Seronok juga buat aktiviti jalan-jalan lepas kerja. Kisahnya petang tadi kawan opis ajak jalan-jalan tepi tasik. Tasik tu pun bukannya jauh dari opis. Kalau naik kereta, boleh sampai dalam 5 minit. Mula-mula aku tak nak ikut sebab aku tak bawa baju dan kasut sukan. Setelah dipujuk, aku pun ikutlah.
Aku jalan-jalan pakai baju kurung dengan sandal. Jangan tak tau you! Nasib baik hari ini aku tak pakai high heels. Kalau tak, mau penat kaki. Jalan-jalan tadi pun tak habis jalan 1 pusingan kat tasik. Tasik tu besar gila beb. Manalah akak nak larat jalan. Faham-faham je lah aku ni dah tak muda lagi. Hehehe... Slow-slow dulu. Bila dah ok, baru boleh jalan-jalan 1 pusingan tasik. Betul tak?
Pemandangan kat tasik memang cantik. Sambil jalan, boleh menikmati keindahan alam semulajadi. Manalah tau, boleh cuci mata sekali! Nakal!
Aktiviti masuk gym baru je mula minggu lepas. Untuk pengetahuan semua, kat opis aku ada disediakan gym untuk staf. Bayangkan aku dah kerja 3 tahun, baru inilah aku berjinak-jinak nak join gym. Malunya!!!
Hari pertama aku masuk gym, tak tau nak guna yang mana satu dulu. As a beginner (rasanya bukan beginner lagi tapi lower than beginner sebab aku dah lama tak exercise!!), dimulakan dengan 20-30 minit jalan atas threadmill. Harap aku tak jadi macam dalam video bawah ini. Hehehe..
p/s: hidup cergas dengan badan yang sihat
puiyooo masuk gym le plakk... ahkak bergymrama, gymnastik dan segala bagai gym dgn mamat2 3 org tu jek ler... hehehe...tapi berkesan gak, ramai gak tegur dengan 'hasil'nya...kekekeke....
ReplyDeleteautomatically aku imagine kau cam hamster kat treadmill tu. Hahaha!!!!!
ReplyDelete