Tuesday, February 9, 2010

Aktiviti baru

Seronok juga buat aktiviti jalan-jalan lepas kerja. Kisahnya petang tadi kawan opis ajak jalan-jalan tepi tasik. Tasik tu pun bukannya jauh dari opis. Kalau naik kereta, boleh sampai dalam 5 minit. Mula-mula aku tak nak ikut sebab aku tak bawa baju dan kasut sukan. Setelah dipujuk, aku pun ikutlah.


Aku jalan-jalan pakai baju kurung dengan sandal. Jangan tak tau you! Nasib baik hari ini aku tak pakai high heels. Kalau tak, mau penat kaki. Jalan-jalan tadi pun tak habis jalan 1 pusingan kat tasik. Tasik tu besar gila beb. Manalah akak nak larat jalan. Faham-faham je lah aku ni dah tak muda lagi. Hehehe... Slow-slow dulu. Bila dah ok, baru boleh jalan-jalan 1 pusingan tasik. Betul tak?


Pemandangan kat tasik memang cantik. Sambil jalan, boleh menikmati keindahan alam semulajadi. Manalah tau, boleh cuci mata sekali! Nakal! 

Aktiviti masuk gym baru je mula minggu lepas. Untuk pengetahuan semua, kat opis aku ada disediakan gym untuk staf. Bayangkan aku dah kerja 3 tahun, baru inilah aku berjinak-jinak nak join gym. Malunya!!!

Hari pertama aku masuk gym, tak tau nak guna yang mana satu dulu. As a beginner (rasanya bukan beginner lagi tapi lower than beginner sebab aku dah lama tak exercise!!), dimulakan dengan 20-30 minit jalan atas threadmill. Harap aku tak jadi macam dalam video bawah ini. Hehehe..



 p/s: hidup cergas dengan badan yang sihat

Monday, February 8, 2010

Group assignment part 2

Geramnya aku dengan mamat poyo ni. Suka hati je dia cakap aku ok bila mamat ni nak join kumpulan aku.

Hello!! Bukan itu maksud aku tau. Aku beritahu dia refer kat ahli kumpulan yang lain dulu baru aku boleh buat keputusan.

Aku tau kes ini pun sebab kawan aku yang forwardkan sms mamat poyo. Inilah sms yang dia bagi. 

assalamualaikum kepada encik xxx. saya dapat nombor anda semua daripada mazuriah. saya tak attend kelas marketing 2 hari ni sebab ingat nak drop the subject ni tapi baru pagi ini saya register. by then dah fixed 4 group assignment dan 2 group 5 student. since saya dah tertinggal dari grouping, saya nak minta kebenaran tuan-tuan (mazuriah said no problem). bolehkah saya masuk group anda memandangkan you ada 4 orang. kalau semua setuju harap sms ok. kalau tidak, no problem, saya tak kecil hati bukan salah tuan. saya akan menumpang kasih dengan group lain pulak. sekian.

Sebenarnya aku ada alasan kukuh tak nak terima dia. Lecturer ada beritahu dalam kelas kami ada 5 kumpulan yang terdiri 2 kumpulan mempunyai 5 ahli dan 3 kumpulan mempunyai 4 ahli. Disebabkan kumpulan yang ada 5 ahli dah cukup (ada 2 kumpulan), tak perlulah nak masuk kumpulan aku (kumpulan aku ada 4 ahli). Kalau nak masuk kumpulan aku, maknanya ada kumpulan cuma ada 3 ahli. Tak adil lah pembahagian ahli kumpulan macam tu. Carilah kumpulan lain yang tak cukup ahli.

Ish mamat ni. Kalau tak sabar, aku nak je lempang muka dia. Kenapalah kau tak faham lagi? Nak kata tak pandai, sekarang ni ambil MBA.

p/s: sama-sama buat kerja ok

Group assignment

Semalam dah mula semester baru. Bad news aku masih belum dapat lagi result exam. Hmm..nampak gaya kena tunggu lagi sampai diberitahu. Bila tanya kat lecturer, lecturer pula tak berani nak reveal . Cuba cungkil lagi manalah tau boleh tau sikit-sikit. Lecturer ni memang kebal betul. Ramai dok merayu banyak kali tapi dia tetap tak nak beritahu juga. Hai...bertambahlah aku risau. Lastly lecturer bertahu juga tapi itu pun sekadar beritahu yang kita orang semua ok.

OK? What do you mean by OK? Semua pass? Rata-rata classmate aku masih tak puas hati lagi termasuklah aku. Memang betul..penantian itu satu penyeksaan.

Semester kali ni sabjek yang kena ambil adalah:
1. Marketing Management
2. Corporate Finance

So far, sabjek marketing aku boleh faham sebab pernah ambil masa Diploma dulu. Just refresh my memory back. Kepada classmate aku yang technical background seperti engineering (Mr. X pun engineering background), kena extra work sikit. Nasib baiklah lecturer kali ini, memang best. Cakap pun memang sempoi!

Seperti biasa..awal-awal lagi dah assign buat assignment. Tak dapat nak sama-sama dengan Mr. X lagi. Hai..nak buat macamana, tak ada rezeki lah nampaknya. Sabar lah ya.

Anyway, kali ini aku nak cerita pasal seorang classmate aku. Rasa dulu aku pernah cerita sikit pasal dia. Cuba ingat balik..mamat ala ala poyo ni. Assignment kali ini, aku dah ada kumpulan sebenarnya tapi mamat ni nak juga sama-sama 1 kumpulan dengan aku.

Mengikut pengalaman last semester, aku terpaksa 1 kumpulan dengan dia sebab masa tu aku tak dapat hadir kelas (aku ke Kuching masa tu). Jadi dia dah pilih aku untuk masuk kumpulan dia masa tu.

Aku rasa aku tak selesa bekerja dengan dia. Bukan aku nak cakap dia tak buat kerja tapi aku tak boleh. Ish macamana ya?

Bila dia beritahu aku yang dia nak sama-sama 1 kumpulan dengan aku, aku tak berani nak cakap NO. Terpaksalah aku pakai ayat sopan santun, "saya tak berani nak cakap boleh atau tidak. baik awak tanya ahli kumpulan saya yang lain. kalau dia kata ok, saya ok. kalau tak, saya nak buat macamana. betul tak?"

Lepas tu, aku terus call kawan 1 kumpulan aku dan beritahu jangan terima mamat ni masuk kumpulan aku. Alasan?  Aku tak nak dia masuk kumpulan aku. Lagipun aku dah sama-sama dengan kumpulan sedia ada semenjak semester 1. Aku tahu apa kelebihan dan kekurangan yang ada dalam kumpulan ini.

Salah ke tindakan aku? What do you think?

p/s: harap semunya ok

Friday, February 5, 2010

Relax ok

Agak lama aku tak update blog aku. Untuk pengetahuan semua, keadaan aku kat sini ok. 

Sedih? Tipulah kalau aku cakap tak sedih. Kalau dikenang kembali, mau menitik mata aku ni. Jalan terbaik, sedekahkan al-Fatihah dan moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman. Allah lebih sayang kan arwah wan. Masa dia meninggal dunia pun memang senang. Alhamdulillah segala urusan dari mula berjalan dengan lancar. 

Sekarang ni, kerja kat opis bukan main banyak lagi. Semua kerja nak kena buat sampaikan aku tak tau nak buat yang mana dulu. Nak siapkan report lah, Blue Ocean Strategy presentation, conference dan banyak lagi. On top of that, kelas aku dah nak mula esok. Arrgghh tension pula rasanya. 

Dahlah result exam tak dapat lagi. Katanya hari ini nak keluar tapi tadi aku call ATC, dia orang pun tak dapat lagi. Hmm...macamana ni? Risau aku dibuatnya. Harap sangat semua paper last semester lepas. 

Rasa macam nak ambil cuti. Nasib baik cuti aku 17 Februari dah approved. Yes!! Ikutkan aku cuti 5 hari termasuk Sabtu, Ahad dan CNY. Kira oklah tu. Tak pasti lagi apa nak buat cuti lama-lama ni. Selalunya apa yang aku plan awal-awal, semua tak jadi. Contoh terbaik, plan bercuti tahun lepas ke Melaka sampai sekarang tak buat lagi. Hahaha! 

Adakah plan ke Melaka akan menjadi kenyataan?

So tunggggguuuu ok! Aku akan update aktiviti cuti aku nanti. 

p/s: i need a break  

Wednesday, February 3, 2010

Wan

Tiada lagi aku dapat mendengar suaranya
Tiada lagi aku dapat melihat wajahnya
Dia sudah tiada lagi di dunia ini
Kerana Allah lebih sayangkan dia

Itulah yang berlaku petang semalam bila aku dapat sms daripada makcik aku. Wan sebelah arwah mak aku kat Negeri Sembilan meninggal dunia.

"Wan baru meninggal dunia pukul 5.30 petang. Balik segera"

Ya Allah. Tak dapat aku gambarkan bila aku dapat tahu Wan meninggal dunia. Tak salah aku, Wan tak pernah sakit teruk. Kalau sakit pun sekadar sakit lutut.

Untuk kepastian aku tanya balik makcik aku macamana Wan meninggal. Makcik aku beritahu:

"Wan demam dah 5 hari. Kejap ok kejap demam balik. Tadi Wan sakit dada. Beberapa minit lepas tu, Wan meninggal."

Siapa sangka ajal Wan dah tiba. Tiada siapa boleh tentukan ajalnya kerana ini semua ketentuan Allah.

Ya aku tahu, aku cucu yang degil dan nakal. Walaupun aku tak selalu sependapat dengan Wan, aku tau apa yang Wan ingin sampaikan ada sebabnya.

Wan selalu berpesan, "jangan solat lambat-lambat" walaupun aku tahu tak elok tangguhkan solat bila masuk waktu.

Wan selalu bercerita zaman mudanya yang hidupnya susah terutamanya masa zaman Jepun datang ke Tanah Melayu. Ingatan Wan masih kuat sebab Wan masih ingat lagi Bahasa Jepun yang pernah dia belajar dulu.

Perkara yang tak mungkin aku lupakan ialah rendang ayam Wan yang selalu menjadi rebutan bila tiba hari raya. Tak ada siapa boleh lawan rendang ayam Wan walaupun cuba buat banyak kali. Rasanya memang tak sama macam Wan buat. Wan tak akan lupa tinggalkan sedikit untuk anak dan cucunya yang belum sampai. Selalu juga aku ditegur sebab ambil sorok-sorok rendang ayam Wan. "Tinggal sikit untuk orang lain. Orang lain pun nak makan juga."

Wan memang tak pernah duduk diam kalau datang ke rumah aku. Ada sahaja yang hendak dibuat, sapu sampah, lipat baju dan mencuci pinggan mangkuk. Dah banyak kali aku pesan jangan buat apa-apa tapi Wan masih nak buat juga.

Kini Wan telah tiada. Wan telah pergi buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman.

p/s: al fatihah untuk Wan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails