Tak plan pun nak tengok tapi kawan aku yang bagi tiket tu suruh aku pergi malam semalam. Memang ada plan nak tengok tapi nak pergi hari Khamis. Bersungguh-sungguh dia suruh aku pergi..untuk tidak menghampakan harapan kawan aku tu aku mengalah..aku pun terimalah.
1. Aku memang suka tengok teater
2. Aku nak tengok Fauziah Latiff dengan Rashidi Ishak
Sinopsis teater muzikal:
Teater ini bertemakan Nasionalisme yang mengisahkan perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang Allahyarham Tun Abdul Razak kepada agama, bangsa dan Negara. Sepanjang riwayatnya, beliau melalui detik jatuh bangun yang membawa kepada pembinaan sebuah negara yang dihormati di peringkat Tun Abdul Razak antarabangsa. Tiga persoalan utama yang diungkap di dalam persembahan teater ini, iaitu:
-Perjuangan
-Perpaduan
-Kekeluargaan
Overall cerita aku boleh bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Extra point to Fauziah Latiff sebab suara dia memang best. Rashidi?? Hmm tak lah sedap mana...ada gak suara sumbang mambang dia tu. Jalan cerita biasa je tapi aku rasa ada certain part tak perlu ditonjolkan. Props memang cantik! Baju yang Fauziah Latiff pakai memang cantik sangat. Hehehe sempat lagi tengok baju dia.
Baju yang pernah dipakai oleh Tun Abdul Razak
Suasana dalam Istana Budaya
Tebalnya bedak
I saw Rashidi...hehehe
Say cheese!!!
Tunggu giliran..kecik je Fauziah Latiff ni
Ambil gambar sama-sama Fauziah Latiff
Kalau ada peluang lagi, aku nak pergi. Kenalah rajin baik-baik dengan staff CCD. Sure banyak tiket dapat tu nanti.
p/s: sama-sama memartabatkan seni budaya bangsa
saye pun dh gi.. btw, smlm (20/8) xde sesi autograf..mybe coz ade vvip dtg kot.. smlm tun rahah, rais yatim n nazim+norjuma dtg..teruje gk la..
ReplyDeletebest coz byk leh dpt info..kan kak??
betul!!!
ReplyDelete