memang susah dapat customer kalau tak kena caranya. Ayat kena cantiiiikkkkk. Bak kata orang, sekali dengar tu boleh cair beb! Tapi aku tak lah sampai nak guna-guna orang. Bahaya tu. I guess marketing it's not my forte.

Anyway, aku taulah kalau orang tu baru join hal-hal marketing ni. Cakap kat customer macam ayat dah siap skrip lah. Cakap skema semacam je. Hahaha..

1 lagi perkara yang aku cukup pantang. Kalau orang suruh beli sesuatu disebabkan oleh bentuk fizikal badan aku. What the ****??!! Insiden ni selalu berlaku kat shopping complex. Contoh ayat: "Adik belilah teh ni..boleh bagi kurus badan adik. Boleh buang lemak-lemak badan" Eiii...menyampah betul! Asalnya aku nak beli terus tak jadi nak beli. Padan muka. Kurang sales kau tu!

Kot ya pun nak buat marketing, tengoklah orang dulu. Jangan cakap sebarang je. Maybe it's nothing to you but it's something to me.

p/s: buat kajian dulu sebelum marketing

Sunday, August 2, 2009

Presentation assignment

Lega!

Pagi tadi selamat 1 presentation untuk paper International Business. Bayangkan lecturer bagi tempoh 2 bulan untuk siapkan assignment tapi group aku start buat dalam 2 minggu lepas. Hebat tak??

So far, aku tak puas hati dengan presentation aku sebab masa aku nak cakap, aku boleh blank. Kalau dengar suara aku, orang boleh tau aku memang nervous gila.

Terus terang, aku tak suka nak wat presentation. Skrip dah siap, data dah ada tapi bila aku tengok muka classmate, aku boleh jadi kaku. Nasib baiklah ketua group aku cover baik. Goreng pun memang cukup rasa. Jeles aku bila tengok dia orang present.

As for Mr. X, dia lagi sempoi siap cekak pinggang lagi tu masa cakap. Ya Allah selamba gila mamat ni.

Overall presentation semua group ok. Siap lecturer aku cakap, ada yang goreng elok dan ada yang tak cukup goreng. Hmm aku lah tu. :(

So sekarang just get ready untuk final exam pada 29 Ogos. Takut aaa!! Aku dah lama tak ambil exam ni.

Ada lagi 1 assignment nak kena present. Hmm yang ni lagi lah..aku tak start apa-apa lagi. Sempat lagi ke aku nak siapkan semua ni? Wish all the best ok!

p/s: untuk jawab exam..rebus buku lepas tu minum.

Saturday, August 1, 2009

Konspirasi Mr. X

Reject!!!!!!


Aku dapat tau Mr. X dah kahwin siap ada anak lagi tu. Hmm sabar je la. Nak wat camna kan..biarlah aku jadikan dia sebagai sumber inspirasi aku kat kelas. Tak dapat dia pun tak apalah..dapat tengok muka pun jadi.


p/s: intai dari jauh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails