Wednesday, June 15, 2011

Dah jumpa akhirnya

Setelah sekian lama aku mencari kamera yang sesuai, akhirnya aku berjaya mendapatkannya hari ini. Adik aku dah bising..mana kamera barunya? Berapa lama lagi nak beli? 

Masa lunch tadi, aku tekad. Nak tahu kamera jenis apa aku beli? Ok..kamera ini bukanlah di dalam senarai kamera yang aku cari. Setelah diberi penerangan oleh jurujual kamera dan sambil-sambil aku google mencari maklumat, aku telah bersetuju untuk membeli kamera Canon G12


Pandangan depan. 

Pandangan belakang. 

Boleh ambil gambar dari depan. 

Harganya boleh tahan juga nak bayar. Nasib baik ada bayaran ansuran 0% faedah..jadinya tiap-tiap bulan bayar dalam RM180++ selama 12 bulan. Gulp..kena ikat perut nampak gayanya. 

Tadi dah cuba ambil gambar dengan kamera baru ini dan so far so good. Hehehe...Ada plan nak ke jalan-jalan makan angin dalam masa terdekat.  Bolehlah aku cuba ambil gambar nanti. 

Ke mana aku nak pergi? Hmmm...nanti aku akan update blog aku. Tak rancang sebenarnya nak ke sana tapi setakat ini semua berjalan dengan lancar. Jalan-jalan dekat sini je. Trip ke Kota Kinabalu masih diteruskan lagi dan masih belum ada apa-apa perubahan. 

p/s: mana tau lain kali boleh beli SLR kan?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails