Friday, January 29, 2021

Sepatutnya aku di sana

Sepatutnya hari ini aku berada di Pulau Pinang tapi memandangkan PKP masih diteruskan hingga 4 Februari, terpaksalah aku batal trip aku. Bilalah agaknya dapat ke sana, aku pun tak pasti. Tunggu sahaja pengumuman Kerajaan seterusnya. Nasib baik dapat balik duit tiket kapal terbang walaupun bukan dalam bentuk tunai. 

Aku dah tak tahu nak ke mana sekarang. Alang-alang nak tunggu, adalah lebih baik aku tunggu pintu sempadan dibuka. Betul tak? Lama dah passport aku tak bercop. Kali terakhir adalah setahun yang lalu. 

Good thing, aku boleh simpan duit dulu. Kita kumpul banyak-banyak (macamlah banyak duit aku ni), kita enjoy puas-puas! Wishlist aku tu tak perlu aku cakap, memang semakin panjang senarainya. Hahaha. 

Ok, take care semua. 

Monday, January 4, 2021

Hari pertama bekerja tahun 2021

Hari pertama masuk kerja hari ini untuk tahun 2021. Serba-serbi masih kabur sebab cuti lama sangat bermula daripada cuti Hari Krimas. Cuti tahunan banyak lagi jadi adalah lebih baik kita guna. Betul tak? 

Korang bagaimana pula? Semua ok tak? 

Baru aku perasan tahun 2021 adalah tahun ke-14 aku bekerja di sini. Lamanya aku rasakan dan semakin tua aku ini. Pekerja yang baru masuk nanti, pasti dah pangkat anak-anak. Mungkin mereka akan panggil aku makcik berbanding kakak sebelum ini. Nampak gayanya sampai pencen aku setia di sini. Dah tak tahu nak pergi mana lagi. 

Isu politik kerja itu biasalah di mana-mana. Yang penting, hujung bulan gaji masuk dan bolehlah aku bayar segala perbelanjaan aku. Sambil-sambil tu simpan sikit untuk trip akan datang. 

Cerita pasal trip ini, aku dah tak sabar nak pergi pada hujung bulan Januari. Lama betul aku memendam perasaan. Harapnya semua akan berjalan dengan lancar. Destinasi? Aku bagi hint sikit dulu. Aku nak makan nasi kandar dengan rojak pasembur! Ada sesiapa boleh agak? Siapa dapat jawab, ada hadiah menanti.

Ok, jaga diri baik-baik. Semoga untuk tahun 2021 aku akan rajin update blog. Trip yang sebelum ini, aku tak tahulah bila nak sambung lagi. 

Saturday, January 2, 2021

Aku dan Grab Car

Boleh katakan kerap juga aku ambil perkhidmatan Grab Car. Selalunya aku akan ambil untuk keluar makan tengahari. Alasannya, malas nak memandu, mencari parking, bayar tiket parking dan sebagainya. (banyak betul alasannya) 

Bila naik Grab Car, aku suka sembang dengan pemandunya. Ada yang peramah dan ada yang pendiam. Dalam tempoh yang singkat untuk sampai ke destinasi, rajin juga mereka bercerita pengalaman mereka. Kebanyakkan yang aku jumpa yang bawa Grab Car adalah kesan daripada Covid 19. 

Bayangkan ada yang pernah bekerja sebagai jurutera kapalterbang terpaksa diberhentikan kerja. Untuk menampung dan kelangsungan hidup, mereka mengambil keputusan untuk membawa Grab Car. 

Bila jadi macam ni, aku ingin membantu mereka dan selalunya apa yang dapat aku lakukan dengan memberi lebih daripada tambang yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan mereka. 

Ini memberi pengajaran kepada aku dan semua. Bersyukurlah kepada mereka yang masih ada lagi pekerjaan dan pendapatan. 

Friday, January 1, 2021

Selamat tahun baru 2021


Semoga pada tahun 2021 akan memberi sinar harapan yang lebih baik daripada sebelum ini. Kepada kaki-kaki jalan, berdoalah semoga pintu keluar akan dapat dibuka segera. Aku pun dah lama tak jalan dan passport dah lama tak bercop! 

Tuesday, October 13, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Semua program yang melibatkan jalan-jalan atau melancong kena tangguh dulu sebab bermula 14 Oktober 2020 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajayaakan dilaksanakan. 

Walaupun sebenarnya aku dah buat tempahan ke Pulau Pinang pada penghujung bulan November, aku masih belum berani lagi nak teruskan. Kita tunggu dulu. Worst case scenario, kita batalkan sahaja. Dalam hati pasti dah meraung. Uwaaaaa!!!!

Sekarang ni jumlah kes baharu Covid-19 semakin meningkat dah sampai 3 angka! Sesuatu yang mengerikan. Kalau sebelum ini, rekod kes baharu Covid-19 sekitar 1 atau 2 angka. 

Aku sekarang dah mula kerja di rumah semula dan ini akan berterusan sehingga dimaklumkan. Bila dah mula kerja dari rumah, semakin banyaklah cuti tahunan yang tidak dipakai. Tak salah aku, aku ada lagi baki 34 hari. Apa aku nak buat dengan cuti tahunan yang banyak ni? Dahlah maksimum boleh bawa untuk tahun hadapan sebanyak 25 hari sahaja. Aku ada 9 hari untuk dipakai sehingga hujung tahun ini. Tiba-tiba aku panic attack! Hahaha. 

Korang bagaimana sekarang? Lama dah tak dengar cerita. Aku rindu sangat-sangat. Aku pun lama dah tak update blog kan? Harap ada lagi yang sudi nak baca blog aku ini. Cerita trip yang sebelum ini banyak lagi yang bertangguh. Tak tahulah bila nak mula balik. 

Apa-apa pun, jaga diri baik-baik. Ingat kita jaga kita! Aku doakan semuanya dalam keadaan sihat. 

p/s: rindu nak melancong balik. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails