Monday, April 26, 2010

Lost in 80's again

Minggu lepas aku dapat panggilan daripada stesen radio Red FM beritahu aku yang lagu yang aku minta akan keluar pada hari berikutnya. Punyalah gembira sangat sebab tak sangka lagu pilihan aku terpilih. Dulu aku pernah kena tapi masa tu memang betul-betul terkejut sebab dia orang call tiba-tiba. Kalau sesiapa nak mengimbas kembali cerita tu boleh refer kat sini

Untuk kali ini, dia orang akan call dulu dan beritahu tajuk lagu pilihan aku dan kenapa aku pilih lagu tu. So bila aku on air esok, aku tak akan panik dan terus lupa apa aku nak cakap. Lagu ini aku dah lama minta sejak tahun lepas lagi. Ingatkan dia orang tak pilih lagi sebab dulu dah pernah on air. Nak tahu lagu apa aku pilih? Hehehe..aku nak tutup muka kejap sebab pasti korang cakap aku ni minah jiwang!!! Ok..ok. Cool down dulu, jangan kepoh-kepoh. Lagunya Lost In Your Eyes yang dipopularkan oleh Debbie Gibson. Jiwang kan?? Aku dah beritahu tadi. Mari kita imbas kembali lagu ini ya. 



Oh ya..aku sempat record masa aku on air. Bila dengar balik, Ya Allah suara aku macam Doraemon. Halus je suara aku. Kawan aku cakap suara aku manja. Auuw manja ya? Tak kuasa akak. 

Bila dengar balik lagu ini, mengimbas kembali kenangan lama. Zaman masa sekolah dulu baru nak belajar bercinta. Apa orang panggil? Puppy love atau cinta monyet. Teringat kat ehem ehem..kawan-kawan 1 sekolah aku sure tahu siapa maksud aku. Hero paling handsome kat sekolah beb. Hahaha..bocor rahsia aku. Ok stop it! Aku dah blushing gila ini. Mamat tu pun dah bahagia dengan keluarga dia tapi kita orang masih keep in touch. 

p/s: i love Debbie Gibson so much!

2 comments:

  1. hahahaaaa..... dia le paling ensemm ek??... tapi mmg ensem pun mamat tu, ade ke mamat lain yg seensem dia ek dulu?? tapi ingat x kat mamat nama Muhadir tuh (masa majlis usahawan muda)?? muka ada iras2 mamat ensem tu sket...

    ReplyDelete
  2. setakat ni dia la paling handsome. haa muhadir..hampir lupa dengan mamat tu. tak tau apa cerita dia.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails