Wednesday, August 19, 2009

After 10 years

Entah kenapa aku cuba nak cari kawan aku yang seorang ni. Nama dia Izra Ryanti. Asal kenal Izra masa jumpa dia kat Muzium Negara tahun 1989. Kebetulan aku ada rombongan sekolah sempena exam SRP dah habis.

Jumpa kejap je tapi sempatlah kita orang berkenalan dan tukar alamat. Walaupun tak jumpa lagi lepas tu, kita orang masih keep in touch melalui surat.

Tahun 1999, jumpa balik sebab Izra ajak aku ke kenduri kahwin dia. Bayangkan 10 tahun tak jumpa tiba-tiba jumpa balik. Asalnya aku macam keberatan nak pergi tapi Izra bersungguh-sungguh ajak aku. So terpaksalah aku terima jemputan dia tu.

Bila jumpa balik, apa lagi macam-macamlah cerita yang keluar. Tak sangka pertemuan yang singkat kat Muzium boleh jadi kawan rapat.

Pagi tadi aku cuba google nama Izra. Aku bernasib baik..aku jumpa nama dia. Siap ada nombor telefon lagi tu. Aku sms dia "Salam, ni Izra ke? Saya ******* dari bangi. Ingat lagi tak dengan saya? Ok take care. Rajin-rajinlah contact ya." Aku main gamble je. Kalau betul, oklah. Kalau salah, nak buat camna. Say sorrylah kan.

Memang puas aku cari dia. Alamat rumah dan nombor telefon dia dah lama hilang. Alhamdulillah, tak lama lepas tu, Izra terus call aku. Yeaaah!!!! Gembira tak terkata aku dibuatnya. At last dapat juga aku cari dia.

Kebetulan pulak...selepas 10 tahun aku jumpa dia. Macam dirancang pulak.

Mari kita mengimbas kembali:

1989
- jumpa di muzium

1999
- jumpa masa kenduri kahwin

2009
- dapat contact balik

Next????!!!
Aku tak pasti lagi. Tunggu je lah kan. Hope we still keep in touch. Siapa sangka, boleh kekal sampai sekarang.


p/s: ICT banyak bantu aku...aku jumpa seorang lagi kawan lama...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails