Tuesday, February 23, 2010

Kawan-kawan ITM

Tiba-tiba sahaja aku teringat kat kawan lama masa study kat ITM. Apa khabar dia orang ya? Aku dapat rasakan kawan-kawan ITM adalah paling rapat antara semua yang pernah aku study dulu. Mungkin sebabnya kebanyakan daripada kami sama-sama 1 kelas daripada semester 1 sampai habis.

Kali ini aku nak kongsi sama-sama gambar kenangan masa study DIIA di ITM  Shah Alam, Selangor pada tahun 1993-1995. Gambar sumbangan daripada Bobo. Thanks Bobo.

Gambar diambil bila dapat tau lecturer tak dapat datang. Lepas ambil gambar, semua terus balik.

Ambil gambar classmate selepas habis kelas.

Nak pergi dinner. Tengah tunggu bas. Nampak tak? Semua pakai lipstik merah gila!

Tengok persembahan kokurikulum kat KSSR.

p/s: rindu laa...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails