Wednesday, April 29, 2009

Bunyi fax

Bunyi fax masuk kat opis aku ni memang ditunggu-tunggu selama ni menandakan ada orang hantar borang RSVP untuk conference department aku bulan depan. It's like a music to my ears. Yes! Aku sangat suka. Nak penuhkan 1 auditorium tu bukannya senang. Sekarang dah ada 100 orang peserta dan berusaha untuk dapatkan lagi 100 orang. Rasa boleh kot? Masa? Ada lagi lebih kurang 20 hari. Kalau 1 hari dapat 5 orang, itu dah kira baguslah tu.

Nak organise conference memang leceh. Banyak perkara nak kena uruskan. Nak cari speaker, peserta, katerer dan lain-lain. Kali pertama aku organise event macam ini ialah pada tahun lepas. Fuuhh!! Berpeluh -peluh dibuatnya. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. So untuk tahun ni, harap dapat mengekalkan kegemilangan macam tahun lepas. Doakanlah ye!

Aku pun nak ambil kesempatan kalau ada sesiapa yang berminat nak join conference kali ni. Jangan malu-malu tanyalah kat aku. The best part, dapat makan free!! Mula daripada breakfast, lunch sampailah tea break. Manalah aku tak makin bulat kat sini. Asyik makan aje! Hehehe..

p/s: anyone interested?

Tuesday, April 28, 2009

Kawan cyber

Suka sangat dapat tau kawan cyber aku dah update blog dia. Dah dekat 6 bulan dia menyepikan diri..aku tak tau mana dia hilang. Anyway, welcome back Rizal!! Aku memang menantikan updates daripada kau.

Cerita pasal Rizal ni, aku kenal dia pada tahun 2006. Masa tu aku tengah menganggur (sambil tu cari kerja lah) dan biasalah untuk mengisi masa lapang aku tu, so aku layanlah myspace. Bukannya pandai pun nak social networking masa tu. Itu pun sebab pengaruh adik aku. Tengok macam best, aku pun join.

Aku dengan Rizal tak pernah jumpa tapi once in a while kita orang masih keep in touch. At least aku tau lah dia kerja mana, dia suka buat apa dan apa-apa serba ringkas pasal dia. One thing yang kami suka, suka jalan-jalan.

Blog dia pun banyak cerita pasal art especially pasal seni rotan. Kalau sesiapa yang tau pasal seni rotan, boleh catch up kat blog Rest'n'rileks.

p/s: wink wink kat Rizal, aku siap promote blog kau.. takkan tak ada apa-apa

Sunday, April 26, 2009

Chiquitita

Petang-petang hari minggu syok jugak layan lagu lama ni. Lagu Chiquitita daripada kumpulan Abba ni memang famous dulu dan tak salah aku lagu ni keluar hujung tahun 70'an. Ada sesiapa tau kumpulan Abba ni? Masa tu aku muda lagi lah..sekolah pun belum lagi. Lagu ni bukan sahaja dalam English tapi ada dalam version lain seperti Spanish, Swedish. Selalu nak cuba karaoke lagu ni tapi selalu lupa. Hehehe dah syok nyanyi lagu lain. Lagu Abba ni banyak yang best-best. So layan lah ye....
Chiquitita, tell me whats wrong
Youre enchained by your own sorrow
In your eyes there is no hope for tomorrow
How I hate to see you like this
There is no way you can deny it
I can see that youre oh so sad, so quiet
Chiquitita, tell me the truth
Im a shoulder you can cry on
Your best friend, Im the one you must rely on
You were always sure of yourself
Now I see youve broken a feather
I hope we can patch it up together
Chiquitita, you and I know
How the heartaches come and they go and the scars theyre leaving
Youll be dancing once again and the pain will end
You will have no time for grieving
Chiquitita, you and I cry
But the sun is still in the sky and shining above you
Let me hear you sing once more like you did before
Sing a new song, chiquitita
Try once more like you did before
Sing a new song, chiquitita
So the walls came tumbling down
And your loves a blown out candle
All is gone and it seems too hard to handle
Chiquitita, tell me the truth
There is no way you can deny it
I see that youre oh so sad, so quiet
Chiquitita, you and I know
How the heartaches come and they go and the scars theyre leaving
Youll be dancing once again and the pain will end
You will have no time for grieving

Chiquitita, you and I cry
But the sun is still in the sky and shining above you
Let me hear you sing once more like you did before
Sing a new song, chiquitita
Try once more like you did before
Sing a new song, chiquitita
Try once more like you did before
Sing a new song, chiquitita

p/s: lepas ni nak layan lagu apa ye????

Thursday, April 23, 2009

Happy Birthday!


Hari ni aku nak wat double post sempena hari yang bahagia untuk kawan baik aku kat Miri, Sarawak. Happy birthday Lilly yang ke-34!! Moga cepat ditemukan jodoh, murahkan rezeki dan happy selalu.

Aku kenal Lilly melalui chatting MIRC lebih kurang 10 tahun yang lalu dan the best thing kita orang masih keep in touch sampai sekarang. Masa tu aku memang hantu chatting sampaikan bil internet melambung tinggi (bayaran bil internet masa tu ikut berapa banyak yang kita pakai). Bila jumpa, ada sahaja cerita..especially bab makan! Malah masa jumpa, agenda utama mesti cari tempat makan dulu.

Lama dah aku tak jumpa Lilly. Tak salah aku, last time jumpa pada tahun 2007(atau tahun 2008). Kebetulan dia ada course kat Bangi. Lepas tu, aku tak pasti bila dapat jumpa lagi. Hmmm..soon insyaallah.

p/s: bila mau jalan-jalan makan angin sama-sama aa??

Aktiviti masa MC

Aku tau ramai yang tanya bila aku nak update blog aku. Sorry ye..aku tak berapa sihat badan. Hari Isnin aku dapat MC sebab demam & batuk. Asalnya aku tak sangkau dapat MC sebab aku rasa ok nak teruskan kerja. Since doktor dah bagi MC, kira ok lah tu. Keluar daripada bilik doktor, senyum lebar sampai ke telinga. Yeaah!! Tak perlu aku masuk kerja hari tu. Anyway, kalau aku tak dapat MC hari tu, nak tau apa aku nak cakap kat doktor?

aku: doktor saya nak MC
doktor: kenapa awak nak MC?
aku: saya tak larat nak kerja. boss saya buat saya stress. boss saya dah gila.

Hahaha..macamlah aku berani nak cakap macam tu kat doktor. Doktor panel aku ni garang! Agaknya mood dia baik, terus bagi MC.

Dapat je MC, aku terus lepak rumah adik aku kat Putrajaya. Layan movie lah. Dahlah dia baru beli TV 32" LCD beb! Best woo kalau tengok movie ni. So aku pun wat la movie marathon. Mula-mula aku tengok Ink Heart (adik ipar aku cakap best..aku tengok biasa je). Pastu layan Jumper (aku dah tengok separuh dulu, so nak tengok sampai habis). Last sekali aku tengok Ratatouille (dah tak tau nak tengok layan apa). Aku malas balik rumah sebab pasti ada kerja nak kena buat. Dasar pemalas aku ni. Bagi chance lah..akak ni kan sakit.

p/s: batuk lagi ni...uhuk uhuk

Monday, April 13, 2009

It's karaoke day!

Penatnya..seharian dok jalan. Alhamdulillah plan girl's thing menjadi walaupun terpaksa mengharungi hujan lebat. Siap ada adegan ala ala hindustan berlari-lari dalam hujan. Chewaaah! Pukul 9.30am aku dah sampai Sogo semata-mata nak karaoke dahlah masa tu Sogo tak buka lagi. Semangat gilos! Bila Sogo dah buka pukul 10am, breakfast dulu dengan kawan aku. Apa lagi kalau bukan nasi lemak. Hehehe..

Pukul 11am, mulalah operasi mengarok (karaoke lah tu). Lama dah aku tak karaoke ni. Siap nyanyi lagu kakak kesayangan aku, siapa lagi kalau bukan Ramlah Ram! Nak tau lagu apa? Lagu fofular dia lah...Kau kunci cintamu di dalam hati mu. Bila part yang high note tu..terus pecah suara. Kalau masuk AF, sah juri akan cakap pitching lari. Ayat famous juri AF lah apa lagi. Aku tak tau berapa lagu kita orang nyanyi...banyak main skip je sebab tak tau nak nyanyi. Sayang..lagu wajib Ella tu aku tak sempat nak nyanyi.

Rasanya aku taklah nyanyi macam ni..

Lepas karaoke, jalan-jalan kat Jalan Masjid India cari kain. Aku cuma temankan kawan aku tu tapi biasalah..mesti ada terbeli sesuatu. Ok....aku cuma beli sepasang kain je tau! That is enough! Banyak lagi kain kat bilik tu tak tempah lagi.

Singgah kejap kat Semua House sambil-sambil window shopping. Kat Semua House banyak kedai persediaan pengantin. Mulalah aku berangan nak kahwin. Camna akak nak kahwin dik oooiii..calon pun tak ada.

Pukul 4pm, kita orang pun beredar...takut nak bertembung dengan orang balik kerja. Sure jam lah masa tu. Anyway, it's really great. Penat jalan tu, tak usah ceritalah tapi aku puas.

p/s: Next plan?? Tak pasti lagi. Tunggguuuuu!!!

Sunday, April 12, 2009

Girl's thing...cuma kaum perempuan yang mengerti!

Aku dah lama tak keluar dengan kawan-kawan dan buat perkara yang aku suka seperti makan (penting tu), tengok wayang, karaoke dan window shopping. Semua aktiviti yang digemari oleh perempuan..the girl's thing! Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku menikmati saat-saat indah macam tu. Hmmm adakah aku terlalu tua? Terlalu sibuk? Lupakan sahaja semua alasan tu. Yang pasti pada 13 April, hari Isnin aku akan lakukan segala aktiviti yang dah lama aku tak buat. Cuti aku pun dah approved. Apa lagi..kita enjoy lah. Kalau tak dapat nak buat semua tapi sekurang-kurangnya aku dapat melakukan sebahagian daripadanya. Tak sabar rasanya waktu tu.

Kisahnya bermula 2-3 minggu lepas bila kawan aku tanya bila nak ambil cuti. Masa tu aku tak berani nak janji apa-apa sebab tengah sibuk sangat. Kebetulan dapat berita ada kawan aku nak balik tak lama lagi so aku tak dapat nak bagi jawapan bila. Bila aku fikir semula, aku memang dah lama tak ambil cuti. Jadi aku rasa inilah masa yang sesuai aku nak take a break daripada mengadap boss, kerja dan apa-apa yang boleh merunsingkan kepala aku.

Yes..tarikh 13 April dipilih dan plan aktiviti girl's thing:

1. beli nasi lemak kat pasar dan makan sarapan pagi sama-sama

2. karaoke sepuas hati (amik kau..nak jadi Ella pun boleh)

3. shopping or maybe window shopping

4. borak-borak dan hot gossip

5. tengok wayang (optional kalau ada masa)

Itu cuma plan. Kalau ada sebarang perubahan akan diberitahu kelak. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

p/s: I am desprately need a break...have a Kit Kat!

Saturday, April 11, 2009

Kementerian baru

Semenjak PM umumkan senari kabinet baru, aku betul-betul tak sangka yang opis aku ni diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian dan menterinya adalah Datuk Seri Rais Yatim. Sebelum ni kita orang di bawah Kementerian Teknologi, Air dan Komunikasi. Gabungan kementerian ini adalah baik sebab sebelum ni opis aku banyak melibatkan dengan banyak kementerian...sikit kat KTAK, Penerangan dan MOSTI. Walaupun tak merangkumi semua bahagian, sekurang-kurangnya aku tau mana arah aliran opis aku ni. Think positive...walau apa yang terjadi, kita kena terima perubahan yang berlaku.

Jarang sangat aku bicara pasal politik tapi ada a few of my friends cakap, "lepas ni kita kena tau pasal tarian atau kena cakap bahasa melayu klasik sebagai syarat KPI". Sounds so funny tapi sekurang-kurangnya ada juga lah unsur ceria dan sesuatu perkara baru yang boleh diterokai. Betul tak?


p/s: alamak tangan ni keras nak belajar tarian..

Monday, April 6, 2009

Kelas Memasak

Kelas memasak berjaya akhirnya. Sempat lagi aku buat pizza sambil nak tunggu carrot cake masak. Sayang aku tak sempat nak ambil gambar masa tu. Sebab utama aku lupa nak bawa kamera. Hehehe..salah aku lah tu..terlupa laaa. Lagipun tak sempat nak ambil sebab dah kena makan. InsyaAllah bila ada masa lagi, aku akan ambilkan gambarnya.

Sepanjang hari tu, aku sangat sibuk. Kejap-kejap tengok oven, tengokkan kek dah masak ke belum. Lepas tu nak uli doh pizza lagi. Berpeluh-peluh jugak lah dibuatnya. Dahlah memang tengah panas sangat!

Anyway, aku berpuas hati. Semuanya kenyang makan dan ada siap tapau lagi tu. Tak apa..rezeki jangan ditolak.

p/s: ada sesiapa nak join kelas memasak?

Friday, April 3, 2009

Carrot Cake

Esok ada permintaan daripada kawan aku nak belajar buat carrot cake. Alhamdulillah dah 2 kali buat, semuanya menjadi dan sedap. Selama ni aku selalu fikir, susahnya nak buat carrot cake ni tapi bila dah jumpa resepi dan dah buat, memang senang sangat. Modalnya pun taklah mahal mana pun. Rasa-rasa dalam harga RM20-30 je. Nak dibandingkan harga kek kat Secret Recipe, memang jauh beza.

Resepi carrot cake yang aku jumpa kat internet.

Carrot Cake

INGREDIENTS

4 eggs

1 1/4 cups vegetable oil (minyak jagung mazolla pun boleh)

2 cups white sugar

2 teaspoons vanilla extract

2 cups all-purpose flour

2 teaspoons baking soda

2 teaspoons baking powder

1/2 teaspoon salt

2 teaspoons ground cinnamon

3 cups grated carrots

1 cup chopped pecans

Frosting

1/2 cup butter, softened

8 ounces cream cheese, softened

1 cup confectioners' sugar

1 teaspoon vanilla extract

1 cup chopped pecans

DIRECTIONS

Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour a 9x13 inch pan.

In a large bowl, beat together eggs, oil, white sugar and 2 teaspoons vanilla. Mix in flour, baking soda, baking powder, salt and cinnamon. Stir in carrots. Fold in pecans. Pour into prepared pan.


Bake in the preheated oven for 40 to 50 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Let cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and cool completely.


To Make Frosting: In a medium bowl, combine butter, cream cheese, confectioners' sugar and 1 teaspoon vanilla. Beat until the mixture is smooth and creamy. Stir in chopped pecans. Frost the cooled cake.


Senang kan? Cubalah. Nanti bila ada masa kelapangan, aku cuba uploadkan gambar carrot cake tu.

p/s: tak salah kalau nak cuba buat. cubalah!

Wednesday, April 1, 2009

Nasi lemak part 2

Yeaah aku berjaya beli nasi lemak. Aku keluar rumah agak lewat semata-mata nak beli nasi lemak. Sampai je gerai tu, aku terus beli 6 bungkus nasi lemak dengan rendang kerang. Bukan apa, kawan-kawan aku pun tumpang sekaki pesan beli nasi lemak.

Aku sangat suka!! Akhirnya aku dapat makan nasi lemak yang aku idamkan. Sorry aku tak sempat nak ambil gambar sebab aku belasah dulu. Hehehe..

p/s: yeaah! I like!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails