Hari yang sungguh tak produktif langsung. That's why is called Monday Blues. Dah cuti 2 hari memang liatlah nak masuk kerja balik.
Kat opis bukannya aku buat kerja..dok surfing internet baca blog orang. Lepas tu tengok tempat menarik kat Jakarta. Aku kan ada plan nak ke sana tahun depan. Aku tau lambat lagi tapi untuk persiapan. Kenalah tau jugak!
Kawan aku, Zam study kat Pakistan dah confirm sampai Malaysia hari Khamis ni (sambil check kalender, 20 Ogos). At last balik juga mamat ni for good. Kebetulan pulak aku dah apply cuti, dah approve pun. Yeaah! Aku ambil cuti semata-mata nak sambut Ramadhan tak sangka pulak Zam nak balik. Plan tak tau lagi macamana hari Khamis nanti. Nak jemput dia kat KLIA atau tak. Just tunggu je lah. Aku pun tak kisah sebenarnya. Kalau tak jemput dia, aku dok rumah je lah. Hehehe..
Ramadhan tak lama lagi ni. Aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa. Moga amalan di bulan Ramadhan diberkati.
p/s: dah habis ganti puasa???
No comments:
Post a Comment