Alhamdulillah aku dah selesai ganti puasa. Untuk meraikannya, buka puasa di Kenny Rogers Alamanda, Putrajaya. Mula-mula plan nak makan di Nando's tapi entah macamana boleh tukar plan nak makan di Kenny Rogers. Komen aku? Kalau ayam, aku suka Nando's lagi tapi kalau side dish, aku suka Kenny Rogers.
Mahu Nando's?
Kenny Rogers pun sedap juga.
Bagi aku, aku bukanlah penggemar makan ayam yang fanatik. Kalau ada pilihan lain, aku boleh je layan. Lately, aku dok layan nasi arab pula. Di Cyberjaya ada kedai nasi arab yang sangat terkenal iaitu Restoran Saba'. Sedap beb!
Tadi jalan-jalan di Alamanda ada kedai makanan arab, Sahara Tent. Yang ini belum cuba lagi tapi kawan-kawan yang pernah cuba makan, komen mereka memang sedap tapi sedikit mahal. Insyaallah, bila ada rezeki aku nak cuba sekali dan aku akan bagi komen. Tunggu ya!
p/s: nak cuba makanan apa lagi ya?
kat belah mana Sahara Tent tuh??
ReplyDeletedekat area luar. yg kat tasik.
ReplyDelete