Monday, August 22, 2011

Dapat duit raya

Pagi tadi ada perjumpaan staff di opis. Aku rasa rata-rata staff dah tahu apa tujuan perjumpaan ini diadakan.

Apa lagi kalau bukan perjumpaan nak beritahu dapat duit raya!! Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. Makcik kayo!! 


Dengan duit raya tu, bolehlah buat belanja masa raya nanti. Aku dah hantar baju raya untuk ditempah sejak bulan Mei lagi. Rasanya mesti nyonya dok tertunggu-tunggu bila aku nak ambil baju aku tu. "Sorry nyonya. Duit tak cukup lagi. Bila duit dah cukup, saya datang ambil lah. Nyonya jangan marah ya."

Persiapan hari raya untuk tahun ini, buat ala kadar je. Untuk tahun ini juga, aku dan adik-adik aku buat kuih raya sama-sama. Agak lama kita orang tak buat kuih raya sama-sama. Sempatlah kita orang buat 3 jenis kuih iaitu:

1. biskut cornflakes
2. biskut butter
3. biskut coklat cip

Buat kuih sendiri bukan sahaja jimat duit malah sedap rasanya. Bayangkan perbelanjaan untuk  buat kuih raya semua tu dianggarkan dalam RM150. Banyak pula tu dapat jadi bolehlah aku bahagi sama rata dengan adik aku. Kalau beli dengan harga tu, dapat berapa biji je. 


Memanglah penat nak buat kuih tapi aku puas. Puas sebab dapat rasa hasil tangan aku sendiri. Tak perlu nak buat banyak sekaligus. Buatlah 1 hari 1 jenis dalam 1-2 adunan. Lama-lama nanti, bertambahlah bilangan kuih tu. 


p/s: nampak gaya kuih dah makin sikit. sempat ke nak hidang masa raya nanti?

2 comments:

  1. aku dh beli bahan nak buat kek ati yu tapi tak buat2 gak. beli telur 2 set, silap2 jadi telur rebus je :)

    ReplyDelete
  2. aku nak rasa kek ati yu tu. ada resepi? boleh aku cuba nak buat nanti.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails