Tuesday, August 25, 2009

Rezeki

Semalam aku dapat maklumat mengenai carry marks untuk sabjek Leadership in Organization. Keputusannya? Boleh lah tahan...aku cuma dapat 46/60. Baki 40 markah untuk final exam pada 30 Ogos.

Perasaan aku? Aku sebenarnya mengharapkan lebih daripada itu tapi aku mengaku aku ada miss 2 kelas gara-gara aku ke Langkawi pada bulan Jun hari tu. Nak buat macamana, aku pun tak sangka boleh clash dengan kelas aku. Lagipun aku dah lama booking tiket ke Langkawi. Takkan lah aku nak burn macam tu je?? Sayanglah...

29 Ogos ada paper untuk International Business. 1 benda tak baca lagi. Rasa-rasa sempat lagi ke? Memang lecturer ada bagi tajuk apa yang nak keluar nanti. Antara 2 sabjek ni, aku rasa sabjek International Business kena tumpukan lebih perhatian sikit. Banyak perkara yang nak baca. Dahlah aku tak berapa familiar dengan topiknya. Kalau Leadership in Organization tu, rasa boleh goreng. Hati-hati, kalau nak goreng pun jangan bagi sampai hangus.

Result carry mark Mr. X? Dia lagi hebat!! Dia dapat 52/60. Tere kan??? Aku tak hairanlah sebab tu memang berkat kerja keras dia. Aku pernah copy assignment dia. Selamba kan? Anyway good job!!

Sepanjang aku ambil kelas MBA ni aku dapat rasakan 1 perbezaan yang sangat ketara kalau nak dibandingkan masa study degree dulu. Aku rasa bezanya macam langit dan bumi! Masa kelas MBA ni, lebih banyak discussion. Tak rasa sangat macam dalam kuliah sebab banyak 2 way communication antara lecturer dengan student. (penting tu...ada markah dalam participation) Nak tak nak, aku kena cakaplah walaupun aku sebenarnya seorang pemalu. Auuuw!

Kalau ada orang tanya kenapa aku ambil MBA? It's for my own satisfaction. Aku rasa banyak perkara yang perlu aku explore. At the same time, kalau ada rezeki insya-Allah dapat peluang kerja lebih baik.

Tak cukup rasanya kalau ada degree sahaja. Persaingan peluang pekerjaaan sekarang sangat kuat. Kalau dulu, ada degree dah boleh jaminkan tempat untuk kerja. Sekarang?? I don't think so. Masih ramai orang yang menganggur walaupun ada degree. Sayang kan? Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa memberangsangkan, ada yang sanggup terima kerja walaupun dapat gaji sedikit. Terima konsep: biarkan dapat gaji sedikit daripada tak ada langsung! Betul tu!

Alhamdulillah..rezeki aku masih ada lagi di sini walaupun kadang-kadang ter"miss" lebih-lebih lagi masa tengah bulan. Hehehe...hajat hati nak buat bisnes tapi tak taulah bila. Setakat suka-suka jual kek carrot tu ada tapi taklah selalu. Kalau ada permintaan nak buat, aku buatlah. Hasil jualan tu boleh lah cover duit minyak kereta aku. Kira oklah kan??? Aku pun memang tak ambil untung banyak.

Rezeki ada di mana-mana. Pandailah kita nak cari kat mana. Tuhan sentiasa membuka jalan untuk mencari rezeki.

p/s: nak study untuk final exam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails