Friday, September 13, 2013

Renew road tax dan insurans kereta

Bila tiba bulan September, aku mesti pening kepala bila teringat nak renew road tax dan insurans kereta. Bila masa aku nak uruskan semua ni? Nasib baik sekarang boleh diuruskan melalui online. Pergi sahaja ke website MyEG, semua masalah boleh selesai. Betul, aku tak tipu. Bukan sahaja urusan road tax, banyak lagi boleh buat seperti periksa saman, renew permit pekerja dan macam-macam.

Kalau aku tahu dari dulu lagi, dah lama aku buat (kasihan kat aku, aku baru tahu hal ni). Tak payah lagi aku nak pergi dan beratur di pejabat pos. Semuanya boleh dibuat di hujung jari sahaja. Klik sini klik sana, dah siap semuanya. Jimat masa dan tenaga. Cewaah!

Lega rasanya bila urusan road tax dan insurans kereta dah selesai. Fuuh!

p/s: semakin senang sekarang, klik klik je. 

Thursday, September 12, 2013

Hutang

Ok..semangat aku nak update blog aku hari ini. Semangat tu penting tapi jangan pula semangat hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula je berkobar-kobar tapi lepas tu terus ke laut. Hahaha...

Sekarang ni kalau aku masuk kerja, aku nak sangat cepatlah hari Jumaat sebab esoknya aku boleh rehat. Bukannya aku tak suka tapi kalau dok hari-hari buat kerja sama, siapa boleh tahan? Bayangkan tahun ini adalah tahun keenam aku kerja di opis aku. Nak cari kerja lain, ada lagi yang boleh terima aku ni? Itu belum lagi dengan permintaan aku tak nak kerja jauh dari Bangi, gaji nak 5 angka dan kemudahan-kemudahan lain. Amboi kau..bukan main kau nak demand ya. Banyak cantik muka kau.

Alaaa aku gurau je. Kalau nak minta macam-macam, baik aku buka syarikat aku sendiri. Akulah boss, akulah pekerja. Betul tak? Sebelum tu, kalau boleh aku nak selesai segala hutang-hutang aku. Aku harap apabila aku umur 40 tahun (alamak tahun depan!), semua hutang aku akan selesai. Tak kiralah hutang kad kredit, ansuran kereta dan lain-lain. Nasib baik duit pinjaman pelajaran JPA dah selesai. Fuuh! 

Bab hutang, jangan main-main. Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya. Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

Dalam urusan perbelanjaan harian, memang aku cuba elak untuk pakai kad kredit. Kalau ada duit tunai, memang aku bayar terus. Aku pakai kad kredit bila tiba kes terdesak dan lepas tu aku akan pastikan aku akan bayar sepenuhnya. Kalau bayar sebahagian, ada pula kena bayar kadar faedah. Lama-lama jadi banyak pula nak kena bayar.

Semalam kebetulan ada pihak bank call aku dan menawarkan pemberian wang tunai secara tidak langsung macam beri pinjaman dengan kadar faedah yang kompetitif. Aku terpaksa tolak tawaran tu sebab aku rasa aku belum lagi nak pakai duit lebih. Ditambah pula aku rasa cukuplah jumlah hutang yang aku ada. Tak nak tambah lagi ya. 

Jangan tak tahu, bilangan muflis dan bankrap di Malaysia yang di bawah umur 25 tahun semakin bertambah dan mengikut statistik sejak 3 tahun lalu, 43, 667 orang dilaporkan muflis. Bahaya kan? 

p/s: belanja sekadar mampu. 

Wednesday, September 11, 2013

100,000 total pageview


Tak sangka dah melebihi 100,000 total pageview. Terima kasih kerana sudi singgah blog aku. Ini yang buat bertambah semangat nak update blog. Ok, lepas ini aku akan rajin tulis ya. 

p/s: sayang semua.

Friday, September 6, 2013

Kalau ikutkan hati

Kalau ikutkan hati, aku nak pergi melancong lagi tapi aku terpaksa tolak. Siapa boleh tahan tengok tawaran yang menggoda contohnya ke Bangkok 3 hari 2 malam untuk 2 orang (tiket kapal terbang dengan hotel di Best Western Bangkok) harga RM796. Murah kan? 

Rileks..Sabar dulu. Aku memang ada plan untuk tahun depan tapi lokasinya tak pasti lagi. Kalau boleh aku nak pergi tempat yang belum pernah aku pergi lagi. Baru mencabar. Ada sesiapa nak jadi travel partner aku? Kalau ada, sila beritahu aku nanti bolehlah kita plan sama-sama nak ke mana. Ada berani? 

Aku rasa dah sihat sikit badan tapi selsema ada lagi. Malas nak pergi klinik, mesti bagi ubat sama lebih-lebih lagi kalau aku ke klinik Az-Zahrah tu. Aku banyak kali komplen klinik ni tapi pelik ramai juga yang pergi situ. 

InsyaAllah aku cuba rajin-rajinkan diri untuk update blog walaupun sekadar sebaris ayat. Hehehe..Sejak dua menjak ni agak sibuk sikit. Boss pula selalu cari aku suruh siapkan kerja. Nak buat macamana, demi sesuap nasi. 

Oh ya, hari ini hari terakhir syawal. Aku tak sempat nak puasa 6 dan aku rasa terkilan juga. Tahun depan insyaAllah aku buatlah.  

p/s: asyik nak makan sahaja. tanda-tanda nak periodlah tu. 

Monday, September 2, 2013

Tak sihat badan

Ya aku tahu dah lama tak update blog. Aku kena demam, selsema dan batuk tapi sempat lagi buat 5 biji kek untuk jamuan makan-makan baru-baru ini. Hehehe...

Nanti aku tulis panjang-panjang ya. 

p/s: achooom..sreeet sreeet. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails