Mula-mula aku nak minta maaf banyak-banyak sebab aku lambat nak update blog kali ini. Banyak kerja nak kena buat di opis dan ditambah pula dengan kelas MBA baru sahaja bermula.
Semalam dah mula kelas Corporate Finance. Dah tau dari awal sabjek ini susah, suka hati sahaja masuk lambat. Sabjek ini banyak betul pengiraan!! Kena tumpukan perhatian sepenuhnya. Nak kena tau pakai formula mana. Memang dalam final exam nanti akan diberi formula tapi kalau tak tau nak gunakan, susah beb.
Dulu masa ITM pernah belajar sabjek Finance tapi result sekadar cukup makan sahaja. Hehehe..Otak dah berkarat bila nak ingat balik semula sabjek ini. Masa buat latihan, kena tengok betul-betul baru boleh faham. Dahlah pakai scientific calculator..memang terkial-kial nak tekan yang mana satu.
Nak tau result Mr. X? Dia masih maintain result 3.83. Pandainya mamat ni. Jealous tau! Macamana dia study ya? Aku bertekad, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk naikkan result semester kali ini. So, kenalah study betul-betul..jangan dok study last minit. Betul tak?
p/s: masih berasap kepala aku ni
No comments:
Post a Comment