Ok seperti yang dijanji semalam, aku akan berkongsi cerita trip ke Batu Pahat baru-baru ini. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Bandar Baru Bangi ke Batu Pahat. Misi ke Batu Pahat adalah untuk jalan-jalan cari makan yang masyhur di sana.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan ke Batu Pahat berjalan dengan lancar. Macam tak percaya aku boleh bawa kereta jauh. Kalau tak cuma bawa kereta dari rumah ke opis. Boleh katakan aku telah mencipta sejarah sendiri. Yeaaah!
Sampai di Batu Pahat, kami bermalam di Hotel Pelican yang menawarkan harga RM128 untuk semalam termasuk breakfast untuk 3 orang.
Hotel Pelican.
Kami mengambil bilik Grand Deluxe. Ada 1 katil queen dan 1 katil single.
Pemandangan dari bilik.
Pekan Batu Pahat lagi.
Masa sampai di Batu Pahat, memang tengah lapar. Apa lagi, terus cari tempat makan dan Chika telah bawa kami makan di Nasi Beriani Mat Shah yang terletak berdekatan dengan hotel kami. Perut tengah lapar dan makan pun sedap, memang makan tak pandang kiri kanan langsung.
Lepas makan, Chika bawa jalan-jalan sekitar pekan Batu Pahat.
Monumen di Batu Pahat.
Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Tak lupa juga bawa kami merasa cendol yang sangat terkenal di Batu Pahat. Katanya rasa cendol di kedai ini tak berubah semenjak 60 tahun yang lalu. Hebat kan?
Tuan punya kedai cendol.
Cendol yang enak.
Lepas asar, aktiviti jalan-jalan cari makan seterusnya ke Sate Jeng Kuan. Sebelum ini aku cuma merasa sate Samuri tapi bila aku makan sate Jeng Kuan, aku rasa sate Jeng Kuan lagi sedap. Dahlah murah cuma 40 sen secucuk dan rempah dan rencah sate memang betul-betul rasa.
Gerai sate.
Pilih sahaja nak makan sate apa tapi aku suka makan sate daging.
Sate dengan ketupat, kombinasi yang best.
Selesai makan sate Jeng Kuan, tempat seterusnya ke Danga Bay, Johor Bahru. Jauh juga nak ke sana. Dari Batu Pahat ke Johor Bahru mengambil masa dalam 1 jam lebih. Apa yang ada di Danga Bay? Macam-macam ada.
Ada funfair.
Mini Zoo.
Keretapi pun ada.
Lama tak main tikam-tikam. Kena beli token baru boleh main.
Ada kapal.
Lepas jalan-jalan di Danga Bay, aktiviti makan lagi. Hehehe..kalau stay sana lama-lama mahu, makin bulat aku dibuatnya. Aku tak pasti apa nama tempat makan tu tapi tempatnya berdekatan dengan Menara Jam. Menu kami adalah:
Siput masak lada.
Sotong goreng tepung.
Air lai chee kang.
Tauhu bakar.
Ada banyak lagi sebenarnya tapi aku tak sempat nak ambil gambar. Terlalu kusyuk menikmati hidanganlah katakan. Hehehe.
Lepas makan, terus balik ke Batu Pahat. Aktiviti seterusnya? Sudah kenyang, tidurlah jawabnya.
Pada hari esoknya, lepas check out dari hotel, singgah sekejap beli murtabak di Restoran Noor. Yang istimewa pasal murtabak ini, dalam murtabak ada murtabak. Satu lagi makanan yang terkenal di Batu Pahat.
Inilah tempat murtabak yang terkenal itu.
Steady je abang ni masak murtabak.
Harga ikut saiz.
Yang ini saiz besar, RM10 sekeping.
Tak lupa juga singgah beli kerepek. Pilih sahaja kerepek apa yang mahu.
Mari kakak, beli kerepek.
Sekejaplah, aku nak pilih kerepek ni.
Sebelum meneruskan perjalanan balik, singgah sekejap di Ayer Hitam, tempat membeli-belah pasu atau barang-barang perkahwinan. Aku tak beli apa-apa sekadar untuk mencuci mata sahaja.
Trip ke Batu Pahat, memang best. Makan sedap dan murah. Insyaallah kalau ada rezeki, nak ke sana lagi tapi bila ya?
p/s: masih terasa lagi keenakan sate Jeng Kuan.