Saturday, February 27, 2010

Adegan menarik

Bila tengok balik gambar lama-lama, banyak juga gambar yang boleh mencuit hati. 

Kali ini aku nak kongsi sama-sama koleksi gambar buat tatapan semua. 

Happy viewing!






p/s: gambar membawa pelbagai kenangan

Selamat pengantin baru

Ada jemputan kenduri kahwin Wani di Shah Alam hari ini. Tahniah! Selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga berkekalan buat selama-lamanya. 

Warna baju pengantin sangat sweet..putih dan pink. I like! Kebetulan aku pakai baju ala ala pink..macam plan pula. Hehehe..


Senyum!!


Selamat pengantin baru Wani dan Firdaus

Kek kahwin pun warna pink. 


Bersama-sama pengapit pengantin. Konon nak ambil berkat lah tu. 

Minggu depan dah mula cuti sekolah. Sudah pasti lagi banyak jemputan kenduri kahwin nanti. Turn aku? Hmmm tak tau lagi. Insya-Allah kalau ada jodoh, tak ke mana. Betul tak?

p/s: mencari abang long

Friday, February 26, 2010

Reunion Party

Baiklah kawan-kawan, aku ingin beritahu projek yang aku uruskan sekarang. Aku dalam proses menjejak kasih kawan-kawan DIIA ITM Shah Alam, 1993-1995. Setakat ini dah 8 orang memberi jawapan positif untuk join reunion party. That is a good sign so far! 

Serba sedikit mengenai reunion party yang aku uruskan:

Tarikh: 28 Mac 2010

Tempat: Pizza Hut, Maju Junction, Kuala Lumpur

Masa: 3.30pm-5.30pm

Kepada kawan-kawan DIIA yang ada baca blog ini, aku harap dapat turut serta  untuk menghadiri reunion party. Selepas grad, mana jumpa dah. Kalau jumpa pun, bukan dapat jumpa semua. 

Aku berharap sangat dapat jumpa balik kawan lama. Boleh tanya khabar, gossip-gossip dan sudah pasti aktiviti makan-makan! Hehehe..

p/s: ada cerita sensasi tak nanti?

Tuesday, February 23, 2010

Kawan-kawan ITM

Tiba-tiba sahaja aku teringat kat kawan lama masa study kat ITM. Apa khabar dia orang ya? Aku dapat rasakan kawan-kawan ITM adalah paling rapat antara semua yang pernah aku study dulu. Mungkin sebabnya kebanyakan daripada kami sama-sama 1 kelas daripada semester 1 sampai habis.

Kali ini aku nak kongsi sama-sama gambar kenangan masa study DIIA di ITM  Shah Alam, Selangor pada tahun 1993-1995. Gambar sumbangan daripada Bobo. Thanks Bobo.

Gambar diambil bila dapat tau lecturer tak dapat datang. Lepas ambil gambar, semua terus balik.

Ambil gambar classmate selepas habis kelas.

Nak pergi dinner. Tengah tunggu bas. Nampak tak? Semua pakai lipstik merah gila!

Tengok persembahan kokurikulum kat KSSR.

p/s: rindu laa...

Projek baru

Aku ada projek baru nak buat dan baru sahaja berputik minggu lepas . Tak plan pun sebenarnya tapi aku yakin hasilnya memang bagus.

Nak tau apa dia projek tu? Kena tunggu dulu. Biar kasi confirm dulu. 

Kalau beritahu sekarang dan dibuatnya projek tu tak jadi, tak bestlah. 

p/s: surprise!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails