Monday, June 28, 2010

Layan lagu Fauziah Latiff pula

Dah lama aku tak layan lagu Fauziah Latiff. Aku mengikuti perkembangan dia dari mula sampailah sekarang. Malah, kalau dulu nak buat kuih raya memang kena pasang lagu Fauziah Latiff, baru dapat feel. Hahaha..aku pun tak tahu apa kena mengena dengan buat kuih raya dengan lagu Fauziah Latiff. 

Agaknya masa sambil nak tunggu kuih masak, baru best nyanyi lagu Fauziah Latiff. Hmmm..aku dapat rasakan, pasti jiran belakang rumah tension dengar suara kita orang melalak. "Apa nak jadi dengan anak dara sekarang ini. Dapat menantu macam ni, hancur!"

Aku mengaku banyak koleksi lagu dia yang best-best. Kalau pergi karaoke, mesti nyanyi lagu dia. Lagu wajib beb! 

Ok...mari aku nak kongsi bersama-sama antara lagu kegemaran aku. Setia Ku Korbankan yang pernah dipopularkan pada tahun 2004.





Alamak jiwang pula lagu ni. Bagilah peluang akak nak jiwang sikit. Boleh kan? Ok..happy listening and enjoy. 

p/s: jom karaoke lagi nak? 

FIFA World Cup 2010

FIFA Worldcup 2010 di Afrika Selatan.


FIFA World Cup bermula 11 Jun di Afrika Selatan. Secara peribadi, aku bukanlah peminat bola tapi aku masih mengikut perkembangan perlawanan bola setakat ini. 

Baru-baru ini, lepas satu..satu kumpulan yang hebat keluar daripada FIFA World Cup. Baru je sebentar tadi England tumpas dengan Germany, 4-1. Bermula dengan France dan selepas itu Italy, yang pernah juara World Cup sebelum pun tak dapat nak teruskan perjuangan. 

Apa sudah jadi dengan FIFA World Cup kali ini? Bagi aku, aku suka kumpulan yang underdog yang tak banyak berita sensasi cerita pasal kumpulan tersebut. Ya aku tahu, ramai yang inginkan kumpulan hebat seperti Brazil juara kali ini. Mari kita sama-sama tengok siapa yang menang kali ini. Ok?

p/s: aku sokong Ghana, yeaaah!

Saturday, June 26, 2010

Selamat pengantin baru Mizi

Bila aku dapat kad jemputan kahwin daripada kawan sekolah, Mizi aku memang teruja sangat sebab inilah kali pertama aku terima kad yang bukan kad jemputan kahwin yang biasa pernah aku dapat. Sangat kreatif! Masa kad ni sampai, aku masih di Indonesia. Kawan aku siap cakap, kad Mizi ganas! Rasa tak sabar nak balik nak tengok kad kahwin Mizi. 


Macam nak ajak tengok wayang!

Aku kenal Mizi dah lama semenjak dari darjah 3 lagi. Kami bukan sahaja pernah 1 kelas malah rumah kami dekat sahaja. 

Mizi memang terkenal dengan sifat yang kelakar dan periang. Suka sangat melukis kartun sampaikan habis buku latihan jadi mangsa untuk dibuat komik. The best part, akulah orang pertama akan dapatkan buku komik Mizi! Kalau nak baca buku komik dia, kena bayar 5 sen. 

Ini gambar kelas 4 Putih. Gambar Mizi yang dalam bulatan. 

Cerita pasal kenduri kahwin Mizi hari ini, bukan sahaja untuk meraikan pengantin baru tapi juga dapat jumpa balik kawan lama. Ala-ala mini reunion gitu. Sempat jumpa kawan yang bertahun-tahun tak jumpa, aku rasa sangat gembira. 

Bila nak menjamu selera, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. 

Hiasan yang diletak di atas meja makan. Pop Corn Melayu ok. I like! Nampak tak dalam kad ada tulis "relaks dan saksikan cerita hebat musim ini." Sempoi gila! 

Ada kacang dalam bekas pop corn melayu! Sambil menjamu selera, makan kacang sekali. Macam nak tengok wayang. Hehehe..

Mana gambar pengantin? Pastilah ada. Masa aku kenalkan diri aku kepada isteri Mizi, aku kenalkan sebagai kawan sekolah rendah dan rumah kami dekat sahaja. 

Pengantin baru Mizi dan Azila. 

Kepada Mizi, aku ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia ke akhir hayat. 

p/s: lepas ini giliran siapa pula? 

Thursday, June 24, 2010

Apa? Result exam dah keluar?

Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik aku tak melatah bila aku dapat call ATC yang result exam dah keluar. Secara rasmi result exam keluar pada hari Isnin tapi kalau nak tahu sekarang kena call UUM terus. Apa tunggu lagi. Aku terus call UUM sebab UUM cuti esok. 

Opocot mak kau! Ish..melatah pula akak.

Hati berdebar-debar tapi ada semangat nak tahu result exam. Nak tahu ke? Hehehe...

Marketing Management: A-

Coporate Finance: B-

GPA: 3.17
CGPA: 3.22

Alhamdulillah semuanya lulus. Sabjek yang paling aku takut, Corporate Finance lulus juga akhirnya. Setakat ini result exam kali ini sama saja dengan result exam semester sebelum ini. 

Aku ada check dengan kawan-kawan yang lain, rata-rata dapat result exam lebih kurang sama dengan aku. Nak buat macamana, dah sehati dan sejiwa. 

Result exam Mr. X? Tak tahu lagi sebab dia tak sempat nak check. Dia pun tak tahu result exam dah keluar. Itu pun dapat tahu selepas aku tanya dia. Hmm..nampak gaya kena tunggu hari Isnin nantilah. Eiii..aku pula yang tak sabar. Aku dapat rasakan pasti dia dapat lagi bagus daripada aku. 

Semester baru mula 3 Julai. Rasa macam lama sangat cuti semester. Dah tak sabar nak jumpa balik classmate atau dah tak sabar nak jumpa Mr. X? Auww malulah. (siap cover muka ok)

p/s: semangat baru untuk semester baru.

Gambar di Bandung-Jakarta

Aku cuba nak buat video trip Bandung-Jakarta. 


Enjoy and happy viewing!



Create your own video slideshow at animoto.com.


p/s: rasa nak ke sana lagi

Monday, June 21, 2010

Penjara Pudu dirobohkan

Malam ini Penjara Pudu akan dirobohkan setelah berkhidmat lebih daripada 100 tahun. Sayang kan? 

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian. Penjara Pudu tidak lagi digunakan pada tahun 1996 apabila Penjara Sungai Buloh siap didirikan. Semua ahli penjara dipindahkan ke situ secara berperingkat-peringkat. 

Siapa masih ingat lagi lukisan mural yang dilukis sepanjang tembok Penjara Pudu? Tak salah aku, dikatakan lukisan mural paling panjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter. 

Apa yang mampu kita boleh buat? Kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

p/s: selamat tinggal Penjara Pudu.

Saturday, June 19, 2010

Bandung-Jakarta Day 6

Hari terakhir trip Bandung-Jakarta. Selepas breakfast dan check out daripada hotel, terus ke Monumen Nasional (Monas). Monas adalah salah satu dari monumen peringatan yang didirikan untuk mengenang perjuangan rakyat Indonesia melawan penjajah BelandaMemang luas Monas ni tak sempat nak explore semua. Kalau tak salah aku, keluasan Monas adalah 80 hektar! Luas kan? 

Di puncak menara boleh tengok seluruh bandar Jakarta. 

Cheese!

Sekitar kawasan Monas. 

Di Monas lagi.

Kami singgah di Monas dalam sejam sebab nak kejar flight pukul 2 petang dan untuk mengelak kesesakan jalanraya. Sampai di airport, hujan pula. Macam tahu aku sedih nak tinggalkan bandar Jakarta. Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami di sana berjalan dengan lancar. Insyaallah kalau ada rezeki, boleh datang lagi. Terpaksalah aku simpan duit untuk next trip! 

Perjalanan dari Jakarta ke Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam. Flight delayed dan bertolak dari Jakarta pukul 2.45 petang. Mendarat di LCCT pukul 6 petang.

Inilah dia kisah perjalanan aku ke Bandung-Jakarta selama 6 hari 5 malam. Apa yang boleh aku ringkaskan, semuanya best! Makan best, shopping best dan dapat pula driver yang sporting lagi cute. Terima kasih kepada Pak Taufiq dan Pak Dani yang sabar melayan kerenah kami. Hehehe.. 


Apa tunggu lagi? Kepada sesiapa yang berhajat bercuti ke Bandung dan Jakarta, diharapkan ini boleh menjadi panduan.

p/s: selamat bercuti!

Bandung-Jakarta Day 5

Hai..sambung lagi trip kami di Jakarta. Jakarta adalah sebuah bandar yang sangat sesak. Sangat berbeza dengan Bandung yang aman dan damai. 


Motor memang ada di mana-mana sahaja. 

Ini namanya bajaj. Boleh ke aku masuk ni?

Lokasi seterusnya adalah Mangga 2. Ini juga syurga kepada kaki shopping selain daripada di Tanah Abang. Pukul 9 pagi, kami dah sampai dan rata-rata kedai masih tak buka lagi. 

Banyak lagi kedai tak buka lagi. 

Di Mangga 2, operasi mencari beg sekolah Sara. Sara dah pesan awal-awal nak beg gambar Princess Ariel. Nak tahu rupa Princess Ariel?

Inilah rupa Princess Ariel yang Sara nak. 

Habis satu Mangga 2 aku cari beg Sara. Akhirnya aku dapat juga dengan harga Rp105,000 (RM39). Kawan-kawan aku yang lain masih meneruskan operasi shopping. Hajat di hati aku memang nak beli CD TV series contohnya Desperate Housewife, Grey Anatomy, Heroes, Prison Break dan banyak lagi tapi duit dah habis. Harga CD memang murah. Cuma Rp5,000 (RM2) sekeping dan untuk dapatkan semua set season Prison Break boleh dapat dalam harga Rp75,000 (RM28) sahaja. Murah kan? 

Aku tak berapa pasti sampai pukul berapa kami stay di Mangga 2 tapi aku dapat rasakan kawan-kawan aku dah nampak penat. Masing-masing nak habiskan baki duit Rupiah sebelum pulang ke Malaysia pada hari esoknya. Macam aku, duit Rupiah dah habis so mampu tengok sahaja apa yang mereka beli. Sampaikan aku dah ditugaskan untuk jaga hasil tangkapan shopping dan biarkan mereka shopping lagi. Hehehe..

Kalau nak ikutkan, lepas shopping di Mangga 2, nak ke Mall di Taman Anggerik. Kami dah surrender! Tak larat nak jalan lagi. Jadi, kami minta Pak Dani (driver kami masa di Jakarta) untuk bawa jalan-jalan sekitar bandar Jakarta. Pak Dani siap beritahu lagi kalau nak jumpa artis, selalu mereka akan shopping di Plaza Senayan. Memang tempat tu high class. Patutlah tak ramai orang kat situ. 

Masa di Kotatua Jakarta, nampak ada orang shooting. So aku pergilah tengok manalah tahu dapat jumpa artis Indonesia. Hampa..dia orang tak ada masa tu. Lupa nak beritahu, masa aku di Jakarta, bandar Jakarta sedang meraikan ulangtahun ke 483. Selamat ulangtahun Jakarta!

Kotatua Jakarta. 

Ramai orang tengok shooting. 

Kedutaan Malaysia di Jakarta. 

Sampai di hotel, siap-siap untuk packing. Esok nak balik Malaysia!

p/s: miss Bandung-Jakarta already.

Layout baru

Welcome to my blog. Jangan terkejut. Yeaah you're in the right blog. 

Aku ini asyik tukar layout blog je. Tak ingat dah berapa kali aku tukar layout sepanjang aku berkecimpung dengan dunia blog. Kalau rasa dah bosan dengan layout blog, mulalah gatal nak tukar baru. Sengaja nak beri nafas baru kepada blog aku. Cewaaah!

Harap terus sudi membaca blog aku ya. 

p/s: what do you think?

Friday, June 18, 2010

Bandung-Jakarta Day 4

Hari ini mula perjalanan ke Jakarta. Sebelum bertolak ke Jakarta, singgah sekejap di Kartika Sari. Kedai Kartika Sari terkenal dengan jualan pelbagai kuih. Memang menjadi kebiasaan orang ke Bandung, tak akan lepaskan peluang untuk membelinya sebab kedai Kartika Sari cuma ada di Bandung sahaja. Jangan lupa membeli kuih yang terkenal iaitu pisang molen. Kuih pastri yang dalamnya ada pisang dan cheese. Sedap! Selain daripada membeli pisang molen, aku juga beli cheese roll dan kerepek pisang salai. 


Kedai Kartika Sari yang sangat terkenal di Bandung.

Macam-macam kuih ada. Pilih sahaja. 

Perjalanan dari Bandung ke Jakarta mengambil masa dalam 3 jam. Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami ke Jakarta berjalan dengan lancar. Kebetulan masa kami ke Jakarta, orang Jakarta memang ke Bandung so jalan tak sesak sebab berlawanan arah. 

Next destination untuk shopping. 


Sampai di Jakarta, lokasi pertama adalah Tanah Abang. Tanah Abang lebih kurang macam Pasar Baru di Bandung tapi lagi besar. Tak salah aku ada 9 tingkat kedai dan beberapa tingkat lagi untuk parking. Besar kan? Masa kami sampai, dalam pukul 11 lebih jadi kami makan dulu. Lapar beb! Biar isi minyak dulu baru dapat jalan. Betul tak? 

Sup seafood

Sup tomyam tulang ikan

Lepas makan, kami teruskan buruan kami apa lagi kalau bukan kain ela. Hehehe..aku yang tak plan nak beli boleh terbeli sepasang kain. Tak lupa juga, aku beli tudung bawal plain. Harga sangat murah cuma Rp10,000 (RM3.70) sehelai. Apa lagi, aku terus borong 20 helai dengan pelbagai warna. Amik kau! 

Kawan-kawan aku yang lain masih teruskan buruan beli baju dan kain untuk dibawa pulang. Duit aku dah tinggal sikit so tak dapat nak buat apa-apa. 

Kalau nak dibandingkan Pasar Baru dengan Tanah Abang, aku lebih selesa pergi ke Pasar Baru sebab lebih luas taklah sempit macam Tanah Abang. Bayangkan..masa aku di Tanah Abang asyik berlaga bontot je bila orang nak lalu. Itu belum lagi keadaan panas dan penuh sesak. 

Pukul 4.30 petang keluar dari Tanah Abang dan terus check in di Hotel Alia Cikini. Rate satu malam cuma Rp345,000 (RM127). Tinggal di Hotel Alia Cikini taklah selesa macam di Rumah Ebo. Apa yang dapat aku sampaikan, cukuplah sekadar untuk lepaskan tidur dan mandi sahaja. 


Nama hotel yang kami tinggal di Jakarta.


Tak ada aktiviti lain selepas check in. Masing-masing masih penat lagi berjalan jauh dari Bandung ke Jakarta. 


p/s: sambung lagi aktiviti seterusnya di Jakarta. 

Bandung-Jakarta Day 3

Selepas makan pagi di Rumah Ebo, terus ke Pasar Baru, syurga kepada kaki shopping. Sebut apa sahaja, semuanya ada. Aku memang berhajat nak beli kain untuk raya dan telekung. Dinasihatkan untuk datang awal sebab Pasar Baru tutup awal dalam pukul  5 petang. Kalau datang awal, boleh borong banyak-banyak! Hehehe...


Muka yang penuh semangat untuk memborong. 


Pemandangan bandar Bandung dari Pasar Baru. 

Tak banyak bangunan tinggi di Bandung.

Pasar Baru mempunyai 7 tingkat dan kalau nak cari sesuatu memang senang sebab setiap tingkat cuma ada 1 jenis sahaja. Contohnya tingkat 2 untuk kain ela dan tingkat 1 untuk telekung. Kalau rasa lapar, boleh sahaja singgah di tingkat 7 ada food court yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. 

Mari pilih kain. 

Punyalah cepat masa berlalu sampai tak sedar dah 5 jam berada di Pasar Baru. Bayangkan sampai pukul 9.30 pagi, pukul 2 petang baru keluar. Itupun rasanya tak cukup lagi nak beli. Kalau ikutkan hati aku nak borong lagi. Di Pasar Baru sahaja, aku dah belanja dekat Rp2 juta. Bila dah belanja macam tu, baru teringat Jakarta tak sampai lagi tapi duit nak habis. Padan muka! 

Lepas memborong di Pasar Baru, ke Toko Tiga yang terkenal dengan barangan jeans. Kat sini aku tak beli apa-apa. Sekadar tengok kawan-kawan aku sibuk membeli belah. 
Posing je..tak beli apa-apa. 

Seluar jeans pun ada. 

Next location, ke Factory Outlets di Jalan Riau seperti Heritage, Summit, Stamp dan banyak lagi. Rasanya tak lama kat sini sebab masing-masing dah penat dan lapar. Aku cuma beli baju untuk anak saudara aku sahaja. 


Antara Factory Outlets yang ada di Jalan Riau. 

Mana Pak Taufiq ni? Rasa tak larat nak jalan ni. 

Bila sampai di Rumah Ebo, masing-masing tunjuk hasil tangkapan. Inilah hasilnya. Lumayan tak???

Hasil tangkapan yang sangat lumayan. Amik kau!

p/s: esok ke Jakarta pula. 

Thursday, June 17, 2010

Bandung-Jakarta Day 2

Sepanjang berada di Bandung, aku tinggal di Rumah Ebo. Suasananya sangat aman dan damai seperti tinggal di rumah sendiri. Kalau nak booked kat Rumah Ebo, kena cepat-cepat sebab bilik yang ada sangat terhad. Nasib baik aku dah booked awal-awal dari tahun lepas lagi. 

Ratenya pun taklah mahal mana. Cuma Rp264,000 (RM 97) untuk hari biasa dan Rp345,000 (RM127) untuk hujung minggu. 

Pemandangan depan bilik.

Ada taman di tengah-tengah rumah. 

Siap ada kolam ikan. 

Depan Rumah Ebo. 

Aktiviti seterusnya, ke Tangkuban Parahu. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam lebih kurang 1 jam dari hotel. 

Mengikut sejarah, Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengenakan syarat kepada Sangkuriang untuk  membuat perahu dalam semalam. Usahanya gagal, Sangkuriang sangat marah dan menendang perahu itu, sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.






Dengar cerita, di Tangkuban Parahu ini mempunyai gunung berapi yang masih aktif. Masa sampai sana, bau sulfur sangat kuat. 

Satu pesanan masa sampai di sana, terdapat ramai orang jual barang yang datang memujuk kita untuk membeli barang. Kalau tak berminat, beritahu sahaja yang kita tak berminat. Kalau mereka masih mendesak, tinggalkan mereka. 

Next destination, ke Ciater Hot Spring Water. Ada banyak kolam air panas dan kalau ada kesempatan boleh mandi di sana. Amat sesuai untuk legakan badan lenguh. 





Makan tengah hari di Kampung Daun memberi 1 pengalaman yang sangat indah. Dahlah tempatnya cantik dan makanan yang dihidangkan sangat sedap. Kalau dah habis makan, siap boleh baring-baring lagi tu. Hehehe..




Lepas makan di Kampung Daun, singgah sebentar di Ladang Strawberi. Kalau nak petik sendiri buah strawberi, kena bayar Rp20,000 (RM7.30). Dengan bayaran tersebut, dapat petik 10 biji plus 1 gelas jus strawberi. Aku tak nak petik cuma nak ambil gambar sahaja so kena bayar Rp15,000 (RM5.50) dan dapatlah aku 1 gelas jus strawberi. 




Tempat seterusnya ke Factory Outlets di Jalan Setiabudi. Aku pun tak berapa pasti berapa jam kita orang di sana. Sedar-sedar sahaja, hari dah gelap. Aku cuma beli wallet yang dah lama aku cari. Kawan-kawan aku yang lain, memang shopping gila sampai penuh tangan. 

Makan malam di Restoran masakan padang. Tak berapa ingat apa nama kedai tapi yang best masa makanan dihidangkan tak pakai dulang. Semua pinggan letak di tangan. Hebat kan? Memang menjadi kebiasaan makan masakan padang, lauk memang banyak dihidangkan tapi bayaran akan dikenakan mana yang kita ambil sahaja. Jadi jangan terkejut, kalau tiba-tiba banyak makanan dihidangkan. Bukan semuanya kita kena habiskan ya. 


Deretan makanan terhidang, pilih sahaja mana yang suka. 

p/s: sambung lagi aktiviti seterusnya pada hari ketiga. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails