Sebagai tanda penghargaan kepada semua pembaca blog aku, aku telah sediakan beberapa keping kad raya. Sebenarnya tadi aku dapat kad raya opis tapi aku tak tahu nak bagi kepada siapa. Lagipun sekarang ini, orang lebih suka hantar sms je. Mudah, cepat sampai dan tak perlu keluarkan sebarang modal.
Bagi aku, aku masih nak mengekalkan tradisi lama..aku masih nak hantar kad raya. Apa lagi? Siapa cepat, dia dapat. Cuma ada 7 keping sahaja! Tak kira di mana korang berada, insyaAllah aku pastikan kad raya itu akan sampai dengan selamat ke tangan penerimanya.
Sila hantar maklumat seperti nama dan alamat kepada mazuriah@gmail.com. Jangan lupa tuliskan tajuk emel: Nak kad raya! untuk memudahkan proses penghantaran kad raya.
Bila dah dapat kad raya nanti, bolehlah gantung kat dinding atau susun kat meja atau apa-apa sahaja. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Nak lagi best, bolehlah hantar kat aku gambar bersama-sama dengan kad raya aku tu nanti. Ada berani?
p/s: tahun ini ada ke kad raya untuk aku?
No comments:
Post a Comment