Esok bermula puasa pada bulan Ramadhan. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga amalan kita akan diberkati.
Tak lupa juga aku ingin memohon maaf kepada semua sekiranya ada salah dan silap serta terkasar bahasa. Sesungguhnya aku ini cuma insan biasa yang tak lari daripada melakukan kesalahan. Alamak macam nak beri ucap selamat pula aku ni. Hehehe..
Ingat ya..esok puasa. Jangan ada yang puasa yang yok...pagi-pagi buka periuk. Satu lagi, alasan yang tak boleh diterima langsung iaitu alasan terlupa. Terlupa sangat sampai tak sedar dah bantai makan 2 pinggan nasi lemak. Yeaah..you're right!
p/s: suka dengar pengumuman daripada mohor besar
No comments:
Post a Comment