Sunday, April 10, 2011

Cukai pendapatan


Kawan-kawan semua, jangan lupa tarikh 30 April iaitu tarikh akhir untuk hantar borang cukai pendapatan  2010. Aku belum hantar lagi sebenarnya. Asyik bertangguh je nak isi, macamana ni? 

Dahlah aku jenis tak suka isi borang. Kalau isi borang dapat hadiah percutian, seronok juga tu. Pergi melancong ke Disneyland, Paris dan Bali ataupun dapat hadiah wang tunai. Pasti sekarang aku isi borang beb! Hehehe..

Ok...aku cuba siapkan isi borang dalam masa terdekat. Jangan tunggu saat terakhir, barulah terkial-kial nak isi. Lepas tu, masa nak hantar, tak boleh pula sebab network sesak. Baru padan muka. 

Ya aku tahu, ini adalah tanggungjawab penting kita sebagai rakyat Malaysia. Kemudahan dah ada, apa lagi nak tunggu? Betul tak? 

p/s: baru nak cari dokumen penting. 

1 comment:

  1. tengah blur tatau mana letak EA, hahhaaa... tunggu LHDN buka sampai kul 9 malam kot which dgr diorang takkan buat. yg buat kat rumah blum try lagi. masih lama... :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails