Wednesday, May 25, 2016

My Stupid Boss


Dah tengok cerita My Stupid Boss? Ia merupakan cerita kehidupan seharian yang normal dan biasa kita hadapi tapi tak sangka boleh jadi cerita kelakar.

5 sebab anda mesti menonton cerita ini: 
  1. Sejahat-jahat boss, mesti ada soft side. 
  2. Kalau nak lawan boss, kena pakai mental. Tak guna kita lawan dengan cara tolak boss dari bangunan atau mengenakan kejutan elektrik. 
  3. Perangai boss memang susah nak ubah. Jadi bertabahlah untuk menghadapinya. 
  4. Terima hakikat yang apa-apa yang terjadi, dia tetap boss kita. 
  5. Bunga Citra Lestari sangat comel terutama sekali masa dia marah. 
p/s: aku gelak besar tengok cerita ini. 

Wednesday, May 11, 2016

Surabaya-Yogyakarta (part 5)

Lamanya nak habiskan cerita trip Surabaya-Yogyakarta ni. Bersabarlah wahai kawan-kawan ya. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Selepas balik dari India, aku kena demam, batuk dan selsema tak berhenti-henti. Mahu dekat 2-3 minggu sakit. Alhamdulillah hari ini aku rasa aku dah ok jadi dapatlah aku nak update cerita Surabaya-Yogyakarta kali ini. Yeaah! 

Berbalik semula trip ke Yogyakarta, Pak Akbar dah pesan bawa baju lebih sebab ada aktiviti air. Rasa-rasa tahu tak apa yang kami nak buat ni? Haaa..tunggu dulu. 

Memandangkan hari sebelumnya aku tak sempat nak makan pagi di hotel, bila ada peluang macam ni, aku mengambil kesempatan sebaik-baiknya. Memang best, apa taknya kami dihidangkan makanan tempatan dan antarabangsa yang sedap. Siap ada kaunter khas lagi bagi menghidangkan makanan tempatan. 


Pelbagai makanan tempatan yang dihidangkan. Jamu pun ada. 

Bila nampak jamu, aku terus cabar JM untuk mencuba konon nak buat ala-ala fear factor lebih kurang. Jangan tak tahu, rahsia kesihatan dan kecantikan orang Indonesia adalah minum jamu. Bagi ganteng dan sihat tubuh badan.

Rasanya pahit dan aku berjaya habiskan 1 gelas. Bangga weh. 

Makan pun sudah, tunggu Pak Akbar di lobi dan aktiviti seterusnya adalah Caving Tubing Goa Pindul. Ini merupakan pengalaman pertama bagi aku dan sudah pasti aku sangat bersemangat dan suka untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Kepada yang tak pandai berenang macam aku, jangan takut. Sepanjang aktiviti yang dilakukan adalah selamat dan ok. 

Di sini aku ambil 2 aktiviti iaitu caving tubing dan river tubing. Selesai bayaran masuk, kami diminta untuk tukar kasut yang lebih sesuai dipakai untuk masuk sungai dan pelampung. Sepanjang perjalanan memang akan ditemani oleh guide dan sambil menikmati keindahan alam, sempat juga guide cerita apa yang menarik di sana. Kebetulan masa kami sampai, tak ramai orang jadi tak perlulah nak bersesak-sesak. Tenang rasanya. 

Masa kami jelajah gua, terdapat 3 zon iaitu zon terang, kurang gelap dan gelap. Setiap zon tersebut ada tahap dalamnya sekitar 5-12 meter. Jadi setiap kali masuk zon, guide akan beritahu kita dalam zon apa dan tahap dalam berapa. Kami berada dalam gua lebih kurang 30-40 minit sebab gua itu memang panjang. 

Lepas jelajah gua, jalan sedikit untuk aktiviti river tubing pula. Aku suka sangat masa ini sebab merentasi sungai dengan pelampung. Cantiknya keadaan masa itu tak dapat aku nak gambarkan. Mengikut kata guide, tak ramai orang Malaysia yang datang ke situ. Kalau dalam sebulan ada dalam sekali dua kali orang Malaysia yang datang. Ha..apa lagi? Bila datang ke Yogyakarta, jangan lupa singgah ke sini. Sempat lagi aku buat promosi. Hehehe...

Menikmati keindahan alam dengan pelampung. 

Bila nak sampai ke penghujung sungai dan nak turun, entah macamana aku boleh terjatuh masuk sungai. JM yang asal nak tolong aku pun boleh jatuh juga. Kebetulan pula, kamera aku ada dengan JM. Masing-masing terus terkejut bila tengok kamera jatuh masuk sungai. Apa lagi, cepat-cepat JM angkat kamera dan berkali-kali minta maaf dengan aku. Perkara dah berlaku, apa lagi yang boleh aku buat. Rilekslah JM. Sebenarnya ini adalah alasan terbaik untuk cari kamera baru. Nak menangis pun tiada gunanya. 

Selesai aktiviti river tubing, kami berehat sebentar sementara tunggu kenderaan datang untuk membawa kami pulang. Aku pula tengok keadaan kamera aku manalah tahu kalau dengan harapan boleh berfungsi kembali. Sayang betul, banyak gambar dalam kamera. 

Bila aku balik ke Malaysia, ingatkan bolehlah nak pindah gambar dalam komputer tapi sayang hampir 80% gambar tersebut tak dapat diselamatkan. Itu adalah sebabnya trip kali ini tak banyak gambar yang dapat aku kongsi dalam blog. Gambar yang ada pun adalah daripada handphone aku dan sedikit gambar daripada JM. Uwaaaa!!! 

Destinasi seterusnya adalah ke Timang Beach. Jauh juga nak ke sana dengan ditambah jalan yang tidak rata dan bengkang-bengkok. Mahu pening kepala aku dibuatnya. Sepanjang jalan, ada banyak gerai yang menjual belalang goreng. Pak Akbar tanya kami kalau ada sesiapa yang ingin mencuba makan belalang goreng. 

Aku bab makan benda pelik-pelik ni memang suka. Ini membawa kepada aktiviti fear factor yang kedua, makan belalang goreng. Pak Akbar beritahu belalang goreng ini ada rasa masin, manis dan pedas tapi masa aku beli, dapat belalang goreng masin. 

Belalang goreng masin. 

Dengan harga Rp5,000 sebungkus ada 5 ekor belalang goreng, dapatlah kami berkongsi rasa untuk 3 orang. Rasanya? Bagi aku belalang goreng ini rasa macam udang kering. JM sempat rasa sikit je sebab tak sanggup. Aku dan Pak Akbar yang habiskan semua akhirnya. 

Sampai di Timang Beach, aku terpaku melihat keindahan pantainya dengan bunyi deruman ombak yang memukul. Perrghh, best layan dan bole pula tiba-tiba sahaja pening kepala aku hilang. Mari aku kongsi sedikit gambarnya. 




Kalau ada sesiapa yang perasan, nampak tak ada gandola kecil? Gandola kecil ini akan membawa ke pulau kecil yang ada depan pantai. Aku tak ingat berapa bayaran yang dikenakan tapi kalau aku diberi peluang, aku tak nak naik. Muat ke gandola tu nak bawa aku nanti? Kebetulan masa kami sampai ombak pantai kuat jadi tak digalakkan untuk menaiki gandola tersebut. Bahaya!

Tak lama pun kami ada di situ memandangkan hari menghampiri petang dan adalah lebih baik kami siap sedia pulang. Sebelum sampai ke hotel, singgah sebentar di Alun Alun. Di sini terdapat beca-beca yang dihiasi lampu dan kalau nak cuba naik, bolehlah cuba tapi ada dikenakan bayarannya. Aku tak naik beca itu tapi sebenarnya ada tujuan lain. 

Beca yang dihiasi lampu. 

Di Alun Alun juga terdapat 2 pokok besar dan sesiapa yang dapat jalan tengah-tengah melalui di antara pokok tersebut dengan tutup mata, katanya segala kemahuan akan dimakbulkan. 

Lagenda pokok Alun Alun. (ehsan google) 

Nampak tak jarak pokok tu? Jauh kan? Nampak senang je tapi 3 kali aku cuba, mesti akan melencong ke kanan dan bila masuk ke 4 baru berjaya dapat jalan tengah-tengah di antara pokok. JM cuba 3 kali baru dapat. Kalau tak, semua melencong ke kiri. 

Pak Akbar beritahu masa kita jalan, kita kena yakin. Jangan ada rasa curiga atau ragu-ragu. Kalau sedetik ada perasaan curiga atau ragu-ragu, mulalah ia akan jalan melencong. Kesimpulannya, apa yang ingin kita lakukan hendaklah yakin barulah berjaya. 

Sebelum pulang ke hotel, Pak Akbar sempat bawa kami jalan-jalan sekitar Yogyakarta. Sempatlah kami bergambar bersama-sama buat kenangan.  

Say cheese! Pak Akbar, JM and me!

p/s: bersambung lagi. hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia. 

Saturday, April 23, 2016

India - teaser

Baru balik dari India pagi tadi dan tataplah gambar ini dahulu (masih panas-panas lagi. hehehe). Ada kelapangan nanti, aku akan cerita perjalanan aku ke India. 



  
  



Cepat siapa tahu siapa sebelah aku. 

p/s: meera jaan India

Friday, April 8, 2016

Sesi memanah di Putrajaya

Baru-baru ini ada berita mengenai memanah di Putrajaya dalam Berita Harian online. Cuba tengok betul-betul ada terselit gambar aku di situ. Kalau rajin boleh klik di sini




Sebenarnya aku baru je berjinak-jinak masuk aktiviti memanah pada bulan Mac yang lalu. Masih banyak lagi yang perlu aku belajar. Kata nak jadi Legolas tapi kalau tiap kali aku nak memanah, banyak yang lari dari sasaran. Macamana ni? 

Apa kata cuba masuk aktiviti memanah lagipun ini adalah sebahagian sunnah Nabi.  

p/s: jangan kena panahan cinta sudah. 

Wednesday, April 6, 2016

Surabaya-Yogyakarta (part 4)

Awal-awal lagi Pak Akbar dah pesan kepada JM yang trip kali ni bergerak pukul 6.30 pagi. Alamak awalnya. Tak sempat nak makan pagi di hotel. Rugilah..dah bayar tapi tak dapat makan. Oh ya, sepanjang berada di Yogyakarta kami ditemani oleh Pak Akbar yang peramah dan kelakar orangnya. Bukan itu sahaja, memang rajin melayan kerenah aku dengan JM. Nasib baiklah kau dah kahwin Pak Akbar. Kalau tak, lama dah aku ngorat kau. Hahaha!!! 

Destinasi pertama di Yogyakarta adalah ke Borobudur Temple iaitu sebuah monumen Buddha terkenal di dunia yang telah dibina pada abad kelapan. Ia merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Yogyakarta.  

Untuk pengetahuan semua ini merupakan lawatan kali kedua aku ke sana selepas tahun 2003. Kali ini aku dapat tengok banyak retakan yang berlaku di Borobudur kesan daripada gegaran gunung berapi yang meletus sekitar tahun 2010. Oleh sebab itu, masa berjalan di sekitar Borobudur hendaklah berhati-hati. Ada juga beberapa orang pegawai keselamatan yang berlegar-legar sekitar Borobudur untuk memastikan pengunjung yang datang selamat. 


Borobudur Temple. 

Masa aku sampai ke Borobudur, kebetulan ada pula rombongan pelajar sekolah. Memang penuhlah dengan mereka di sana. Nak ambil gambar pun kena ikut giliran. Yang kelakar tu, mereka ini pantang betul nampak pengunjung orang putih atau panggilan bule di Indonesia. Kalau nampak je orang putih, semua berebut nak ambil gambar bersama-sama. Mula-mula tu layan juga orang putih dengan budak-budak ni tapi bila dah ramai sangat nak ambil gambar, naik rimas pula rasanya. Sampaikan terpaksa menolak tawaran ambil gambar sama-sama. No picture ok. 

Eh, kenapa tak nak ambil gambar aku? 

Ya aku sedar aku ini siapa. Siapalah nak ambil gambar dengan aku. Apa kau perasan kau ni artis? Sudahlah...tak payahlah kau nak perasan ya. 

Bayaran masuk ke Borobudur adalah berbeza untuk pengunjung tempatan dan luar negara. Yang pasti untuk pengunjung tempatan lagi murahlah. Dulu masa kali pertama aku ke Borobudur, pernah aku tengok orang Malaysia menyamar menjadi pengunjung tempatan. Entah macamana, boleh terkantoi dan terus kena bayar ikut pengunjung luar negara dengan bayaran jauh lagi mahal. 

Aku tak ingat berapa bayarannya tapi kalau nak murah dan memang ada rancangan untuk berkunjung ke Prambanan Temple, adalah lebih baik beli tiket sekaligus dua tempat. Kalau beli asing-asing, lagi mahal. Kebetulan memang kami merancang nak ke Prambanan Temple, alang-alang beli terus. 

Ada beberapa tingkat yang perlu didaki untuk sampai ke puncak Borobudur. Banyak penat woo naik tangga. Dahlah pakai seluar longgar, asyik kena tarik dan betulkan seluar. Adakah aku sudah kurus walaupun baru beberapa hari di sana? Perasan tak sudah-sudah aku ni. 

Bila sampai di puncak Borobudur, pemandangannya sangat cantik. Rasa berbaloi dan bangga bila dah sampai. Sampaikan terasa setiap titisan peluh menitik dan mengalir di badan. Fuuh! 

Lihatlah dunia! Aku berjaya akhirnya. Kalau aku boleh, anda pasti boleh. Cewaah. 

Puas bergambar di Borobudur dan kebetulan pengunjung pun semakin ramai  yang datang, adalah lebih baik kami beredar. Dalam perjalanan keluar, kami melalui gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderamata. Nak buat macamana itulah laluan yang ada untuk sampai ke pintu keluar. Sempat juga rembat fridge magnet sedikit untuk dibawa pulang. 

Destinasi seterusnya ke Gunung Merapi. Di sini kita menyaksikan kesan letupan gunung berapi yang berlaku pada tahun 2010. Untuk sampai ke kawasan tersebut perlu menaiki jip. Jangan lupa untuk memakai topeng muka sebab kawasannya sangat berdebu. 

Ada beberapa pakej tour yang ditawarkan tapi kami memilih untuk ambil pakej yang paling singkat dan murah. Rasanya cukuplah kami dapat melawat tempat yang tertentu sahaja. Sekurang-kurangnya kami dah sampai di sana. Betul tak? 

Memang mencabar semasa menaiki jip sebab jalan yang dilalui tidak rata dan berbatu-batu. Kalau sesiapa yang mengandung, janganlah naik dan kalau sesiapa yang tak tahan dilambung-lambung naik jip boleh muntah dibuatnya. Rasanya lebih kurang macam naik roller coaster pun ada. Sepanjang aku di sana, Alhamdulillah aku ok. 


Gunung Merapi. 

Kami dibawa ke beberapa kawasan peninggalan kesan letupan gunung berapi. Semasa aku di sana aku dapat rasakan betapa sedihnya keadaan masa itu. Bayangkan kita kehilangan sahabat, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya dalam sekelip mata. Masa sampai di sana, terasa senyap sunyi sahaja. Tiba-tiba aku rasa insaf dan sedar diri sendiri. Bagaimana agaknya kalau semua ini berlaku kat aku? 

Sayang sekali, tak banyak gambar yang dapat tunjukkan. 

Ok seterusnya ke Prambanan Temple iaitu terletaknya temple hindhu besar yang dibina pada abad kesembilan. Memandangkan kami dah beli tiket masuk Prambanan Temple bersama-sama Borobudur, jadi tak perlu nak beli tiket di kaunter pembayaran. Tunjuk sahaja tiket, dah boleh masuk. 

Aku dengan JM tak lama di sini sebab masa sampai dah panas. Kebetulan aku dah penat dan keadaan berpasir dan berdebu. Tak ada apa yang menarik sangat di sana. Aku setakat nak tengok-tengok kawasan tu bolehlah tapi kalau nak menghayati kesan sejarah temple itu bukan aku. Memandangkan dah beli tiket untuk kedua-dua tempat, kami pergilah. Kalau aku diberi pilihan, dapat pergi Borobudur pun dah ok.  

Sebelum pulang ke hotel, aku pesan kepada Pak Akbar untuk singgah ATM Cimb Bank. Nak buat macamana, duit belanja tak cukup. Lari bajetlah. Nasib baik ada ATM Cimb Bank. Yang bagusnya bila keluar duit di ATM kadar tukaran wang adalah lagi tinggi berbanding tukar duit di Malaysia. Boleh dapat duit rupiah lebih sikit. 

Sebelum ke luar negara, aktifkan kad atm terlebih dahulu melalui website Cimb Click. Di situ ada arahan dan cara-cara untuk aktifkan kad atm di luar negara yang mempunyai Cimb Bank. Senang bukan? 

Sebelah malam, sempat lagi cari tshirt dan cenderamata di Jalan Malioboro yang terlatak dekat dengan hotel. Jalan kaki sahaja dah sampai. Jalan Malioboro memang panjang dan sepanjang jalan tu penuh dengan kedai yang menjual pelbagai barang. Apa lagi pilih sahaja mana yang berkenan. Jangan lupa sediakan wangnya sekali. 

Balik ke hotel, tidurlah. Sambung lagi destinasi seterusnya. 

p/s: acara berpelampung selepas ini. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails