Tuesday, March 13, 2012

Projek bulan April - update

Aku dah dapat pemenang yang cuba teka Projek bulan April. Sebelum aku umumkan pemenangnya, nak tahu aku ke mana? InsyaAllah pada bulan April aku akan ke Langkawi dan Singapura

Sebenarnya plan ke Singapura adalah urusan kerja dan ada training. Alang-alang sampai sana, rugilah kalau tak jalan-jalan kan? Lagipun kali terakhir aku ke Singapura, tak silap aku ialah pada tahun 1982 (30 tahun yang lalu), pasti banyak yang berubah. Masa tu belum ada lagi MRT. Boleh lagi pakai duit Malaysia untuk shopping sebab nilai matawang adalah sama. Hmm..nampak sangat aku ni dah tua kan? Hahaha... 


Manakala plan ke Langkawi pula sebab adik bongsu aku nak sangat naik cable car jadi aku temankanlah dia. 


Puas hati dengan jawapan aku? 

Haa...nak tahu siapa pemenang kali ini? Siapa lagi kalau bukan Shazwani Aziz. Yeah! Rajin betul dia masuk contest aku. Tahniah. Hadiah istimewa tu kena tunggu lepas aku balik dari trip. Boleh kan? 


Setakat ini, persiapan ke Langkawi dan Singapura berjalan dengan lancar. Aku ada buat homework nak pergi mana bersesuaian dengan bajet yang ada. Jangan risau, aku akan kemaskini maklumat perjalanan nanti. Doakan semuanya ok. 


p/s: nak sangat cuba makan murtabak singapura yang masyhur tu. sedap tak?

Sunday, March 11, 2012

The making of Red Velvet

Aku sebenarnya dah lama nak buat kek red velvet (baldu merah??) tapi asyik bertangguh sahaja. Lagipun semenjak akhir-akhir ni kek red velvet ni memang menjadi sebutan sebab keenakannya. Aku tengok cerita DC Cupcakes kat TV, ramai yang beli kek red velvet ni. Sedap sangat ke? Aku tak pernah rasa jadi aku tak dapat nak bayangkan. 

Kebetulan hari ini aku tak tahu nak buat apa. Apa lagi, mari kita buat percubaan kek red velvet! Bahan-bahan untuk buat semua dah ada dan caranya pun memang mudah. Tanpa buang masa, aku pun cubalah. 


Inilah rupanya kek velvet yang baru masak. 

Kek red velvet sebelum letak frosting cream cheese.

Kek red velvet selepas letak frosting cream cheese. 

Apa keputusannya? Teksturnya lembut dan gebu. Ada sedikit rasa masam, manis dan sekali rasa macam kuih apam pun ada. Nak cuba? Marilah ke rumah aku. Apa-apa pun, aku lebih suka kek carrot lagi. Itu pendapat aku. Tak tahulah apa kata orang lain. 

Kalau sesiapa cuba nak buat kek red velvet ni, boleh pergi ke link ini. 

p/s: suka tengok warna merah dalam kek red velvet. 

Projek bulan April

Aku ada 2 projek lawatan dalam bulan April. Sebenarnya aku tak rancang nak pergi 2 tempat sekali gus tapi dah dapat, aku terima je. Aku dah buat plan perjalanan untuk 2 tempat ni dan harapnya semua berjalan dengan lancar. 

Nak tahu aku ke mana? Yang itu kena tunggu dulu. Bila dah dekat nak pergi, baru aku beritahu. Apa yang aku boleh beritahu, 1 di utara dan 1 lagi di selatan.  Rasa-rasa boleh agak tak? 

Tempat yang aku nak pergi ni, memang tak asing bagi aku sebab aku pernah pergi dulu. Cumanya, aku tak tahu bagaimana keadaannya sekarang. Ada beza tak dengan dulu? 

Apa kata kalau aku buat tawaran lebih menarik? Siapa yang berjaya meneka ke mana aku pergi, dia akan terima hadiah istimewa daripada aku. Kepada yang tahu (adik-adik aku, kawan opis dan sesiapa yang berkenaan), tak boleh join ok. 

Macam biasa, sila emel jawapan kepada mazuriah@gmail.com dengan tajuk emel: Projek bulan April. Jangan lupa berikan nama dan alamat sekali ya. 

Tawaran ini terbuka sehingga ada yang berjaya berikan jawapan yang betul. Apa lagi, cepatlah teka!

p/s: cukup ke belanja ke sana nanti? hehehe..

Wednesday, March 7, 2012

Koleksi gambar makanan

Ini adalah stok gambar makanan yang ada dalam telefon aku. Gambar diambil kebanyakannya masa makan tengahari di sekitar Cyberjaya, Kajang dan Bandar Baru Bangi. 

Selalu waktu makan tengahari, aku dah tak tahu nak pergi mana. Balik-balik tempat sama sahaja. Itulah masalah yang sering melanda aku. Sampaikan orang kedai dah kenal dan tahu apa aku nak makan. Hehehe...

Tanpa buang masa, marilah sama-sama kita menikmati makanan yang terhidang!


Fish & chips di Ice Room, Bandar Baru Bangi.

Pizza Hut, Cyberjaya.

Waffle di Petronas Cyberjaya. 

Kuew teow kantonis di Penang House Street Mall, Cyberjaya.

Nasi beriani di Restoran Al Sinni, Bandar Baru Bangi. 

Chicken ticka masala rice di The Indian Kitchen, Street Mall, Cyberjaya. 

Tutti Fruiti Cyberjaya.

Nasi ayam di Hailam Kopitiam, Cyberjaya. 

Nasi kerabu di Restoran Yati Ayam Percik, Kajang.

Ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi biasalah kalau dah lapar, tak sempat nak ambil gambar. Selalunya masa ada duit bolehlah makan luar tapi kalau dah sampai tengah bulan (tengah kering), jawabnya bawa bekal lah. Dahlah opis aku tak ada kafe. Yang ada dekat opis kedai makan ala-ala kopitiam yang harga boleh tahan mahalnya. 

p/s: hari-hari makan roti. 

Friday, March 2, 2012

Cleverbot

Siapa yang tak ada kerja nak buat atau tak ada kawan nak sembang, bolehlah singgah ke website cleverbot. Aku dah cuba tadi. Seronok juga layan website ni tapi awas kadang-kadang jawapan yang diberi boleh buat kita marah. Jangan pula ada yang naik angin.   


Senang je langkahnya. Nampak tak ada kotak kat tengah tu? Cuba taip apa sahaja dalam kotak tu dan tunggu dalam beberapa saat untuk mendapat jawapan. Cuba tengok apa yang aku taip dan apa yang dia balas. Yang aku taip warna hitam dan jawapan yang aku dapat dalam warna biru. Hahaha..jawapan yang tak diduga langsung. Cuma 1 je nasihat aku, tak boleh buat selalu nanti jadi ketagih. 

p/s: selamat mencuba. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails