Aku teringat masa sekolah dulu..ambil gambar kelas adalah 1 perkara yang wajib dan aku sentiasa menantinya. Yang pasti kalau tau esok nak ambil kelas, awal-awal lagi dah gosok baju sekolah. So far aku memang tak pernah miss amik gambar kelas dan semua gambar tu masih elok disimpan. Kalau ada anak nanti, boleh tunjukkan gambar kat dia orang.
Baru-baru ni ada upacara perpisahan kepada Pengerusi opis aku. Setakat ni aku tak pernah kerja direct dengan beliau tapi aku pernah menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau. Kerja bersama-sama beliau setakat ni, tak pernah menghadapi masalah yang besar. Beliau adalah seorang yang senang berkerjasama dan sentiasa mengambil berat hal-hal kebajikan kakitangan. Ada sekali aku pernah makan sama-sama 1 meja dengan beliau. Memang tak diduga langsung sebab beliau tiba-tiba datang ke meja aku dan makan sama-sama kat kafe. Ye lah..siapalah kami..nak dibandingkan dengan Pengerusi. Cuak jugak kalau keluar soalan bombastik. Apa aku nak jawab?
Selepas upacara perpisahan, ada sessi gambar ramai-ramai. Nak kumpul semua kakitangan punyalah lama. Bila nak ambil gambar, tak sampai 1 minit pun. Aku tak tau sempat gambar aku tau tak. So..kat bawah ni adalah hasilnya. Nampak tak gambar aku?? Yang pasti gambar boss aku tak ada sebab dia tak nak join. Tak tau lah apa dia buat kat bilik dia tu..
Scroll lagi....
Nampak tak bulatan merah tu? Cuma nampak mata aku je. Aku dah cakap, sure tak nampak gambar aku nanti. Uwaaaa..orang lain siap posing habis. Nak buat macamana, orang kat depan aku tu, tinggi sangat. (ya aku sedar aku tak tinggi)
The best part, lepas ambil gambar ramai-ramai..ada acara makan!! Hahaha!!! Ada macam-macam makanan dan aku sempat ambil laksa johor, yong tau foo dan kuih. Aku siap tak makan breakfast tu. Makan punyalah banyak sampai kenyang sampai ke petang. Jimat duit belanja aku hari tu.
p/s: all the best to our Chairman..
if aku sure bdiri line ke2 dr dpn dh tu syik kat tepi gak. almaklum lah mcm kau gak makcik, kita kurang tinggi. Ingat tu bkn tak tinggi, cuma kureng je :)
ReplyDelete*edit gambo tu bagi erase org depan, nak tengok bodi makcik! :p