Friday, February 12, 2010

Layan wayang

Bila kucing tak ada tikus lari bertempiaran.

Boss aku cuti hari ini. Bukan senang nak dapat peluang keemasan macam ini.  Kebetulan hari ini hari Jumaat dan lunch hour panjang, mulalah datang idea nak buat sesuatu.

Ada kawan cadang tengok wayang. Memang sesuai sangat sebab aku pun dah lama tak tengok wayang. Tak salah aku, kali terakhir tengok wayang tajuk Wanted lakonan Angelina Jolie. Hmm lama sangat dah tu.

Mula-mula tak tahu nak tengok cerita apa. Lastly semua bersetuju untuk tengok cerita:

PERCY JACKSON AND THE LIGHTNING THIEF


Ini antara adegan menarik dalam cerita tersebut.


Komen aku? Memang best. Rasa nak tengok lagi. Sesiapa yang suka tengok cerita action dan dewa-dewa, cerita ini amat sesuai. Apa lagi yang boleh aku tambah? Kalau sesiapa tahu cerita mitos dewa-dewi zaman Greek, itu adalah 1 kelebihan sebab setiap dewa yang ditunjukkan ada diceritakan kelebihan dan   kekurangan tersendiri.

Tak boleh nak cerita lebih-lebih. Nanti hilang rasa "kick". Apa yang boleh aku katakan, tak rugi tengok cerita ini. Nak tengok ringakasan cerita, boleh klik kat sini.

p/s: seronok gak layan wayang especially bila boss tak ada

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails