Wednesday, June 16, 2010

Bandung-Jakarta Day 1

Bertolak ke Bandung pukul 8.30 malam dan sampai sana pukul 9.30 malam (waktu Bandung lambat 1 jam). Tak ada apa-apa aktiviti masa sampai di Bandung sebab dah lewat. Kedai pun banyak dah tutup. 

Mari aku kenalkan inilah dia ahli kumpulan trip ke Bandung-Jakarta.


Hidangan pertama sampai di Bandung, nasi timbel. Sedap sangat.


Nasi goreng special.

Lepas makan, check in di Rumah Ebo. Perjalanan akan diteruskan pada esok pagi. Sekarang masa untuk tidur!

p/s: sejuk je..best tidur!

Tuesday, June 15, 2010

I'm back!

Alhamdulillah trip ke Bandung-Jakarta berjalan dengan lancar. Sepanjang aku di sana, cuaca amat menyebelahi aku, semuanya cerah cuma masa nak balik tadi, hujan pula masa sampai di airport Jakarta. Macam tahu je aku sedih nak tinggalkan Bandung-Jakarta. 

Insyaallah aku akan update perjalanan aku di sana. Tak lupa juga aku akan beritahu berapa perbelanjaan hotel dan pengangkutan untuk panduan pembaca blog yang berhajat ke sana. Ok? 

Apa yang dapat aku gambarkan? Semuanya asyik!! (dalam Bahasa Indonesia, maksudnya best)

Esok aku dah mula kerja. Rasa malas nak masuk kerja selepas cuti panjang. Boss..esok nak ambil EL boleh? Saya jetlag lagi la.

p/s: lepas nak ke mana pula?

Thursday, June 10, 2010

Trip ke Bandung-Jakarta


Yeaaaahh!! Tak sangka hari ini aku akan ke Bandung-Jakarta. Kawan-kawan yang 1 group dengan aku akan sampai ke LCCT tak lama lagi dari Miri. Insya-Allah flight ke Bandung pukul 8.30malam dan sampai sana dalam pukul 9.35 malam. 

Preparation so far? 

Pasport dah ada.

Duit dah tukar. Aku sudah jadi jutawan!!!


Doakan semua berjalan dengan lancar. Bila aku balik nanti, aku akan update segala aktiviti aku kat sana. I'll be back on 15 June. So tunggu ya!

p/s: kenapa aku rasa berdebar-debar ya?

Monday, June 7, 2010

Digital Pagoh



Hai..jumpa lagi. Lama kan aku tak update blog. Banyak sangat perkara berlaku semenjak akhir-akhir ini yang terpaksa aku lakukan. Bermula dengan dapat arahan daripada boss kena pergi ke Pagoh sempena acara Digital Pagoh untuk jaga booth. Bayangkan aku dapat notis cuma dalam beberapa hari sahaja. Digital Pagoh ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Jun. 


Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman sepanjang aku di sana. Sepanjang acara Digital Pagoh, aku bermalam di Muar. Dahlah kena pergi sendiri sebab bas yang disediakan dah penuh. Nasib baik ada kawan yang sanggup temankan aku ke sana. Aku manalah berani nak ke sana seorang. Jauh pula tu. Lagipun aku tak pernah sampai ke sana. Kiranya ini merupakan pengalaman baru aku. 

Pada 5 Jun, bermulalah perjalanan aku ke Muar yang mengambil masa 2 jam setengah dari Bangi. Nasib baik boleh claim ke sana. Kalau tak, jangan haraplah nak suruh aku ke sana. Untuk pengetahuan semua, masa ke Muar bukan aku yang drive. Gila kau..aku tak pernah bawa kereta jauh-jauh. 

Dah sampai Muar..sebut betul-betul ok..Muor. Hehehe...

Pekan Muar ini cuma sebuah pekan kecil. Tak banyak bangunan tinggi yang ada di sana. Aku suka tengok bangunan lama yang masih tersergam. Ala-ala klasik gitu. Di Muar, aku stay kat Hotel D'99. Tak salah aku, hotel ini baru je buka pada tahun lepas. 

Singgah sebentar di Tanjung Emas. 

Sempat lagi ambil gambar. Say cheese!

Sesiapa nak naik bot boleh naik kat sini. Boleh bawa sepanjang Sungai Muar. 

 Bila sampai Muar, mesti cuba Mee Siput yang dicicah dengan sambal. Sedap sangat! Sekeping Mee Siput cuma 60 sen sahaja. 

Pada keesokan hari pukul 7 pagi bertolak dari Muar ke Pagoh yang mengambil masa dalam 30 minit. Acara perasmian berlangsung pukul 9.30 pagi tapi orang dah ramai sampai. Semangat betul, ek. Aku pun dah terikut-ikut style cakap Muar. Sikit-sikit ada ek. 


6 Jun - Digital Pagoh

Suka tengok poster Digital Pagoh, "Meh lah datang, ek". 

Booth aku yang aku kena jaga. 

Booth aku lagi. 

Aik ada beca? 


Touch screen telephone. Blackberry tu beb!

Timbalan Perdana Menteri singgah ke booth aku. Ramainya orang. 

Sepanjang aku jaga booth, RTM ada buat lintas langsung dari Digital Pagoh dan sempatlah aku berlakon sekejap untuk berita ringkas TV1 pukul 9 pagi. Aku siap call rumah, minta buka siaran TV1 semata-mata tengok aku masuk TV. Hahaha..nampak sangat aku gayat kan? Bila lagi nak masuk TV? Adik aku siap sound aku, "penuh muka kat TV". Sabar je lah aku..

Kalau nak dibandingkan Digital Pekan dengan Digital Pagoh, aku rasa kat Pekan lagi happening. Salah satu sebabnya, first time buat kat Malaysia dan tempat Perdana Menteri. Of courselah lagi ramai orang yang datang. Lepas ni tak tahulah bandar mana yang nak didigitalkan. (ada ke perkataan ini?)

p/s: lain kali suruh orang lain yang pergi, ek! 

Monday, May 31, 2010

Projek melalak di Green Box

Lepas kerja aku dengan kawan-kawan opis plan melalak kat Green Box Jaya Jusco Cheras Selatan. Aku siap booking last week manalah tahu malam ni orang ramai terus tak dapat bilik nak melalak. Asalnya 5 orang nak join tapi entah macamana ada seorang kawan tak dapat nak join sebab ada hal emergency. Hmm tak apalah..plan melalak harus diteruskan walaupun tak cukup ahli. Alang-alang sampai, baik kita teruskan. Betul tak? 

Lama betul aku tak melalak ni. Last time rasanya tahun 2008 itupun kejap sangat. Pergi masa lunch hour. Tak dapat nak layan lebih-lebih takut lambat masuk kerja balik. Kali ini sempena mahu bergembira dengan kawan-kawan yang akan tinggalkan opis dan pada masa sama nak lepaskan tension kat boss. 


My strategy? Tak ada apa-apa strategy. Layan je lagu apa yang ada tapi apa yang aku dapat simpulkan, ada 2 jurang zaman. Apa taknya aku dengan Rita nyanyi lagu zaman 80-90an. Lagu zaman kita orang muda-muda dulu. Manakala yang generasi muda, Na'ilah dengan Chika nyanyi lagu sekarang. Apa-apa pun, kita orang layan semua! 

Tengah warm up. Masih malu-malu lagi nak nyanyi. 

Nyanyi lagu Mas Idayu, Senggol-senggolan. Pegang mic ikut style Mas Idayu. 

Na'ilah tengah nyanyi lagu jiwang. Layan!!

Go Chika!!!

Alamak Chika naik angin beb. 

Yeah..nyanyi puas-puas. 

Sampai rumah terus sakit tekak. Aku tak tahulah esok macamana. Harap-harap suara aku ada. Kalau tak ada, pakai sign language lah. Hahaha..

p/s: bila nak melalak lagi ya? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails